TRAVELOG BROGA
Friday, October 21, 2011 by MAWAR BERDURI in Labels:

"Insha Allah, hari Sabtu ni, kita akan ke Broga Hill. Malamnya, kita akan tidur sekali. Qiamullail. 5.30 pagi, kita terus gerak ke Semenyih. Ok?"

"Yea, bestnye!"

Keterujaan adik-adik usrahku untuk bersama-masa melihat kebesaran Allah, membuatkan aku turut tersenyum melihatkan respon mereka. Ada yang merancang itu, ada yang merancang ini. Selaku ketua rombongan, aku memilih untuk menyiapkan keperluan-keperluan asas yang perlu ada agar segalanya berjalan dengan lancar. Akhirnya, berbekalkan tawakkal kepada Allah swt, kami berjaya tiba di puncak Broga Hill dan kembali ke kediaman masing-masing dengan selamat. Syukur padaMu, ya Allah.
........................

"Asmaa', kat rumah tak de air. Bil air hari tu, Asmaa' dah bayar kan?"
"Tak de air? Eh, saya dah bayar semua. Sewa, air, elektrik. Ada something wrong ni kak."

Sebaik sahaja menerima perkhabaran dari kak Khaulah, aku segera pulang ke rumah. Masalah ni perlu diselesaikan hari ini juga memandangkan esok hari Sabtu. Cuti. Jam yang menunjukkan pukul 6 petang membuatkan aku resah. Pukul 8 malam, aku perlu sampai ke Shah Alam. Dua buah kereta untuk kami bergerak ke Semenyih perlu dititip dari Bro Mior. Alhamdulillah, setelah berunding dengan pihak management, bekalan air ke rumah kami disambung semula.

"Kak Asmaa', ada orang mengamuk kat depan rumah Wani malam tadi. Habis kereta-kereta yang kat depan rumah tu kena bakar. Ada darah siap."
"Ya Allah. Mesti orang mabuk punya kerja. Wani pindah rumah akak la, selamat sikit. Bahaya area rumah Wani tu."

Sepanjang perjalanan ke Shah Alam, kami berbual panjang.

......................................................

"Akak, nanti masuk simpang Taylor's tu, ada orang India yang tengah berdarah. Akak jangan berhenti tau."

Sms yang aku terima dari Shahira, membuatkan aku terkejut. Apa hal pulak ni.

Tatkala melalui simpang yang dinyatakan, aku melihat pihak polis sedang mengawal lalu lintas. Dari kejauhan kelihatan seorang lelaki India terkulai. Masih hidup. Nyawa-nyawa ikan barangkali. Allahuakbar. Dalam masa 24 jam, macam-macam boleh berlaku. Rupa-rupanya, ada percubaan membunuh di situ. Dan peristiwa itu dilihat sendiri oleh adik-adik!

Malamnya, kami melelapkan mata sambil membayangkan pelbagai peristiwa yang telah berlaku pada hari itu. Jauh di sudut hati, aku bersyukur kerana Allah masih memelihara kami. Alhamdulillah.

.................................................................

Setelah melakukan sedikit aktiviti regangan, pendakian kami dimulakan dengan doa. Sedikit peringatan aku sampaikan agar masing-masing memelihara akhlak, menjaga imej sebagai seorang Muslimah. Dengan lafaz Bismillah, kami bergerak.

Tanah yang agak landai, agak memudahkan pendakian.

Berehat di pertengahan.

Permandangan indah di waktu pagi. Masih kelihatan kabus yang meliputi bumi.Separuh perjalanan yang pertama, masing-masing kelihatan fokus pada pendakian. Tidak banyak bicara. Namun, sebaik sahaja kami hampir tiba di puncak, kami amat teruja dengan keindahan ciptaan Allah swt. Aku teringat akan bait-bait kalam Allah swt menerusi Surah Ar-Rahman. Peringatan demi peringatan diberikan agar tidak mendustakan nikmat Ilahi. Perjalanan kami selama 45 minit bagaikan tidak terasa.

Permandangan indah di waktu pagi. Masih kelihatan kabus yang meliputi bumi Semenyih.

Buaian Syeikh Muzaffar.

Mahfuzah yang kejang kakinya.

Perjalanan diteruskan dengan penuh keceriaan.

Rupa-rupanya, kat puncak dah macam pasar malam. Ramai sungguh orangnya. Ada yang bawa baby siap.



Keterujaan melihat panorama indah.


"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan penggantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal."
Surah Al-Imran ayat 190.

Alhamdulillah. Meskipun hari semalam kami diuji dengan pelbagai peristiwa, kesempatan untuk melihat kebesaranNya membuatkan kami larut di dalam kebesaran ciptaan Allah swt. Kadang-kadang kita mudah lupa, dicelah-celah langit yang mendung, ada sang pelangi yang indah memperlihatkan warnanya. Kita manusia yang sering kufur pada nikmat Ilahi.

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengikngkari (nikmat-Ku) maka pasti azabKU sangat berat."
Surah Ibrahim, ayat 7.

..........................................................

Dalam perjalanan pulang, kami mengambil kesempatan untuk singgah menziarahi rumah Shahira di Kajang. Kebetulan, masih dalam mood hari raya. Kemudian, kami terus bergerak ke Subang Jaya. Di dalam kereta, masing-masing melelapkan mata kepenatan. Penat yang berbaloi, Insha Allah. Dalam diam, aku merancang untuk riadah seterusnya. Gunung Nuang barangkali.
Tiba-tiba handphoneku berbunyi. Sms dibuka dan,

"Asmaa', pintu rumah kita berkunci dari dalam."

Aku duji lagi.

My photo
Menitikberatkan perjuangan yang jitu semata-mata berlandaskan jalan kebenaran meskipun kemenangan bagaikan sukar untuk dicapai.

...