SUATU PETANG YANG DINGIN
Tuesday, October 18, 2011 by MAWAR BERDURI in

Hujan yang turun dengan  lebat, tidak langsung melonggarkan semangat mereka untuk hadir. Siapakah mereka itu? Hadir ke mana? Mereka itulah insan-insan yang cintakan redha Illahi, kasihkan saudara mereka melebihi diri mereka sendiri. Hadirnya mereka ke suatu pertemuan yang dinaungi dengan rasa kasih dan rindu pada cinta sang Pencipta.
...............................................

"Kak Asmaa', tak tahulah diorang boleh datang ke tak. Sebabnya, pagi tadi diorang sibuk siapkan final experiment sampai pukul 5 pagi," bicara Aini sambil sibuk menghubungi sahabatnya yang lain.

"Owh, ye ke. Allahuakbar. Penatnya. Tak pelah. Kalau diorang sms bagi tahu diorang penat, Aini suruh diorang rehat ye. Arahan ni," balasku dengan nada bergurau namun betul-betul memaksudkannya.

Memandangkan waktu terus berjalan, aku meneruskan agenda pertemuan meskipun hanya dengan separuh kehadiran. Tiga daripada enam. Aini, Mira dan Farah yang bertindak sebagai pengerusi liqa'.

"Hari ini, akak akan buat satu aktiviti. Di tangan akak ada beberapa helai kertas. Akak akan agihkan satu kertas untuk tiap-tiap seorang. Adik-adik hanya boleh lihat apa yang ada di kertas masing-masing. Akak akan bagi masa dua minit setengah untuk fikirkan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan apa yang kelihatan pada kertas tersebut," arahku sambil tersenyum membahagikan kertas-kertas berlipat dua yang berisi gambar-gambar tertentu.

Gambar yang penuh pengertian.

..................................................

Hidup hari ini melihatkan pancaroba yang pelbagai. Seorang muslim yang hidup di tengah-tengah masyarakat yang kelihatan sudah hilang agamanya, memerlukan suatu perlindungan yang kukuh. Bukan sahaja perlindungan secara dalaman malahan secara fizikalnya juga tidak boleh diabaikan. Kekuatan aqidah yang kuat amat perlu agar kapal yang meredah lautan yang bergelora bisa tiba ke pengkalan dengan selamatnya.  

Pilu juga hatiku melihatkan seseorang yang lahir dari didikan yang sempurna, keluaran sekolah yang bukan calang-calang dari segi kehebatan tarbiyahnya, namun dengan mudah larut di celah kelalaian yang disokong kuat oleh persekitaran yang amat jauh dari biah solehah. Di manakah kekuatan yang telah dibina? Apakah begitu mudah kekuatan itu dirobohkan? 

......................................................


"Bunga mawar selalu dikaitkan dengan perempuan. Durinya tajam. Bagi Mira, mawar yang berduri ni melambangkan seorang perempuan yang ada perlindungan padanya. Tidak mudah diganggu oleh lelaki. Dan setiap seorang pasti ada perlindungan masing-masing. Macam Mira, sebelum ni ada seorang lelaki kacau. Dia asyik call setiap hari. Padahal Mira tak kenal pun. Jadinya, Mira marah-marah kat laki tu. Nasib baik kawan Mira tegur laki tu elok-elok. barulah dia berhenti kacau. Kesimpulannya, jadilah seperti mawar berduri dan tegurlah orang dengan berhikmah," bicara Mira membuatkan aku tersenyum.



"Farah dapat gambar ni. Ada laut, ada langit dan ada pokok kelapa. Apa yang Farah nampak ialah luasnya lautan menggambarkan luasnya ilmu Allah nak dibandingkan dengan setitis air yang menitik apabila jari kita dicelup ke dalamnya." Ringkas dan bersahaja. Namun apa yang disampaikan Farah membuatkan aku berfikir akan kerdilnya ilmuku dibandingkan dengan ilmu Rabbul a'lamin.



"Ini yang Aini dapat," bicara Aini sambil tersenyum menunjukkan gambar yang diperolehnya. "Pendapat Aini, perkataan pencuri kat atas gambar ni dan dialog yang diberi menunjukkan walaupun kedua-dua lelaki dan perempuan ini mempunyai perasaan di antara satu sama lain, namun dengan kekuatan mereka dalam menjaga hati membuatkan mereka saling menjauhi. Atas dasar untuk mengelakkan perkara-perkara yang membawa kepada maksiat." 
Subhanallah. Persis dengan apa yang ingin aku sampaikan. 
......................................

Aku teringat akan perkongsian yang diberi oleh seorang artis yang kembali menjadikan Islam sebagai cara hidupnya. Wardina Safiyyah. Seorang insan yang cukup aku kagumi dari segi karakternya yang sangat tegas membicarakan permasalahan remaja semenjak penghijrahannya.

"Kekuatan saya ada pada al-Quran dan usrah."

Al-Quran. Suatu pembicaraan Allah swt pada hambaNya. Penuh dengan keindahan hikmah dan kehebatan penawar. Ya. Aku akui. Salah satu punca sebahagian masyarakat Muslim hari ini terjebak dengan pelbagai masalah adalah disebabkan tiadanya roh al-Quran dalam diri mereka. Meskipun sejak kecil dididik dengan pendidikan yang sempurna, namun apabila al-Quran diabaikan apabila usia melangkah dewasa, jadilah apa yang digembar-gemburkan hari ini. Bayi dicampak dari tingkat tiga rumah flat, remaja bunuh diri kerana ditinggalkan kekasih, bapa meliwat bayi kecil, pemimpin saling merasuah antara satu sama lain, pemimpin yang menolak undang-undang Islam, ibu bapa yang mendera anak-anak dan banyak lagi. Sebabnya, tiada lagi al-Quran dalam diri mereka. Yang ada hanyalah perhiasan di atas almari.

"Aku tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya, jika kamu berpegang kepada kedua-duanya iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah Rasulullah."

                                                                                                                    Hadith riwayat, Imam Malik.

Usrah? Mungkin pada waktu lain akan aku bicarakan. Suatu sistem yang dipopularkan oleh seorang tokoh gerakan Islam, mengambil ibrah dari sirah Rasulullah saw.


............................................................

"Assalamualaikum semua. Sorry kami lambat kak."

Aku berpaling. Kami semua berpaling.

Mereka hadir. Tetap dengan keceriaan meskipun kepenatan jelas tergambar pada wajah mereka.Terima kasih ya Allah kerana memegang hati mereka. 

..................................................................

My photo
Menitikberatkan perjuangan yang jitu semata-mata berlandaskan jalan kebenaran meskipun kemenangan bagaikan sukar untuk dicapai.

...