Cuti selama seminggu bersempena Deepavali
pada awalnya membuatkan aku menarik lafaz lega. Inilah yang terzahir pada perasaanku sebulan yang
lalu tatkala aku sedang mengisi planner bagi bulan Oktober. Namun, hakikatnya cuti
hanya tinggal cuti. Pada awalnya, aku merancang untuk pulang ke kampung buat
beberapa hari. Pulang untuk mengembalikan cas-cas positif dalam diri aku
tatkala menatap wajah ummi dan abuya di Terengganu. Teringatkan pada mereka berdua
dan adik-adik terutamanya pada situasi aku yang agak stress akhir-akhir ini, membuatkan hati aku
terus membuak-buak kerinduan. Aku memang meletakkan keazaman yang tinggi untuk pulang memandangkan sudah hampir 3 bulan tidak pulang ke tanah tumpah kelahiranku. Baru 3 bulan. Orang lain dah setahun tak balik kampung. Macam mana nak kahwin ni.
“Due date for this assignment will be extended to
30th October.”
Allahurabbi. Mungkin ramai dari kalangan rakan
sekuliahku, akan tersenyum gembira. Namun bagi aku, mendapat perkhabaran ini membuatkan perancangan aku sedikit terganggu apabila tarikh penghantarannya dipanjangkan. Disebabkan assignment ini ditugaskan
dalam kumpulan, segalanya pasti bergantung pada keputusan bersama dan memerlukan pertemuan yang kerap. Pada
awalnya, aku cuba menegaskan pada ahli kumpulanku bahawa tugasan harus
disiapkan sebelum cuti kerana aku yakin mereka juga ada perancangan
masing-masing sepanjang cuti seminggu ini. Namun demikian, segalanya tetap
dalam perancangan Allah swt. Tugasan kami ternyata memerlukan masa yang agak
lama untuk disiapkan. Setiap hari yang harus aku tatapi adalah penyataan indeks
harga di Bursa Malaysia. Lagak gaya seperti seorang broker saham pun ada
rasanya. Broker saham yang perasan pada diri sendiri. Kelihatannya, inilah pengisian
waktu cutiku.
Inilah gambar lakeside di Taylor's Uni yang diambil dari library. (Mood rajin mengedit gambar.)
Tatkala ahli rumahku seorang demi seorang
pulang ke kampung masing-masing hari Jumaat yang lalu, aku hanya mampu duduk termenung sambil cuba
memujuk hati dengan perancangan-perancangan last minute agar cuti aku tidak
hanya digunakan untuk membuat assignment. Perlu ada satu matlamat yang perlu
aku capai. Tekad hatiku dalam rajuk yang terpendam.
“Kaklong, balik dok cuti Deepavali ni?”
“Sorry deh kak yam, kaklong
kena buat assignment cuti ni. Insha Allah, raya haji kaklong balik.”