JANGAN TANGGUH LAGI
Saturday, April 10, 2010 by MAWAR BERDURI in Labels:

Masya Allah.. Betapa pantasnya masa berlalu. Rabiul Akhir mula menjelang pengakhirannya. Tinggal 4 bulan untuk kita kembali bertemu Ramadhan 1431 H pada tahun ini. Ana merasakan bagai baru sahaja selesai bergembira di Ramadhan tahun lalu. Ya. Itulah hakikatnya yang kita perlu terima apabila matahari sedang melakukan persediaan untuk memenuhi perintah Allah swt agar terbit di sebelah Barat.

Dunia sudah di penghujung usia.

Apabila ana bersendirian, ana cuba untuk memikirkan apa yang telah dilakukan untuk memastikan redha Allah swt, sentiasa memayungi hidup ana yang serba kekurangan ini. Persoalan-persoalan yang lahir membuatkan ana tidak mampu untuk duduk tenang malah kegelisahan akan menghantui diri.

Apakah cukup hujah yang dapat ana sediakan agar syurga Allah swt perlu diganjarkan buat diri ana yang serba lemah? Atau adakah ana masih tidak melakukan apa-apa persediaan untuk bertemu dengan-Nya?

Ya. Kita sebagai manusia dilahirkan di atas muka bumi ini bukanlah untuk bersenang-lenang menikmati nikmat yang Allah swt kurniakan tanpa memikirkan langsung akan tanggungjawab besar yang harus dipikul oleh kita semua. Pastinya tanggungjawab untuk terus mengabdikan diri terhadap Allah swt yang wajib disulami dengan amanah sebagai khalifah harus kita lakukan. Kita sudah kesuntukan masa untuk menangguhkan amanah dan tanggungjawab ini!!!

Hati ana pasti kecut apabila ana diperingatkan oleh naqibah kesayangan ana akan persoalan sampai bila harus kita mengatakan tidak bersedia? Tidak bersedia untuk apa? Untuk memikul tanggungjawab dan amanah kita. Adakah ianya ketika ajal sudah di hujung kaki?

Kita sudah tidak dapat berdiam diri. Lakukanlah sesuatu agar timbangan Al-Mizan bisa memberatkan ganjaran amalan untuk ke syurga.

Enti sudah tidak punyai masa, Asmaa'...

p/s: Hidup kita umpama sebuah peperangan. Hanya kemenangan atau syahid menjadi ukuran.

  1. inshaAllah asmaa; kamu blh, rndunye kehadiran ramadhan :)

  1. Sab: jazakillahu khairan katheera, sab.. May Allah bless u always..

My photo
Menitikberatkan perjuangan yang jitu semata-mata berlandaskan jalan kebenaran meskipun kemenangan bagaikan sukar untuk dicapai.

...