MENGGAMIT RASA
Monday, August 10, 2009 by MAWAR BERDURI in Labels:

Satu program yang telah dianjurkan di INSPEN telah membawa ana kepada pertemuan demi pertemuan yang telah diaturkan oleh Allah buat diri ini. Segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan nikmat yang tidak terhingga buat diri ana. Memberanikan diri ke sana seorang diri lantaran dahagakan tazkirah-tazkirah yang sukar untuk ana perolehi membawa kepada perkenalan dengan beberapa sahabat yang juga mengajak ana untuk bersama-sama dengan mereka dalam usaha dakwah yang telah mereka jalankan. "Enti jadilah wakil I Luv Islam.Com di kampus enti,"Umi yang merupakan akauntan di I Luv Islam.Com mempelawa ana untuk bersama-sama dengannya. Terima kasih, Umi. Apabila ana sudah bersedia, ana akan maklumkan pada enti. Kami bersama-sama sehinggalah KL Central memisahkan kami pada hari ini. Sempat juga ana bertukar-tukar nombor telefon dengannya. Semoga Allah mempertemukan kita semula.
Najwa yang merupakan wakil I Luv Islam.Com di UiTM.
Dari kiri merupakan Umi, Kak Suhana dan Kak Atikah yang juga merupakan di antara krew I Luv Islam.Com
Ini pula merupakan keadaan yang berlaku semasa di KTM Serdang.

p/s: Di stesyen KTM, kami dimaklumkan dengan masalah yang telah melewatkan perjalanan. Ramai yang terkandas di sini dan akhirnya ana dan Umi terpaksa mengalah untuk menaiki train yang seterusnya kerana tidak sanggup berhimpit dengan keadaan yang sangat sesak! Sempat juga kami berbincang mengenai masalah H1N1 yang mungkin jadi salah satu propaganda Yahudi!

  1. Asmaa'..kamu pegi seminar cinta monyet 2h ke..

  1. haha...Yup... Ni Ain Lagend ke?

My photo
Menitikberatkan perjuangan yang jitu semata-mata berlandaskan jalan kebenaran meskipun kemenangan bagaikan sukar untuk dicapai.

...