TETAMU KEHORMAT
Tuesday, August 11, 2009 by MAWAR BERDURI in Labels:

Pantun ini ditujukan khas buat tiga orang anak dara yang berkunjung ke teratakku. Terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi membawa kerahmatan di rumahku...

Bunga kekwa tiada berduri,
Di atas tanah, ditanam nyonya;
Gelak dan ketawa penyeri diri,
Khodijah Fatonah itulah orangnya.

Lemak manis kuih bahulu,
Dibawa pergi oleh tok sami;
Orangnya manis, tersenyum selalu,
Siapa lagi, kalau bukan Azlikha Azmi.

Terpijak batu mengelak duri,
Di Kemasik, terjumpa nyonnya;
Hanisah itu, gerangan diberi,
Jika diusik, emolah jadinya.


p/s: Hakcipta terpelihara. Sebarang usaha untuk meng'copy' tidak dibenarkan sama sekali dan akan dikenakan tindakan undang-undang.

  1. wei...
    mantap ko.....
    thanks buat pantun utk aku...
    hidup emo..

  1. emosah: nisah...teringat kat diorang..

  1. huhu...asma'a..thanks for everything!!!

My photo
Menitikberatkan perjuangan yang jitu semata-mata berlandaskan jalan kebenaran meskipun kemenangan bagaikan sukar untuk dicapai.

...