GRAND DINNER BUKTI SEGALANYA...
Monday, May 25, 2009 by MAWAR BERDURI in Labels:



Alhamdulillah.. Berlalu sudah satu tanggungjawab untuk menguruskan grand dinner. Namun, sedikit terkilan di hati apabila pengharapan untuk melihat tiadanya perkara-perkara yang berlawanan dengan syarak daripada berlaku tidak tercapai.

Ya Allah, ampunilah hambaMU ini kerana tidak mampu melakukan apa-apa untuk
menghalangi semua ini.

Pada mulanya ana tidak menyedari akan semua ini namun apabila melihatkan sahabat-sahabat yang pernah berada dalam tarbiah turut terlibat, ana merasakan adanya sesuatu yang tidak kena dengan pentarbiyahan mereka. Sedih, malu dan kecewa. Itulah yang dapat ana gambarkan akan perasaan yang ada dalam diri ini.

Mungkin ada di antara sahabat yang mahu ana berterus terang akan apakah yang membuatkan ana begitu terkilan namun, ana lebih selesa dengan tidak menjelaskannya. Bukanlah gentar, tetapi strategi dakwah perlu diutamakan.

Buat sahabat-sahabat sekalian, ingatlah, kita masih di bumi Malaysia. Bumi di mana masih adanya mereka yang mengambil berat tentang diri kita, masih ada yang menasihati kita dan masih ada yang nak menegur kita apabila kita tersasar buat seketika. Akan tetapi, adakah perkara yang sama akan berlaku apabila kita di luar negara? Cuba bayangkan, baru diuji dengan perkara yang kecil di sini, kita sudah terlalai, bagaimana pula dengan berjuta-juta dugaan di sana? Bukanlah ana mendoakan akan semua ini, tetapi tidak salahlah ana memperingatkan untuk diri ana yang lemah ini dan sahabat-sahabat sekalian.

p/s: Jazakumullah buat semua yang terlibat secara langsung dan secara tidak langsung dalam menguruskan majlis perpisahan kita..
Terima kasih juga buat yang sudi mengedit gambar. Semoga Allah membalas atas usaha yang dilakukan..

My photo
Menitikberatkan perjuangan yang jitu semata-mata berlandaskan jalan kebenaran meskipun kemenangan bagaikan sukar untuk dicapai.

...