PERLUKAH IA?
Friday, May 15, 2009 by MAWAR BERDURI in Labels:

Salam kembali..

Ribuan kemaafan dipohonkan di atas kerehatan yang berlaku untuk ana menitipkan tinta di sini. Final exam yang dilalui terpaksa diberi keutamaan. Itulah ujian yang terpaksa dilalui oleh kita semua di mana cabaran untuk memilih perkara-perkara yang perlu diutamakan.

Menjelang berakhirnya musim peperiksaan ini, kesibukan mula berlaku. Jawatankuasa untuk menguruskan grand dinner telah dibentuk dan diri yang serba kekurangan ini telah dipilih untuk menyertainya. Pada mulanya ingin juga menolak memandangkan keletihan semasa berada di lapangan MPP cukup menghantui diri. Namun, bila memikirkan akan usaha dakwah yang perlu dilakukan, cabaran itu harus diterima. Semoga Allah memberkatinya.



Bila menyentuh soal kesibukan yang terpaksa dilalui ini, kadang-kadang ana terfikir, akan adakah suatu ketika di mana kesibukan itu tidak berlaku? Mungkin sesetengah daripada kita merasakan dengan tidak terlibat dalam mana-mana usaha dakwah sama ada melalui persatuan, gerakan mahupun jemaah, mereka dapat lari dari kesibukan. Pada diri ana, hal ini tidak akan berlaku dan tidak logik untuk berlaku bagi mereka yang benar-benar beriman dengan ayat 110 dari Surah Al-Imran. Mana tidaknya. Mereka yang tidak melibatkan diri secara langsung mahupun tidak langsung di dalam usaha dakwah ini sebenarnya lebih terdedah dengan kesibukan yang berkali-kali ganda.

Mereka terpaksa memikirkan soal apakah yang perlu dijawab sekiranya ditanya suatu hari nanti akan apakah usaha yang telah dilakukan untuk Islam. Mereka juga harus memikirkan apa yang perlu dilakukan pada masa-masa lapang agar tidak terisi dengan perkara-perkara lagha yang akan terus menjerumuskan mereka dalam dosa kian menimbun di dalam diri. Banyak lagi persoalan-persoalan yang akan terpaksa dilalui dan yang pastinya adakah kita mampu menjawab setiap persoalan itu?

Oleh itu, ana menyeru diri ana dan para sahabat sekalian, janganlah merasakan kesibukan itu suatu yang harus dihindari. Walaupun kadang kala kita merasa penat atau sesuailah ana istilahkan sebagai tension dengan kerja-kerja yang perlu dilakukan, sahabat-sahabat di bawah fikrah yang sama pasti memahaminya dan sokongan dari merekalah selain kebergantungan kepada Allah s.w.t yang akan menguatkan kita. Firman Allah s.w.t yang bermaksud,

"Wahai orang-orang yang beriman! Maukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?(10) (Iaitu) kamu beriman kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.(11)"

(Surah As-Saff : 10&11)

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."

(Surah Muhammad : 7)

p/s: Good luck to all A-Level students for the coming final exam. Do pray to Allah and remember that, with His blessing only you will able to succeed.

  1. bermula sudah perjuangan ana..doakan kami..

  1. salam kak :)
    sy bakal msuk kms xlm lagi, amik biotech~ =D
    akak medic student ke?

  1. waalaikumussalam... akak amik actuarial sc. welcome to mcs...

My photo
Menitikberatkan perjuangan yang jitu semata-mata berlandaskan jalan kebenaran meskipun kemenangan bagaikan sukar untuk dicapai.

...