AIDILFITRI MENGGAMIT MEMORI....
Saturday, October 18, 2008 by MAWAR BERDURI in

Salam perjuangan…. Kekangan demi kekangan ana harungi semata-mata untuk mencari ruang masa bagi menitipkan untaian-untaian yang sekian lama ana pendamkan dalam jiwa yang rindukan pentarbiyahan Ramadhan yang hampir sebulan berlalu.. Suasana madrasah yang hanya dapat dilalui setahun sekali…

Sekarang Syawal juga kian menutup tirainya. Tika inilah sejuk di jiwa tatkala melihat para sahabat berlumba-lumba mengejar pahala yang dianugerahkan buat mereka yang menjalani ibadah puasa enam di bulan Syawal yang masih lagi berbaki lebih kurang seminggu dua. Suasananya saling tak ubah bagai di dalam bulan Ramadhan.. Subhanallah..

Sekadar perkongsian buat sahabat-sahabat sekalian, izinkan ana luahkan kegembiraan di jiwa tika menyambut Aidilfitri pada kali ini (mungkin yang terakhir sebelum fly, Insya Allah). Setelah sekian lamanya, kami sekeluarga kembali meraikan Aidilfitri bersama-sama keseluruhan adik-beradik ayah tercinta. Senyum terukir tatkala ana melihat nenek gembira melayan kerenah cucu-cucu yang kian membesar saban hari. Merakamkan kenangan dengan bergambar sesama ahli keluarga seolah-olah mengembalikan nostalgia ketika menyambut 1 Syawal di usia 6 tahun (sudah lama tak ambil gambar beramai-ramai). Namun, apa yang pasti, walaupun memori lama seolah-olah terukir kembali, batas pergaulan pastinya berbeza bersama batasan usia yang kian meningkat. Gurauan sesama sepupu-sepupu yang disayangi tidak lagi serupa seperti diri ini berusia 6 tahun. Adab dan batasnya perlu dijaga dengan sempurna bagaikan diri ini berhadapan dengan ajnabi. Kadangkala janggal juga rasa di hati, melihat mereka saling bersenda gurau, namun hakikat keindahan Islam itulah yang pasti.


Sesi bergambar sesama ahli keluarga di rumah nenek.
………………..………………………

DI KMS

Sekembalinya ke kolej, sambutan Hari Raya Fitrah ini turut dianjurkan agar suasana kemeriahan ini dapat dirasai sesama sahabat seperjuangan. Jutaan penghargaan buat adik-adik pimpinan pelajar di atas usaha-usaha yang kalian lakukan. Juadah yang disediakan tidak kurang hebatnya. Kenyang perut ana dibuatnya. Sempat juga ana bersama-sama sahabat merakamkan kenangan dengan saling bergambar agar memori di KMS tidak dilupakan begitu sahaja. Ana amat menyayangi kalian, sahabatku…

............................................................

HALUAN

Mak Cik Noni menjemput kami menghadiri majlis Aidilfitri bersama HALUAN Negeri Sembilan dan Melaka. Seronok ana dapat berjumpa dengan makcik-makcik yang sempat ana berhalaqah buat sementara waktu sebelum halaqah baru dibentuk. Mak Cik Laila, Kak Nik, Mak Cik Awi, Mak Lang dan ramai lagi sohibbah dari Melaka. Berada di dalam suasana tarbiyyah ini membuatkan ana merasai keagungan rahmat daripada Rabbul Izzati.

…………………………………………...

ISMA

Terkilan juga rasa di hati kerana jemputan ISMA tidak dapat ana penuhi. Teringin di hati untuk merasai suasana sambutan seperti tahun lalu yang dimeriahkan dengan adik-adik cilik yang membuat persembahan yang pastinya menggambarkan bakal-bakal pejuang Islam suatu hari nanti. Namun itulah hakikatnya, semua itu di bawah kuasa Allah s.w.t. Mungkin Dia menjanjikan sesuatu yang lebih baik buat diri ini. Insya Allah…



Sambutan Aidilfitri bersama ISMA 2007
……………………………………………

p/s: Selamat Hari Raya Aidilfitri ditujukan buat MakCik Noni yang bersusah payah menjemput kami untuk ke jamuan Hari Raya.

Tidak lupa juga buat Kak Akhma, Cikgu Halimaton, Kak Su, Kak Kas dan akhawat-akhawat ISMA yang lain.. Ribuan kemaafan dipinta di atas ketidakhadiran ana ke majlis Hari Raya.

Buat Kak Akhma yang bakal menimang cahaya mata baru tidak lama lagi, ana doakan dipermudahkan segalanya.

  1. huheee.. tenape tadatangggg.. saye ade di sane. hueh.

My photo
Menitikberatkan perjuangan yang jitu semata-mata berlandaskan jalan kebenaran meskipun kemenangan bagaikan sukar untuk dicapai.

...