DAKWAH UNTUK SEMUA..
Saturday, June 14, 2008 by MAWAR BERDURI in

Gelombang dunia semakin bergelora saban hari. Liku-liku hidup semakin sukar untuk ditempuhi. Kadangkala kita mampu mengharunginya, kadangkala kita tenggelam dibawa arus. Dakwah! Itulah penyelamatnya. Sebagaimana yang kita dapat lihat pada hari ini, keperluan untuk berdakwah amat diperlukan dalam keadaan kita terus menempuh pelbagai ujian yang kadang-kadang mampu menggetarkan iman kita. Nauzubillah..


Sampaikanlah walaupun sepotong ayat. Menyebut mengenai keperluan dakwah ini, terdetik dalam hati ana untuk berkongsi banyak pengalaman dan ilmu yang ana peroleh setelah sekian lama mendiamkan diri.. If you care, learn to share (Moto Mega Project).

Kem Mahasiswa Rabbani (7-8 jun 2008) telah disertai oleh semua student IB Tahun 1 di Akademi Pembangunan Belia Malaysia, Port Dikson.

Membuka mata. Ana dapat melihat impak positif yang telah diterima oleh para peserta. Mungkin tidak semua namun sebahagian besarnya. Program yang telah disusun atur sedaya upaya dilakukan agar tidak melanggar syariat. Segala-galanya berjalan lancar. Subhanallah.. Inilah keindahan Islam (Jazakumullahu khairan katheera buat ISMA dan Unit Pendidikan Islam KMS selaku penganjur program). Apakah yang telah membuka mata para peserta? Realiti umat Islam hari ini. Isu Palestin yang sudah melepasi usia 60 tahun, namun masih tiada penyelesaiannya. Apa yang harus dilakukan? Dakwah! Individu Muslim, Baitul Muslim, Masyarakat Muslim, Negara Islam, Khilafah Islam. Dakwahlah jawapannya.

Suka ana membawakan kata-kata seorang fasilitator( Jazakillah buat Ukhti Maisarah, pelajar medic Jordon yang sanggup meluangkan masa bercuti untuk bersama-sama kami) yang mengatakan bahawa kita tidak perlu tunggu lagi untuk berdakwah. Tidak perlu tunggu untuk menjadi seorang yang perfect. Tidak perlu untuk menjadi seorang ustaz mahupun ustazah. Nobody is perfect. That's the fact.

Kisah seekor burung tika Nabi Allah Ibrahim dibakar oleh Namrud yang zalim benar-benar membuka mata. Walaupun hanya beberapa titis air yang mampu ditanggung oleh paruhnya yang kecil, namun tetap yakin dengan usahanya untuk menyelamatkan nabi Allah. "Sesungguhnya Allah tidak melihat hasilnya, tetapi usahanya." Husna mengingatkan kami dalam tazkirahnya. Benar. Itulah yang diperlukan dalam berdakwah. Lakukanlah dakwah tersebut walaupun kesusahan yang harus kita hadapi. Letakkan keredhaan Allah sebagai pendorong, matlamat utama dalam menghadapi segala cabaran.


Kursus PROSTAR di Kolej Mara Banting(8-12 Jun 2008)

Mengapa? Itulah persoalan pertama yang menerombosi fikiran ana tatkala dipilih untuk menyertai kursus ini. Hanya satu jawapan yang mampu ana terima iaitu Allah itu Maha Adil. Kerana itulah ana merelakan diri ini untuk menerimanya.

Kejutan demi kejutan ana lalui. Ilmu yang diperoleh tatkala menghadiri Kem Mahasiswa Rabbani benar-benar diuji. Kekuatan iman amat diperlukan dalam mengharungi hari-hari di KMB.

Maksiat, kemungkaran menjadi perkara biasa. Mungkin keterlaluan untuk ana mengatakan sedemikian rupa (orang perempuan agak emosional). Namun itulah realitinya.

Sedih, pilu apabila melihat remaja-remaja yang bakal menjadi Arrijal dalam mengembalikan kegemilangan Islam dididik sedemikian rupa atas alasan untuk menghalang HIV, AIDS. Betul ke? Sejauh manakah kebenarannya? Pernahkan tercatat dalam mana-mana kitab atau dalam Al Quran sendiri bahawa metodologi yang digunakan benar-benar menjadi penyelesaiannya?

Terlintas juga apa yang mampu ana lakukan? Takkan hanya perlu duduk berdiam diri tanpa melakukan apa-apa untuk membela Islam yang dipermainkan sewenang-wenangnya oleh umat Islam itu sendiri. Allah melihat usaha, bukan hasilnya. Kata-kata inilah yang menjadi pendorong buat ana untuk melakukan sebarang tindakan. Namun di sudut hati ana inginkan perubahan. Perubahan yang berlandaskan syariat itulah yang mampu menggetarkan musuh-musuh Islam.

  1. aku rasa, sekembalinya ko dari kedua-dua kem ni, banyak yang ko boleh nilai. at least, ko telah mematangkan diri ko..

My photo
Menitikberatkan perjuangan yang jitu semata-mata berlandaskan jalan kebenaran meskipun kemenangan bagaikan sukar untuk dicapai.

...