MUJAHIDAH HAMPIR TERSUNGKUR..
Wednesday, May 14, 2008 by MAWAR BERDURI in

Bismillahirrahmanirrahim...

Perjuangan untuk menjalankan dakwah ni penuh dengan halangan dan dugaan. Kadang-kadang perkara yang tak terjangkau dek pemikiran pun boleh berlaku apatah lagi yang memang kita sering lihat pada hari ini.

Kali ni ana memang tak berniat nak sambung perbincangan ana pada post yang lalu. (Sedih jugak kalau diikutkan). Nak buat macam mana? Sbbnya ada perkara lain yang ana teringin nak kongsikan.

Tanggal 9 Mei meupakan tarikh keramat bagi kami (Auni, Shafa, Sab, Farah, Rina, Madi dan ana). Malam Air Mata Palestin. Merupakan titik noktah permulaan ujian yang terpaksa kami hadapi dalam meneruskan dakwah untuk memperjuangkan agama Allah di atas muka bumi ini.

Malam yang disangka dapat membawa sinar buat kami dalam meneruskan perjuangan menjadi permulaan kepada kami untuk menempuhi satu ujian Allah yang sangat menduga keteguhan kami dalam usaha untuk menegakkan agama Allah.

Kehadiran kami ke dalam majlis ilmu telah disalahtafsirkan menjadi malam mengkristianisasikan umat Islam.. Apakah kami buta untuk melihat semua itu? Keprihatinan kami terhadap masalah umat Islam di Palestin dengan mudahnya dianggap sebagai salah satu kegiatan dakyah oleh orang Kristian! Ya Allah, Engkau berilah hidayah Mu kepada hambaMu ini.

Hari ini sepatutnya kami diminta untuk berhadapan dengan Puan Pengarah Kolej untuk mendengar amanat darinya. Tapi, sesungguhnya Allah Maha Berkuasa. Dia sibuk menghadiri meeting bersama cikgu-cikgu IB. Kami terlepas lagi hari ini. Bagaimana pula dengan hari yang mendatang?

.....................................................................................................................

KEM PROSTAR PENCETUS ERA KEBANGKITAN STUDENTS IB DI KMS

Dalam masa satu minggu yang lepas, satu kejutan demi kejutan telah kami alami. Salah satunya ialah Unit Kaunseling telah mengeluarkan satu senarai pelajar yang akan menghadiri Kem PROSTAR di KMB. Antara pelajar yang dipaksa untuk ke sana sudah tentulah ana. Atas alasan ana tinggal di Terengganu. Jauh. Sebenarnya ana tak kisah pun ana tinggal di mana, sejauh mana, dengan siapa, sbbnya manusia ni memang penuh dengan seribu satu alasan kalau dia mengkehendaki sesuatu. Salah satunya adalah alasan untuk ana menghadiri ke Kem PROSTAR tersebut.

Ana pun tak kisah kalau kem yang kena ana pergi tu adalah kem yang ingin membentuk sifat insaniah ataupun yang meneguhkan iman dalam diri ana yang sedia ada lemah ni. Tapi, kalau dilihat aktiviti-aktiviti yang dijalankan memang tidak hairanlah nanti akan adanya percampuran di antara lelaki dan perempuan. Kononnya ingin menghindari penyakit HIV, AIDS. Tapi hakikatnya, benda-benda macam nilah yang membawa kepada kedua-dua penyakit yang memang termaktub dalam al-Quran.

Pocho-pocho, taichi... Semua ni adakah benar membawa kepada kesihatan yang baik. Atau nak menggalakkan pergaulan antara lelaki dan perempuan???? Sila jawab wahai mereka yang berkaitan. Mungkin anda mengatakan ana seorang yang jumud dalam melihat dunia ni tidak memerlukan perhubungan di antara lelaki dan perempuan. Tapi pernahkan anda terfikir, sampai bilakah kita nak mengabaikan hukum Allah? Sampai bilakah kita nak membiarkan segala perkara yang membawa kepada maksiat terus menular dalam masyarakat?? Sampai bila?! Sampai bila?!

" Jangan kamu menghampiri zina..."

Agama lah yang menjadi penyelesai segala masalah di dunia. Ikutlah akan al-Quran dan Sunnah. Segalanya akan selesai.. Itulah janji Allah swt.

  1. asmaa'......
    aku mewakili penduduk2 perak yang lain...
    sngt bersetuju dengan apa yg ko tulis kat blog.....
    marilah sama2...
    menjauhkan diri daripada prostar....

    from: nisah, qilah, bella, wan, shera, husna, shafa dan .......

My photo
Menitikberatkan perjuangan yang jitu semata-mata berlandaskan jalan kebenaran meskipun kemenangan bagaikan sukar untuk dicapai.

...