ISLAM KEMBALI DAGANG
Saturday, May 03, 2008 by MAWAR BERDURI in


"Islam itu datang dalam keadaan dagang dan akan kembali dalam keadaan dagang. Maka beruntunglah mereka yang berada dalam keterasingan itu"..


Mak Cik Noni membawakan pengisian utama dalam halaqah kali ini. Ana begitu tertarik dengan isu yang dibawanya, iaitu di bawah topik ISLAM DAGANG KALI KEDUA DAN CARA MENGATASINYA.


Mak Cik telah membawa hadith yang berkaitan iaitu hadith yang telah ana nyatakan. Beliau telah membawa kami, para sahibbah menyelami saat Islam yang telah dagang/asing buat pertama kali pada zaman Rasulullah saw. "Keunikan Islam itu sendiri yang menyebabkan Islam bbegitu ditekan dan dimusuhi oleh masyarakat jahiliyyah ketika itu,"Mak Cik Noni menjelaskan kepada kami. Baginda dan para sahabat ketika itu begitu gigih dan tabah dalam menempuh ujian dan cabaran sehinggakan Allah swt memerintahkan mereka untuk behijrah. Pada mulanya diperintahkan untuk ke Habsyah, namun pada akhirnya Allah memerintahkan untuk behijrah ke Madinah. Bermula dari detik itu, Islam yang dagang telah berjaya diatasi oleh Rasulullah saw dan para sahabat dengan jayanya. Mak Cik Noni menjelaskan lagi bahawa terdapat beberapa faktor yang membawa kepada kemenangan Islam pada ketika itu. Apakah faktor-faktor tersebut? To be continued...

My photo
Menitikberatkan perjuangan yang jitu semata-mata berlandaskan jalan kebenaran meskipun kemenangan bagaikan sukar untuk dicapai.

...