Hari Ini Dalam Sejarah...
Tuesday, April 29, 2008 by MAWAR BERDURI in

Alhamdulillah.. Hari ini, Allah masih bagi kekuatan kat ana u terus berkongsi dalam kesibukan untuk menghadapi final x lame lagi... Why the topic for today is Hari Ini Dalam Sejarah? Is it because of there is something that really create the history or.. because of something else? Sebenarnya, terdapat satu peristiwa hari ini yang ana rasa telah memberikan seribu macam ilmu kepada diri ana yang serba kekurangan ini. Tentu antum semua tertanya-tanya apakah peristiwa tersebut?

Pada hari ini, satu Majlis Penutup bersempena Minggu Apresiasi(kalau tak salah ejaannya) Sastera telah diadakan dengan jayanya. Sebelum majlis penutup tersebut, pertandingan akhir perbahasan ala parlimen telah diadakan di mana usulnya adalah Program Melahirkan Pelajar Pintar Merupakan Satu Pembaziran.. Mula-mula ana diberitahu tajuk tersebut ana mula melihat kepincangan telah berlaku dalam tajuk tersebut di mana bias telah berlaku dengan jayanya.. Seribu kemaafan cikgu di atas perspektif sedemikian rupa. Namun, ana dapat melihat hakikatnya. Sehingga hari ini, tidak ada satu pihak pun yang pernah menyangkal bahawa program pelajar pintar bukanlah satu pembaziran dan memang terbukti mampu melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang, gemilang dan malah terbilang(bak kata pembahas kedua di pihak pembangkang). Jadi di manakah keadilan tersebut?

Di samping itu, Alhamdulillah, ana dapat menilai sendiri akan hikmah perdebatan itu sendiri di mana mujadalah(perdebatan) itu sendiri merupakan salah satu daripada metodologi dakwah yang termaktub di dalam kitabullah: Al-Quran. Melaluinya, kita akan merungkai segala permasalahan bermula dari masalah pokok hinggakan ke akar umbi.. Subhanallah, betapa Allah Maha Mengetahui akan setiap keperluan hamba Nya dalam menegakkan kalimah toyyibah di atas muka bumi ini...

My photo
Menitikberatkan perjuangan yang jitu semata-mata berlandaskan jalan kebenaran meskipun kemenangan bagaikan sukar untuk dicapai.

...