BERSAMA KEMBALINYA RAMADHAN YANG DIRINDUI..
Wednesday, September 03, 2008 by MAWAR BERDURI in Labels:

RAMADHAN PERINTIS ERA PERUBAHAN

Alhamdulillah. Setelah sekian lama ana menyepi, kini ana kembali dalam usaha meneruskan lagi perjuangan yang kian lama tertangguh. Bukanlah disebabkan minat yang sudah luntur, namun kekangan masa yang tidak dapat ana elakkan menyebabkan ana tidak mamapu menyediakan ruang yang baik untuk menitipkan kata-kata di sini. Apa-apapun Insya Allah, mulai hari ini dalam meraikan kedatangan Ramadhan yang mulia, ana akan berusaha untuk mencari peluang untuk meneruskan perkongsian ini.

MANUSIA. KENAPA KITA BERADA DI SINI?

Tersingkapnya tirai Ramadhan, menyebabkan kita semua saling memperingati di antara satu sama lain akan hikmah dan keistimewaan yang terdapat di dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Sedikit sebanyak, kita akan cuba mempertingkatkan amalan kita agar peluang yang Allah s.w.t kurniakan pada kali ini digunakan secara maksimum malah lebih baik dari tahun sebelumnya. Ana kira, kita semua sudah menyedari akan hakikat amalan-amalan yang sering diamalkan tika menjelangnya Ramadhan Kareem ini. Solat sunat tarawikh, tadarus al-Quran, bersedeqah, qiamullail dan banyak lagi amalan-amalan lain sering diperkatakan oleh para ustaz tika menjelangnya bulan yang mullia ini. Tidak lupa juga kehadiran lailatulQadar dan nuzul Quran yang menyerikan lagi ibadah puasa kita saban tahun. Oleh sebab itu, bicara pada kali ini tidak banyak menekankan tentang fadhilat-fadhilat Ramdhan, cuma akan ana cuba untuk mengaitkan apa yang ingin diketengahkan iaitu mengapakah pada hari ini, kita berada di atas muka bumi ini?

DARI MANA KITA DATANG?

Sebelum menjurus ke arah sajian utama pada kali ini, sengaja ana timbulkan persoalan, dari manakah datangnya makhluk yang Allah s.w.t jadikan cukup sempurna akalnya dan mampu untuk berfikir akan kekuasaan Allah yang Maha Besar. Sebagai mengimbau kembali kejadian kita daripada tanah melalui perantaraan Nabi Adam a.s, Allah s.w.t banyak menyebutkannya di dalam firmanNya yang terkandung di dalam kitab yang mulia Al-Quran. Berikut disenaraikan surah-surah yang jelas memperkatakan tentang bagaimana berlakunya kejadian manusia selari dengan bukti-bukti saintifik yang sering diperkatakan pada hari ini.

1. Surah Al Hajj (Ayat 5)
2. Surah Al Mukminun (Ayat 12-14)
3. Surah As Sajdah (Ayat 7-9)
4. Surah Al Insaan (Ayat 1-2)
5. Surah At Thariq (Ayat 5-7)

Surah-surah diatas merupakan dalil-dalil yang menunjukkan bagaimana kita dicipta melalui satu titian yang kompleks dan tidak mampu kita laksanakan meskipun dikurniakan akal sehebat cendekiawan dunia. Tiada kebenaran ditunjukkan menerusi teori-teori seperti teori Darwin yang ana kira telah dikemukakan hanya untuk mencabar kekuasaan Allah yang tiada tara bandingannya….

HIKMAH KEWUJUDAN MANUSIA

1. Pengabdian kepada Allah.

Surah Ad Zariyat ada menyebutkan bahawa kita dilahirkan untuk beribadah kepada
Allah s.w.t. Namun demikian, sejauh manakah pengertian ibadah itu difahami?
Adakah ibadah itu hanya meliputi urusan solat, puasa, zakat dan ibadah-ibadah umum
yang lain?

Sebagaimana yang kita ketahui, ibadah memberikan pengertian segala amalan yang
semata-mata untuk memperhambakan diri kepada Allah, atau dalam kata lain segala
amalan yang dilakukan kerana Allah s.w.t. Di mana sahaja kita berada adalah
‘masjid’ iaitu tempat untuk kita memperhambakan diri kita kepada Allah. Sebagai
contoh, ‘masjid’ bagi seorang pelajar adalah sebuah universiti yang mendorongnya
untuk melakukan pengabdian diri kepada Allah.

Apa yang dapat ana perkatakan, peluang bagi seorang muslim adalah luas seluasnya.
Sekarang, hanya terpulang kepada kita untuk merebut peluang tersebut ataupun hanya
membiarkannya begitu sahaja. Tambahan pula, tika berada di dalam bulan Ramadhan
ini, segala amalan sunat akan digandakan pahalanya sebagaimana amalan fardhu
manakala amalan fardhu pula digandakan ganjarannya 70 kali ganda! Nah, apa yang
harus kita tunggu lagi? Hayya Syabab! Hayya Nisa’! Jangan sia-siakan peluang di
hadapanmu!

2. Khalifatullah

Apa yang dapat kita fahami melalui peranan kita sebagai khalifah Allah? Adakah tugas seorang khalifah itu hanya termaktub kepada seorang pemimpin sahaja? Adakah kita tidak layak untuk bergelar khalifah?

Memainkan peranan sebagai seorang khalifah bermaksud kita wajib menjalankan tugas, arahan mahupun perintah Allah dan meninggalkan apa yang dilarangNya. Amar makruf nahi munkar. Bukanlah sesuatu yang harus dipandang ringan. Namun, realitinya masyarakat seolah-olah mengambil jalan mudah. “Ala, ustaz dan ustazah kan ada.” Begitulah tanggapan kebanyakan pihak yang jelas membuktikan amalan sekularisme sudah kian menular di kalangan ummat Islam. Alangkah indahnya, jika kita dapat lihat pada hari ini, munculnya ulama’ seperti Ibnu Sina, Ibnu Rusyd, Ibnu Taimiyah dan ulama’-ulama’ yang terkemuka yang lain. Kemunculan prostaz(profesional ustaz) amat dinanti-nantikan. Andalah orangnya wahai sahabat-sahabatku. Marilah bersama-sama kita laksanakan dalam satu jemaah yang kukuh dan teguh agar kejayaan dan kegemilangan Islam kembali bertakhta di atas muka bumi Allah ini. Amin…

Hayya, hayya rijal, hayya bil jihad….’ Lagu Brothers mengingatkan ana akan seruan jihad yang seharusnya kita sahut dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifatullah. Jihad. Adakah fokusnya hanya pada jihad dalam peperangan? Justeru jawapannya tentulah tidak. Meskipun jihad yang paling tinggi adalah berperang demi mempertahankan dan memperkembangkan Islam (Surah AnNisa’, ayat 76), terdapat juga jihad-jihad lain yang tidak seharusnya kita tinggalkan. Jihad lisan, harta, jiwa dan juga musuh. Dengan kemunculan bulan Ramadhan el-Mubarak ini, kita bakal berjihad dalam erti kata berjihad untuk mengawal hawa nafsu baik dari segi nafsu untuk melakukan perbuatan maksiat mahupun jihad untuk mengelakkan pembaziran sewaktu berbuka puasa. Maka dapatlah dilihat bahawa jihad haruslah dilakukan dimana-mana sahaja. Selain itu, sebagaimana yang kita sedia maklum, menuntut ilmu juga merupakan salah satu daripada seruan jihad yang wajib disahuti. ‘Menuntut ilmu wajib ke atas setiap Muslim’.

3. PERCATURAN HIDUP INI. MEMBAWA KITA KE MANA
?

Segala-galanya sudah tercatat di lembaran kalamullah.

Surah An-Najm (ayat 42-44)
Surah Al-Insyiqa’ (ayat 6)
Surah Ar-Rum (ayat 11)
Surah Az-Zumar (ayat 7)
Surah Al-‘Alaq (ayat 8)

Setiap manusia pasti akan berhadapan dengan kematian…… Tunggulah saat kunjungan malaikatul maut. Detik itu pasti akan muncul. Nantikanlah…


p/s: Jutaan penghargaan buat Mak Cik Noni di atas pengisian usrah yang benar-benar
mengingatkan kembali tugas kita di atas muka bumi ini. Jazakillahi khairan katheera.

  1. thnx Asmaa' coz you remind me about this jihad..

  1. asmaa..
    troskan post artikel2 bernas yerk
    sy suke baca
    hehe

My photo
Menitikberatkan perjuangan yang jitu semata-mata berlandaskan jalan kebenaran meskipun kemenangan bagaikan sukar untuk dicapai.

...