Ramadhan Tiba
Tuesday, July 24, 2012 by MAWAR BERDURI in


Bismillahirrahmanirrahim. Agak lama juga saya tidak menulis. Menghadapi fatrah peperiksaan pada bulan Jun, membuat persiapan bagi menyambut Ramadhan dan kebersamaan keluarga membuatkan saya sedikit sukar mencari masa yang sesuai untuk meneruskan perkongsian di sini. Masakan tidak, untuk menghasilkan sebuah entri, saya memerlukan paling kurang 2 jam bagi memastikan setiap butir kata disusun dengan elok, tidak ada kesalahan ejaan dan yang pastinya perlu dibaca berulang kali agar mesej yang hendak disampaikan dalam setiap penulisan ini mudah difahami oleh pembaca. Ya, menjadi sedikit mujahadah buat saya namun di situlah kepuasannya. Menulis sebagai salah satu usaha menyahut seruan Ustaz Hasrizal pada tagline beliau, Erti Hidup Untuk Memberi tidak sepatutnya menjadi sebuah pemberian yang carca marba.


Marhaban ya Ramadhan!
Alhamdulillah, tahun ini keluarga saya buat sekian kalinya meraikan Ramadhan sepenuhnya bersama-sama memandangkan tahun sebelumnya Kak Ngah berada di US dan Kak Cik yang pulang sedikit lewat dari Mesir. Abuya memilih untuk meraikannya di rumah mbah bertemankan kedamaian suasana di Kampung Sungai Pasu. Suasana ini membuatkan saya suka membayangkan bagaimana masyarakat suatu ketika dahulu meraikan Ramadhan. Dikejutkan dengan kokokan ayam sebagai alarm semulajadi sambil kedengaran bunyi bedilan meriam buluh mengejutkan mereka yang masih tidur menggamatkan suasana bersahur di awal pagi. Namun, ini cumalah apa yang saya bayangkan apabila mendengar cerita ummi kerana apa yang tinggal hari ini hanyalah kokokan ayam dan bunyian alarm di telefon bimbit yang pelbagai. 

Malam 1 Ramadhan, usai mengerjakan solat Tarawikh secara berjemaah, kami sekeluarga berhimpun di dalam satu halaqah, membincangkan perancangan dan susun atur Ramadhan tahun ini disamping bermuhasabah apa yang kurang pada Ramadhan tahun lalu untuk diperkemaskan pada tahun ini. Bermusyawarah santai. Sedikit berbeza dengan tahun lalu apabila halaqah diisi dengan pandangan ulama' kontemporari mengenai hukum hakam yang melibatkan puasa. Alhamdulillah, semuanya telahpun di'cover' ketika berada di dalam perjalanan ke kampung. Syukur juga kepada Allah swt kerana beberapa perancangan telah kami berjaya kami putuskan dan mendapat persetujuan bersama. Semoga madrasah Ramadhan kami pada tahun ini berjaya mencapai matlamat yang diimpikan. 

Persiapan Hari Raya

Alhamdulillah, persiapan hari Raya kami sekeluarga sudah di'settle'kan di dalam bulan Sya'ban bagi menyahut sepenuhnya tawaran istimewa bulan Ramadhan dengan riang. =)..

WIth You~~
Sunday, July 01, 2012 by MAWAR BERDURI in

Allah,
I need Allah,
And the hearts all over the world tonight.
I said there's hearts all over the world tonight

What can I do?
I need Allah,
And the hearts all over the world tonight.
I said there's hearts all over the world tonight

Wish I was smarter, when I was younger.
Found something better - made me a winner and,
I'm so glad to be Yours!
It's my life that you own.

I start my journey when You forgive me
I swear my whole world stops.
You are in my heart and, I'm so glad that its fine
You are One truly kind...

You lighten me!
(I) Feel it, through and through, and
For sure ya Rabbee, there ain't nothing You can't do!
Because if I got You,
I don't need money!
I don't need cars!
Lord, you're my all!

And...Oh!
I'm into You my Lord,
No one else would do!
With every test you put me through,
the miracles, you help me do..
And now I know I can't be the only one,
I bet there's hearts all over the world tonight,
with the Love of their life who feel...what I feel when I'm

With You, with You, with You, with You, ya Rahman!
With You, with You, with You, ya Raheem!

I don't want nobody else
Without You there's no one left and,
the Master of judgment day,
I got to have Your love and I cannot do without,

If I got You,
I don't need money!
I don't need cars!
Lord, you're my all!

Oh!
I'm into You my Lord,
No one else would do!
With every test you put me through,
the miracles, you help me do..

With You, with You, with You, with You, ya Rahman!
With You, with You, with You, ya Raheem!

And I will never try to deny,
That You are my life,

Because if You ever let me go I would die!

So, I won't front!
I don't need another mission,
I just need you as my vision!
If I got You, I'll be straight,
Rabbee I need you every day!

I need Allah...
And the hearts all over the world tonight,
I said there's hearts all over the world tonight
What can I do?

I need Allah...
And the hearts all over the world tonight,
I said there's hearts all over the world tonight

Rab ighfirly
Fantal kareemuu!

Wa3fu ya rabbee
Fantar raheemuu!

With You, with You, with You, with You, ya Rahman!
With You, with You, with You, ya Raheem!

-Raef (Chris Brown Cover)-

Coret sana, coret sini
Saturday, June 23, 2012 by MAWAR BERDURI in

DariNya kita datang, kepadaNya kita kembali 

Hari ini saya sengajakan diri untuk tidak menyentuh sebarang buku. Tambahan pula dengan kepala yang sedikit berpusing pagi tadi membuatkan saya berada dalam keadaan yang serba tidak kena untuk membuat sebarang kerja. Apa-apapun, syukur pada Allah swt atas kesempatan untuk menulis lagi. 

Seminggu ini banyak berita yang agak memeritkan hati sampai kepada saya. Pemergian Allahyarham Ustaz Yahya Othman, seorang Murabbi Tarbiyah yang sangat saya kagumi dari segi kehebatannya dalam mengemudi tarbiyyah dalam gerakan Islam tertua di tanah air membuatkan mata saya berair sebaik sahaja menerima perkhabaran itu. Masakan tidak. Januari yang lalu, saya telah dipelawa oleh sahabat untuk menziarahi beliau yang sedang sakit ketika berkunjung di bumi serambi Mekah namun tidak berkesempatan memenuhi pelawaan itu disebabkan hal-hal yang perlu saya lunaskan dengan segera pada ketika itu. Tidak dapat saya bayangkan betapa terkilannya saya kerana tidak berkesempatan untuk bersemuka dengan beliau sehingga ke akhir hayatnya. Hari ini, saya hanya mampu menatap tulisan beliau dengan hati yang menakung sebak yang mendalam. Apa yang mampu saya lakukan untuk menebus rasa terkilan di hati adalah keazaman untuk melahirkan ramai tokoh-tokoh hebat sepertinya bagi meneruskan kesinambungan perjuangan menegakkan khilafah Islamiyyah di atas bumi Allah swt ini. Ya Allah, perkenankanlah. 

Tidak sempat perasaan reda dengan pemergian beliau, saya didatangi pula dengan berita pemergian seorang mujahidah Nisa', Allahyarhamah Zarina yang meninggalkan kami, menemui Allah swt di usia yang muda melalui asbab kemalangan di jalan raya. Allahuakbar! Mulianya beliau kerana pergi dalam keadaan dirinya sibuk meneruskan tugas sebagai seorang amilin di medan dakwah. Semoga Allah swt meletakkan beliau sebaris dengan Sumaiyyah, syahidah terawal selepas kerasulan Rasulullah saw. Agak cemburu juga saya pada beliau. Semoga Allah swt mentakdirkan kematian saya juga sebagai seorang syahidah, dalam keadaan hati yang ikhlas untuk terus berada di dalam penerusan perjuangan para Rasul. 

Ramadhan

Hari ini sudahpun masuk 3 Syaaban 1433 H. Tidak sampai sebulan, akan menjelmalah Ramadhan. Subhanallah. Perasaan tidak sabar untuk bertemu dengan Ramadhan, membuatkan saya sudak mula membiarkan nasyid-nasyid yang memuliakan Ramadhan menemani saya ketika sedang membuat persediaan bagi peperiksaan akhir. Saya berasa sedikit bimbang sekiranya Allah swt tidak memberikan kesempatan untuk merasai Ramadhan pada tahun ini memandangkan seorang demi seorang mereka yang dekat di hati sudah dipanggil menemui Rabbul Izzati. Allahumma balighna Ramadhan. 

Meskipun tahun ini saya dan ahli keluarga bakal meraikan kedatangan Ramadhan dengan kekurangan salah seorang ahli keluarga, arwah Abang, namun saya sangat yakin arwah juga sedang tidak sabar menanti kedatangan Ramadhan sama seperti kami yang masih diberikan peluang untuk bernafas hari ini. Masih terngiang-ngiang bacaan surah kegemaran arwah, Surah Al-Baqarah saat arwah mengimamkan kami bagi solat Tarawikh tahun lalu. Ya Allah, Kau jadikan kalam-kalam suci yang mengalir di segenap salur darah arwah adikku sebagai cahaya yang menerangi kuburnya. 

Saya berasa terdapat sedikit perbezaan dalam memandang kehadiran Ramadhan tahun ini. Pandangan yang sedikit dewasa, saya kira. Perasan dah besar. Mungkin disebabkan pelbagai peristiwa yang singgah dan terus-terusan mentarbiyyah hati untuk terus meletakkan pergantungan pada Allah swt. Semoga sisi pandang saya pada kedatangan Ramadhan yang masih tidak mampu saya kongsikan di sini mampu menjadi peneguh hati untuk mendepani mehnah dunia yang semakin hari semakin dahsyat menyerang di samping merasai haruman-haruman kebangkitan Islam sedunia yang semakin mekar baunya dari hari ke hari. 

Izinkan hamba ini terus berdoa, Allahumma balighna Ramadhan. 

Ikhlas  

Saya tidak tahu mengapa, namun saya sangat tersentuh apabila mendengar bicara Wardina Safiyyah yang menyebut soal ikhlas. Apakah ukuran sebuah keikhlasan? Itu soalan yang ditanya kepada beliau yang dijawab dengan ringkas namun sangat tepat. Meskipun tanpa sebarang dalil dan hanya mengemukakan hujah melalui logik akal, beliau menyatakan ikhlas itu adalah apabila sesorang itu sudah mampu mengawal diri untuk bersifat neutral tatkala dipuji dan juga tika dikritik dalam melakukan sesuatu yang berada di dalam landasan syariat. Ya, saya pernah dipuji dan saya juga pernah dikritik. Namun, lemah sungguh saya apabila saya sedar yang saya masih tidak mampu mencapai tahap meneutralkan diri apabila berhadapan dengan kritikan dan pujian tersebut. Meskipun sukar, saya berdoa dan sangat berharap saya berjaya mencapai tahap keikhlasan di sisi Allah swt. Meskipun tidak dapat dilihat pada pandangan mata manusia, cukuplah Allah swt yang memandangnya. Ya Allah, bantulah hambaMu yang lemah ini dalam mencapai redha Mu. 

p/s: Dah penat aku reka alasan. Kalau orangnya Islam, senang je aku cakap. Ikhtilat syeikh, ikhtilat..  

Hikayat sang puteri.
Friday, June 08, 2012 by MAWAR BERDURI in

Hijau
Alhamdulillah, aku berkesempatan untuk berhijau di bumi jelapang padi. Menyatakan sokongan pada sebuah gerakan Islam tertua di Malaysia. Bergerak ke sana bersama-sama geng purple pada pagi Jumaat dan kemudiannya bertemu dengan family di sana. 

Dalam ramai-ramai orang di sana, boleh pulak Ustaz Riduan Mohamad Nor (seorang penulis profilik muda yang sangat hebat) tegur aku di tengah-tengah jalan. Agaknya, dia boleh rasa aura aku sebagai peminat tulisan dia.

"Enti belajar kat Darul Quran ke?"

Erk. Aku terkesima. 

Aku langsung tak plan nak balik ke kampung memandangkan hari Isnin aku ada kelas. Tapi, atas semangat ke'family'an yang kuat, aku balik jugak. =D. On the way balik, kami singgah di kubur As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan Almarhum Tuan Guru Haji Fadzil Noor. Dua tokoh ulama' yang amat aku kagumi. Lupa nak copy gambar dari kak Yam

Di Gerik, aku berpengalaman drive di jalan raya yang aku kira agak horror. Tak sampai setengah jam, aku give up. Haha. Mana taknya, tengah-tengah drive, nampak sebuah kereta masuk dalam gaung. 

Kami bermalam di Machang semalaman. Paginya, aku ambil alih tugas memandu Khalid al-Walid nama kereta yang aku bagi dari Machang ke Kuala Terengganu.

Malamnya, aku balik ke KL. Naik bas, tempat duduk belakang. Terhuyung hayang kepalo den.

Demam

Semasa berhijau, aku kehujanan. Lebat sungguh hujan di utara Malaysia ni. Tapi, lebat lagi kedatangan anak muda ke sana. Jalan semua jam.

Berbalik kepada cerita demam, sebaik sahaja sampai ke KL, badan aku dah tak berapa ok. Cuaca KL panas sangat. Tapi, macam biasa, aku biarkan je. Nak jadi tough la katakan. Hasilnya, tak lama lepas tu aku makin teruk. Batuk, selsema. Tapi, still pergi kelas. Bajet rajin.Walaupun aku ni anti ubat, akhirnya aku terpaksa ambil mana yang perlu disebabkan exam yang dah around the corner, orang putih kata.

Maka, dengan bahagianya, aku menelan Breacol sambil menikmati bulan yang cantik di langit malam.

Birthday

Suatu petang, aku dapat mesej dari kak Tiah. "Esok, birthday kak Akma. Jom celebrate malam ni." Aku tak sihat. Tapi, disebabkan aku takut aku jeles sebab tak dapat join geng purple, aku pun memaksakan diri pergi. Akhirnya, kami berkampung di Chicken Rice Shop. 

Disebabkan geng purple ni semuanya perempuan dan makannya pulak di shopping complex, tak sah kalau tak ronda-ronda. Window shopping la katakan. Kebetulan salah seorang dari kami akan berwalimah lepas raya nanti, kami dijadikan sebagai consultant tak bertauliah untuk memilih barang hantaran. Dah kena plan untuk turun ke Johor lepas raya nanti.

Diyani's wedding 

Esok, salah seorang rakan sekelas aku merangkap ahli geng purple seMalaysia akan berwalimah. Tahniah Diyani. Aku tumpang gembira. Barakallahulakuma wabaraka alaikuma fikhair.

Masa aku dapat jemputan dari Diyani, jadual exam belum keluar. Tup-tup bila keluar hari tu, ada satu paper tersesat hari Isnin ni. Disebabkan aku ni seorang risk-averse, memikirkan aulawiyat pinjam term arab sikit, aku hanya mampu kirim hadiah pada dua orang geng purple yang akan ke sana. Diorang bertolak malam ni. Seeru ala barakatillah, sahabat. Semoga selamat sampai.

Tema Diyani, hijau. Aku suka peach.

Kak ngah balik

Esok kak ngah balik dari US. Cuti summer sampai end of August. Kak cik pun balik dari Egypt mid July nanti. Dapat lah kita semua teman umi kat rumah kan. Yang penting kita dapat puasa dan raya sama-sama tahun ni. Manalah tau kak long sambung belajar kat Aussie tahun depan, amin.

Kak long suruh kak ngah belikan jajan untuk kak long. Sebab, kak ngah suka buli kak long. Haha. Kita jumpa esok ye, kak ngah. Semoga selamat sampai esok. ;-)

Tak sabar nak dengar cerita pasal Niagara Falls dan pasal tuuuuuuut. 

The end.

Cabar diri
Tuesday, May 29, 2012 by MAWAR BERDURI in

Meniti saat-saat akhir di bumi Taylor's membuatkan ada sedikit haru di dalam hati. Insha Allah, dalam tempoh lebih kurang sebulan, tamatlah sudah pengajian saya di sini. Di medan yang banyak mengajar saya untuk mengenali siapa diri saya yang sebenar. Bagi sesetengah orang, tamatnya tempoh bergelar seorang pelajar merupakan suatu yang amat dinanti-nantikan. Tidak sabar untuk bekerja, pegang duit sendiri kata mereka. Namun sedikit berbeza bagi saya. Saya tidak pernah melatih diri malah mengelak untuk mempunyai perasaan sedemikian. Saya suka mempunyai guru. Saya suka berada dipersekitaran ilmu. Saya suka jadual waktu harian yang flexible. Semua itu hanya mampu saya peroleh ketika saya bergelar seorang pelajar secara formal. Di sudut hati, saya sangat mengharapkan agar saya akan terus bergelar seorang pelajar. Saya tidak takut untuk digelar nerd kerana gelaran itu hanya akan keluar dari mulut mereka yang bencikan ilmu. Menganggap hidup yang cintakan ilmu sebagai boring dan no life. Bencikan ilmu bererti bencikan para ulama' kerana ulama' cintakan ilmu. Jadi, mengapa perlu diambil peduli akan kata-kata mereka yang bencikan pewaris para nabi?

"Akak, apa maksud akak kita kena mencabar diri?"

Sms yang saya terima dari seorang adik muslimin malam tadi membuatkan saya tersenyum. Barangkali sedikit terkesan dengan bicara saya pada pertemuan terakhir bersama-sama dengan mereka baru-baru ini. Kagum saya apabila teringatkan semangat adik-adik yang tidak jemu-jemu untuk belajar menjadi seorang daei. Mereka cintakan ilmu. Jika yang muslimat gelagatnya begini, yang muslimin ada perangainya yang tersendiri dalam membentuk jiwa daei yang bukan sahaja pandai malah bijaksana. Mereka inilah keluarga saya di Taylor's yang akan saya rindui tatkala berpisah di penghujung Jun nanti.
.................................................

Memilih untuk hidup sebagai seorang pejuang dan daei yang mendokong gerakan Islam tidak akan lengkap tanpa adanya jiwa yang dididik untuk menjadi kental dan kuat menahan segala mehnah dan trebulasi dalam sebuah perjuangan. Kekuatan ini seakan-akan sudah menjadi suatu keperluan yang penting agar diri dapat terus bertahan dengan perjuangan walaupun di saat yang tinggal hanyalah pergantungan pada Allah swt. Namun, persoalannya bagaimanakan jiwa sebegitu dapat dibentuk. Apakah cukup dengan hanya mengikuti usrah, daurah, tamrin dan program-program lain yang kelihatan seperti ada keseronokan padanya? Sahabat, itu tidak cukup. Amat tidak cukup untuk bergelar seorang pejuang yang berjiwa kental. Semua itu hanya sekadar untuk perolehan ilmu dan perkongsian sahaja. Tiada aplikasi padanya. Jiwa yang kental perlukan sesuatu yang lebih daripada itu. Jadi, bagaimana?

Belajarlah untuk berada bersama-sama mereka yang berjuang untuk menegakkan keadilan kerana Islam itu fitrahnya adil.

Di sinilah peranan kita untuk mencari sesuatu yang mencabar diri. Kerana dengan mencabar diri, kita akan beroleh pengalaman yang merupakan guru yang terbaik dalam kita melewati kehidupan di atas dunia persinggahan ini. Ilmu-ilmu yang diperoleh akan diaplikasi dan digunapakaikan. Guru inilah yang bakal membentuk kita menjadi seorang yang bijaksana, bukan hanya seorang yang pandai di atas kertas dan di sudut teorinya sahaja.

Salah satu yang paling mudah untuk mencabar diri adalah untuk menjadi diri sendiri. Menjadi diri sendiri dalam erti kata mempunyai pendirian untuk berpegang teguh dengan al-Quran dan as-Sunnah. Kelihatannya tidak sukar, namun ini tidak mudah untuk dilaksanakan. Contoh yang mudah. Sejauh mana kita berpendirian terhadap pakaian kita yang menutup aurat? Adakah kita perpakaian sedemikian adalah semata-mata disebabkan kita berada di persekitaran sahabat-sahabat yang menutup aurat? Atau kerana pendirian kita untuk berpegang dengan perintah yang diwahyukan oleh Allah swt dan diperjelaskan melalui baginda Rasulullah saw? Di sini, kita akan mencabar diri untuk meletakkan pendirian yang sepatutnya di dalam hati.

Kita lihat pada skop yang sedikit luas dalam konteks kehidupan di medan dakwah. Seorang daei itu tidak mampu mempunyai kekuatan jiwa di sudut kesabaran dan kesejahteraan dalam mendepani sebarang ujian jika dia hanya melihat adanya keseronokan dan keselasaan pada kegiatan dakwah yang kebetulannya disertai oleh majoriti sahabat-sahabatnya. Dalam bahasa mudah, menjadi daei secara ikut-ikutan. Apa yang perlu adalah pendirian yang dibina di sudut hati untuk mematuhi kewajipan amar makruf nahi munkar sebagaimana yang tercatat di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Apabila pendirian ini terbina akan lahirlah perasaan untuk melakukaan sesuatu bagi mengukuhkan pendirian yang sedang dibina. Di sinilah kita akan bertemu dengan banyak perkara yang mencabar diri. 

Jadilah seperti pepohon kelapa ini yang teguh berdiri meskipun seringkali ditiup dengan angin yang kuat.

Sebagai contoh, kehidupan seorang daei memerlukan kita berhadapan dengan pelbagai kelompok masyarakat kerana Islam tidak pernah mengajar kita untuk memilih-milih golongan tertentu sahaja. Maka untuk itu, adalah suatu keperluan untuk kita turun ke dalam masyarakat. Bagaimana caranya, kitalah yang perlu memilih sama ada untuk mengikut wadah perjuangan Islam yang menyediakan lapangan untuk bertemu dengan masyarakat yang pelbagai atau tidak, tanpa dipengaruhi oleh sesiapapun. Pemilihan inilah yang dikatakan mencabar diri kerana di saat ini kita mungkin memilih sesuatu yang berlainan dengan persekitaran kita malah mungkin kelihatan melawan arus. Pengalaman dipandang sinis, dikritik, diumpat malah mungkin difitnah akan membentuk jiwa yang kental mendepani cabaran. Minda akan terdidik untuk bijak mengatur strategi dan perancangan apabila tiba suatu tahap diri terpaksa berhadapan dengan musuh yang pelbagai termasuklah musuh tradisi umat Islam, syaitan laknatullah. Pergantungan pada Allah swt akan menjadi semakin kuat. Hasilnya, akan terlahirlah seorang daei yang bijaksana, berjiwa kental dan hidup penuh dengan pergantungan diri terhadap Allah swt. Formula yang mudah namun sukar untuk dilaksanakan. 

Walaupun demikian, usahlah kesukaran itu kita jadikan sebagai alasan untuk tidak meng'upgrade' diri atau mungkin melarikan diri dari kehidupan sebagai seorang pendokong perjuangan Islam. Syurga Allah swt itu bukan murah nilainya. Kesukaran yang kita pilih itulah adalah sunnatullah yang bakal menentukan layakkah atau tidak kita mendapat tawaran untuk berada di dalam kenikmatan di akhirat kelak. Sedangkan Rasulullah saw yang sudah dijanjikan syurga dibaling batu di Taif, inikan pula kita yang hidup penuh dengan dosa dan noda. Layakkah untuk mempersoalkan kesukaran itu?
................................................................
 Tidak terus meninggalkan sms yang dikirim dengan persoalan, saya cuba menjawab dengan serba ringkas.

"Akhi, maksud akak ialah jangan takut pada cabaran. Jangan takut untuk cuba dan merasai sesuatu yang baru. Dalam erti kata lain, kita jadilah diri kita yang sebenar. Ada pendirian, diikat dengan al-Quran dan as-Sunnah. Dan, cabar diri untuk berhadapan dengan pandangan sinis orang lain apabila kita tak sama seperti mereka."

Di dalam hati, saya mengharapkan agar Allah swt terus memegang hati ahli keluarga saya di Taylor's ini untuk terus thabat di atas jalan perjuangan yang dipilih mereka.   

Minyak wangi vs besi panas
Friday, May 18, 2012 by MAWAR BERDURI in

"Kak Asmaa', bagilah nasihat untuk saya." 

Pinta Salsabila ketika berkunjung ke rumah, saya balasi dengan senyuman pada mulanya. Adik hebat ini bakal meneruskan perjuangannya ke University of Wisconsin-Medison tidak lama lagi. Becita-cita menjadi seorang ahli geologi Muslimah yang berjaya. Kagum sungguh saya dengan semangat ingin tahunya yang kuat.

Dik, nanti di sana, carilah sahabat yang baik. 

Bicara soal persahabatan mungkin sudah biasa kita dengari malah mungkin sudah mampu menghafal bait-bait isi untuk diutarakan. Meskipun demikian, nilai disebalik sebuah persahabatan itu tidak pernah berkurang malah semakin tinggi nikmatnya jika diselami secara mendalam dan diulang-ulang dari sudut pengamalannya dari sehari ke sehari. Itulah persahabatan atau ukhwah yang dibina atas niat yang satu. Lillahi taa'la. Kerana Allah Taala.


Bagi seorang pelajar yang duduk berjauhan dari pandangan keluarga, sahabat memainkan peranan yang amat penting dalam pembentukan diri untuk menjadi seorang Muslim dan Muslimah dalam erti kata yang sebenar. Merekalah yang berada di sisi di kala kita gembira, di waktu kesedihan, di saat kesusahan dan di ketika merindui ahli keluarga. Maka, tidak mustahil bukan jika saya katakan senyuman kita, peribadi kita malah akhlak kita tatkala bersama mereka dipengaruhi sebahagian besarnya daripada persekitaran kita yang dilingkungi oleh sahabat. Persahabatan yang sama ada diikat dengan aqidah yang satu atau tidak adalah persahabatan yang menentukan siapa kita suatu hari nanti. Lingkungan ukhwah yang dipenuhi dengan peringatan, tegur menegur ke arah kebaikan, tolong menolong serta kasih dan cinta atas dasar keimanan mampu membawa kita menuju redha Allah swt. Merekalah cerminan siapa diri kita yang sebenarnya. Bersahabat dengan pembuat minyak wangi pasti turut menadapat aroma wangiannya. Berkawan dengan pembuat besi, takkan terlepas dari terasa bahangnya.


Soal ukhwah inilah juga yang saya tekankan ketika diminta menyampaikan tazkirah ringkas di penghujung mesyuarat Nisa' Petaling Jaya Selatan baru-baru ini. Pentingnya ukhwah dalam sesebuah organisasi dakwah tidak harus terletak di dalam usrah semata-mata, harus dibawa sekali rohnya di dalam sebarang gerak kerja Islam. Tanpa ukhwah, suatu gerak kerja itu akan terus berjalan, namun pastinya dalam suasana yang penuh dengan ketegangan dan perasaan tidak puas hati. Malah akan melahirkan keterpaksaan dalam melaksanakan tanggungjawab. Keikhlasan akan menjadi pudar. 


Gerakan Ikhwanul Muslimin mampu terus utuh di medan amal Islaminya dek ukhwah yang menjadi teras dalam setiap perkara. Inilah yang ditekankan oleh Assyahid Imam Hassan al-Banna melalui modul usrah dan al-Mathurat yang secara praktikalnya diamalkan secara jamaei dalam membentuk persahabatan yang bertunjangkan perjuangan Islam.   

"Tidak sempurna iman seseorang itu selagi mana dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri." Riwayat Bukhari dan Muslim

Kegemilangan negara Islam Madinah ketika zaman Rasulullah saw bermula dengan persahabatan yang erat di antara kaum Muhajirin dan Ansar. Tindakan Rasulullah saw mempersaudarakan kedua-dua kaum ini sebaik sahaja tiba di Madinah ketika peristiwa hijrah, mampu memberi panduan terbaik pada kita bahawa soal persahabatan ini tidak harus dipandang enteng. Sama ada kita tercampak ke utara, selatan, timur mahupun barat, usahakanlah untuk mencari sahabat dan berukhwahlah kerana Allah swt. Selain dari mendapat keberkatan dari pengamalan sunnah Rasulullah saw, perjalanan hidup kita akan lebih mudah kerana adanya sahabat yang melengkapi kekurangan kita dan meraikan kelebihan yang kita ada. Begitulah juga sebaliknya. 

Kesimpulannya, walau di mana sahaja kita berada, berukhwahlah kerana Allah swt kerana di antara 7 golongan yang mendapat naungan Allah swt di padang mahsyar nanti adalah dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah swt di mana keduanya saling bertemu dan perpisah juga kerana Allah swt. Besar bukan ganjaran sebuah ukhwah fillah.;-)

p/s: Ukhwah itu ibarat sup bunjut.

Lembaran insomnia..
Thursday, May 17, 2012 by MAWAR BERDURI in

Malam semakin berlalu menongkah masa yang tidak pernah menoleh ke belakang menantikan aku yang masih terkebil-kebil. Ke kanan aku berpaling, cuba melelapkan mata. Masih tidak berdaya. Ku cuba pula untuk ke kiri, mencari sisi selesa agar mata ini tertutup jua. Namun, usaha aku ini tidak berhasil. Jam sudah menunjukkan 2.30 pagi. Esok pagi, rutinku bakal dimulakan dengan kelas tepat jam 8 pagi. Inilah yang berlaku padaku semenjak akhir-akhir ini. Banyak sungguh perkara yang berlegar di kepala menuntut untuk diberi perhatian. Kadang-kadang sehingga membawa ke dalam mimpi. Insomnia menjadi-jadi. 

Aku bingkas bangun sambil memerhatikan teman-teman di sisi yang sudah lama menyenyakkan diri. Cemburu sungguh aku. Sungguh. Aku bingkas bangun. Tidak harus kubiar masa itu berlalu begitu sahaja. Selepas melakukan apa yang patut dan berkira-kita untuk terus melakukan apa, akhirnya aku memilih untuk membuka kembali assignment yang sudah separuh disiapkan.

Sedang aku cuba menambah apa yang perlu, membetulkan mana yang silap pada assignment yang sedang suba kusempurnakan, kepalaku tiba-tiba terimbas tawaran interview kerja pada 21 Mei 2012 yang aku peroleh petang tadi. Financial Planning Advisor dengan tawaran gaji yang agak baik. Namun, memikirkan sekiranya diizinkan Allah swt untuk melepasi interview, pekerjaan ini bakal membuatkan aku terlibat dengan sistem kewangan yang berteraskan riba, aku membuat keputusan untuk menolak dengan baik tawaran yang diberi. Semoga aku dikurniakan rezeki yang lebih tinggi keberkatannya di sisi Allah swt pada masa hadapan. Inilah salah satu perkara yang mengganggu fikiranku selain memikirkan soal gerak kerja yang masih banyak perlu diselesaikan, hal-hal peribadi yang pelbagai dan masalah-masalah sahabat-sahabat di kampus yang butuhkan pertolongan diri kerdil ini. Itu belum masuk soal assignments yang sedang beratur minta diselesaikan. Ya Allah, permudahkanlah diri ini. 

Ah, siapalah aku untuk mengeluh akan kepenatan kecil yang aku rasai. Aku pasti pada ketika ini, sahabat-sahabat, pendokong-pendokong dakwah Islam yang lain masih sibuk merencana strategi menguatkan ummah, menyebarkan kebenaran dan seterusnya mengembalikan kegemilangan Islam di atas muka bumi Allah swt. Entahkan tidur entahkan tidak. Aku yang kerdil dengan taklifan yang kecil ini, layakkah untuk berkata-kata? 


Aku membuka blogku yang sudah bersawang dek ketidaksempatan mengemasikini dengan perkongsian-perkongsian baru buat sahabat pembaca yang dikasihi. Dan akhirnya, aku memilih untuk metitipkan 'lembaran insomnia' ini pada pagi yang semakin hening terasa. Jam menunjukkan tepat pukul 4.00 pagi. Aku harus melelapkan mata. Perlu. Kerana esok sedang menanti dengan susunan jadual yang sedang menanti. Allahuma rabbi yassir wa la tu'assir.  

p/s: The More I Try To Get Rid Of You, The More I Miss You.

My photo
Menitikberatkan perjuangan yang jitu semata-mata berlandaskan jalan kebenaran meskipun kemenangan bagaikan sukar untuk dicapai.

...