Duhai jiwa yang rindukan ketenangan,
Sabarlah dikau,
Pintalah kesejahteraan daripadaNya.
Duhai jiwa yang rindukan ketenangan,
Mujahadahlah dikau,
Pohonlah kecintaan,
Pada yang maha berhak terhadap kecintaanmu.
Duhai jiwa yang rindukan ketenangan,
Berbahagialah dikau,
Kerana syurga itu bakal menjadi kurnia,
Buat dikau yang mendambakan redha Tuhanmu.
Duhai jiwa yang rindukan ketenangan...
nukilan: mawarberduri
Dalam meneruskan perjuangan Rasulullah saw, keikhlasan dalam setiap amalan memandu dalam perjuangan menuju mardhatillah.

Powered by Blogger.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

- MAWAR BERDURI
- Menitikberatkan perjuangan yang jitu semata-mata berlandaskan jalan kebenaran meskipun kemenangan bagaikan sukar untuk dicapai.
