Alhamdulillah, sihat..
Thursday, April 05, 2012 by MAWAR BERDURI in

Alhamdulillah, baru-baru ini saya sempat mengambil mengambil bahagian dalam pemeriksaan kesihatan percuma di Taylor's. Hajat lama yang selalu terhalang dek kesibukan masa. Apa-apapun, segala puji bagi Allah swt di atas kesempatan masa dan di atas nikmat kesihatan yang diberi. 

 Dari Ibnu Abbas ra berkata, sabda Rasulullah saw," Ada dua nikmat yang kebanyakan manusia tertipu kerananya iaitu kesihatan dan masa lapang."
-Sahih Bukhari-


Ya, saya kira kita semua sangat mengakui bahawa masa lapang itu adalah suatu nikmat tidak terhitung nilainya. Namun, kita mungkin terlupa dengan satu lagi nikmat yang Rasulullah saw gandingkan di dalam hadith yang sama iaitu nikmat kesihatan. Saya sendiri mengakui, dengan pelbagai kekangan, kadang-kadang saya terlupa untuk cakna pada kesihatan, mengambil mudah untuk tidak menyentuh ubat apabila sakit dan mencipta alasan kononya kuat. Dan tak suka pergi klinik. Hakikatnya, prinsip ini silap. Sebagai tanda cinta saya pada Allah swt yang menyempurnakan penciptaannya, saya kena mengubah prinsip ini. Agar saya tidak terhantuk baru terngadah. 


 Alhamdulillah, setelah membuat pemeriksaan baru-baru ini, saya meletakkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah swt kerana mengurniakan saya dengan kesihatan yang sempurna. Kata-kata dari cik yang mengulas prestasi kesihatan saya membuatkan saya bersemangat untuk terus menjadi sihat.

"Your health is very good! You just have to maintain it."  

My photo
Menitikberatkan perjuangan yang jitu semata-mata berlandaskan jalan kebenaran meskipun kemenangan bagaikan sukar untuk dicapai.

...