BERBEZA
Wednesday, November 09, 2011 by MAWAR BERDURI in

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah di atas kesempatan untuk menyambut Eidiladha yang baru sahaja berlalu. Menyemarakkan erti pengorbanan dengan laungan takbir selama empat hari berturut-turut membuatkan aku sayu mengenangkan apakah sudah cukup pengorbanan yang aku lakukan untuk agama Allah swt. Menerima kiriman peringatan dari yang sentiasa di ingatan bahawa tiadanya perjuangan tanpa pengorbanan membuatkan aku mengakui sesungguhnya pengorbanan itu sunnatullah perjuangan.
..............................

Setibanya di Marang, azan Magrib telahpun berkumandang, menandakan tibanya sudah 10 Dzulhijjah 1432H. Jangkaan aku, bas akan sampai ke stesyen bas sebelum Magrib membuatkan aku hanya menahan perut untuk berbuka puasa. Sempat juga aku menghantar sms buat adik bongsuku.

'Jangan lupa bawa makanan untuk kaklong'   
'Ok. Adik Nab bawa ayam berempah untuk kaklong ni'


Eidiladha tahun ini sedikit berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya. Jika sebelum ini kami sekeluarga sentiasa berlapan tahun ini melihatkan kelainan. Eidilfitri disambut bertujuh. Eidiladha pula berenam. Makin sedikit. Dalam kesayuan teringatkan kakngah dan kakcik yang jauh di perantauan, aku cuba meriahkan suasana dengan melayan kerenah adik-adik yang bertiga di rumah. Kelainan juga amat terasa tatkala menyediakan juadah untuk Hari Raya. Amat terasa kekurangannya. Aku pasti, kedua umi dan abuya pasti lebih merasakan kekurangan itu. Namun, bersyukur juga dengan kemudahan teknologi, kami masih dapat ber'skype' di malam Hari Raya.

Menginjak ke usia 20an, membuatkan aku sedikit kekok apabila duduk bersama-sama dengan makcik-makcik dan pakcik-pakcik. Mana tidaknya, isu yang dibincangkan amat lain jika dibandingkan zaman aku diusia belasan tahun. Isu kerjaya, isu semasa dan yang paling aku tidak tahan mereka sibuk nak jodoh-jodohkan aku. Maklumlah, 20 dan 26 November, dua orang sepupu aku akan naik ke jinjang pelamin. Aura pengantin tu dah berbau-bau gamaknya.

Hari Raya kedua, aku demam. Kebetulan juga Kak Yam, adikku yang kedua bongsu, terkena chicken pox sehari sebelumnya. Jentungan, bahasa orang kampung aku. Pada mulanya, aku menyangkakan aku turut berjangkit. Namun, Alhamdulillah, aku hanya demam biasa. Akhirnya, dalam keadaan demam dan badan yang masih terasa hangatnya, aku gagahkan juga diri untuk pulang walaupun kedua umi dan abuya berkira-kira mahu membenarkan aku menaiki bas balik ke Subang semalam. Bukan aku tidak mahu menanti demamku agar sedikit kebah namun mengenangkan peperiksaan akhir yang semakin hampir dan tiket yang sudak dibeli, aku akhirnya meninggalkan mereka buat seketika. Insha Allah, bakal kembali ke sebaik sahaja aku menduduki kertas terakhir 23 November ini. Dan, segala puji bagi Allah, aku tiba ke rumah sewaku dengan selamat walaupun sedikit terhuyung hayang. Malamnya, aku terus tumbang. Innalillahiwainnailaihirajiun.
    
Esoknya (hari ini), aku berasa sedikit sihat walaupun masih terbatuk-batuk. Aku ni jenis yang cukup anti dengan ubat. Credit buat Ana, housemateku kerana 'memaksa' aku menjamah ubat batuk. 

Pengakhirannya, semoga Allah swt menjadikan ujian kecil ini sebagai kaffarah dosa-dosa aku yang lalu. Astagfirullah.

My photo
Menitikberatkan perjuangan yang jitu semata-mata berlandaskan jalan kebenaran meskipun kemenangan bagaikan sukar untuk dicapai.

...