SEBAHAGIAN HIDUPKU
Thursday, November 03, 2011 by MAWAR BERDURI in

Alhamdulillah, menghampiri detik-detik peperiksaan akhir yang bermula 18 November, aku dapat merasakan adanya sedikit kelegaan dalam hatiku. Lega kerana aku sudah tidak disibukkan dengan assignments yang bertimbun-timbun. Semuanya sudah berakhir pada tanggal 31 Oktober yang lalu. Alhamdulillah a'la kulli hal.

Mencuri sedikit masa di celah-celah kelapangan membuat persiapan untuk exam, aku berjaya menghabiskan sebuah buku karangan Al-Syeikh Dr. Faisal Mawlawi. Seorang ulama' yang tidak asing lagi di benua Eropah. 
"PERANAN MUSLIMAT DI MEDAN AMAL ISLAMI"

Buku yang telah mendapat sentuhan Nafisah Hj. Md Tahir sebagai penterjemah di samping kata pengantar dari tokoh pejuang muda, Ustaz Riduan Mohamad Nor mampu membuatkan aku bertambah kagum keindahan Islam dalam mendepani mehnah dan cabaran semasa. Bagaimana beliau mengulas akan keperluan Muslimat untuk turut sama berada di barisan hadapan perjuangan menentang kebatilan. Dan ketelitian beliau dalam mengungkapkan awlawiyyat bagi seorang muslimat berkeluarga. Subhanallah, ringkas dan padat! 

Suka sekali untuk aku menyeru sahabat-sahabat yang meletakkan ikrar untuk berintima' dengan perjuangan, agar menyelami tulisan syeikh. Tidak kiralah kita merupakan salah seorang ikhwah mahupun akhawat, amat perlu untuk kita memahaminya dalam mendepani kehidupan di suatu fasa yang lebih tinggi. 

   



My photo
Menitikberatkan perjuangan yang jitu semata-mata berlandaskan jalan kebenaran meskipun kemenangan bagaikan sukar untuk dicapai.

...