AKU RIMAS
Tuesday, November 01, 2011 by MAWAR BERDURI in

"Hi. You're student here?"
"Err, yea."
"I think you're the first Muslim I saw here."

Itulah yang biasa aku alami sejak aku mula menjejaki ke sini. Kadang-kadang aku rimas dengan pertanyaan-pertanyaan yang hanya membuatkan aku berasa sedih dengan hakikat persekitaran aku. Akan tetapi, tidak sepatutnya aku berperasaan begitu. Kerana perasaan ini mampu menjadi keluhan aku terhadap ketentuan dari Allah swt. Bukankah rukun iman keenam itu beriman pada qada' dan qadar? Apakah sudah hilang konsep redha dengan ketentuan Allah.


Ada antara kita yang ditentukan oleh Allah untuk hidupnya amat cantik perjalanannya pada pandangan kita. Namun, yang banyaknya, kehidupan yang dihadapi ini penuh dengan liku-liku yang ada kalanya membuatkan kita tergelincir. Kita bangkit, dan kemudiannya tergelincir kembali. Pedih dan sakitnya pasti terasa. Kerana itu fitrah seorang manusia yang dikuasai oleh hati yang lembut sifatnya.

Akan tetapi, sedarkah kita.Pedih dan sakit kerana mendepani ketentuan Allah swt itulah merupakan tarbiyyah yang datangnya terus dari Dia. Tandanya ada perhatian Dia untuk kita yang pada hakikatnya tidak layak untuk kita terima. Itulah tanda adanya cinta Dia buat kita.
Tapi kenapa cinta itu pedih?

Wahai insan yang bernama 'aku'. Kepedihan yang kau alami itu tinggi darjatnya jika Dia tempat kau mengadu. Dan darjat itu pasti kau perolehi suatu hari nanti di saat bertemunya kau dengan kekasihmu. Apakah ada nikmat lain yang lagi besar selain kau dapat melihat wajah Allah swt? Allahurabbi. Malunya diri ini padaMu ya Allah. Aku mengeluh dan mengeluh tanpa aku sedar, hakikat aku yang hanya seorang hamba namun masih menerima cinta agung dariMu. Forgive me, ya Allah. 

My photo
Menitikberatkan perjuangan yang jitu semata-mata berlandaskan jalan kebenaran meskipun kemenangan bagaikan sukar untuk dicapai.

...