AGAR ADUNAN TIDAK TUMPAH
Friday, November 04, 2011 by MAWAR BERDURI in

Jika suatu ketika dulu, mendengarkan kisah orang berzina amat jarang dan sukar sekali untuk diperbualkan. Malu dan takut dengan hakikat dosa besar pada perbuatan terkutuk itu.
 Namun, hari ini masalah ini bukan hanya diperbualkan atas dasar benci namun ada juga yang tegar menjadikannya sebagai bahan lawak. Jika ada pengarah filem tempatan yang sudah mampu mengarahkan filem yang mengandungi unsur-unsur lucah, bagaimana pula dengan jaringan internet yang tidak henti-henti menggasak minda masyarakat dengan benda yang sama? Tidak masuk dengan akhbar-akhbar yang menjadikan isu ini sebagai bahan pelaris di muka hadapan. Ditambah lagi dengan isu murtad. Mutakhir ini, siap ada pula Seksualiti Merdeka. Menyebutkan perihal perjuangan pihak LGBT ini, mungkin ada yang mengatakan, 
"Buat apa kau sibuk-sibuk. Kalau dah haram, tak payah la pergi program diorang."


"Kak Asmaa' macam mana ni. Miss Mary tu wajibkan kami ke Seksualiti Merdeka untuk subject English. Kami nak buat macam mana ni?"
Inilah yang telah dipersoalkan oleh adik-adik aku di Taylors seminggu yang lalu.Apakah yang perlu aku jawab tatkala aku dipersoalkan oleh adik-adik yang berada dalam situasi yang sedemikian rupa. Apakah dengan mudahnya aku menyuruh mereka berhenti belajar? Atau bersama-sama dengan mereka berpiket dihadapan Divisional Office

Bila isu hudud dibangkitkan baru-baru ini dan masih hangat diperkatakan, masing-masing mempertikaikan usaha untuk melaksanakannya. Ada yang mengatakan, hudud tidak relevan! Ada pula yang berbicara, masyarakat belum bersedia! Ada pula yang berhujah, kita masyarakat majmuk, tidak sesuai dilaksanakan!

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah swt sekalian. Sebagai insan kerdil yang cintakan perjuangan Islam, aku memandang apa yang berlaku hari ini semuanya hasil percaturan kuasa utama Barat, Zionis laknatullah. Selagi mana kita menggunakan sistem yang diatur oleh mereka dari segi perundangannya, pendidikannya, ekonominya dan segala sistem-sistem yang telah diperjualbelikan dengan sistem Islam ketika menuntut kemerdekaan suatu ketika dahulu, kita akan terus-terusan menjadi seperti hari ini malah mungkin menjadi semakin teruk. Nauzubillahiminzalik. 

Usahlah sibuk kita membina persoalan, yang penting kita terus-terusan mendidik masyarakat dengan apa jua saluran yang ada di samping bertekad menukar sistem-sistem yang ada pada hari melalui laluan yang sudah pasti bersama Islam. Usaha di peringkat pentarbiyahan masyarakat seharusnya seiring dengan usaha di peringkat penukaran sistem. Agar adunan tidak tumpah daripada acuannya. Agar kuih yang terhasil, menarik ditatap dan enak dirasa. Semuanya terletak di tangan kita saat ini, demi masa depan anak-anak kita suatu hari nanti.   
 


  1. Assalammualaikum Asmaa

    subhanallah..at least Asmaa' terima tempias tentang2 isu2 yang menodai agama..isu seksualiti merdeka dan sebagainya, kami hanya perbualkan sahaja disini tapi tidak mengalaminya..anggaplah itu satu kelebihan dan peluang Allah mahu berikan dan tak semua dapat memikirkannya dan kontemplasi perkara-perkara tersebut apabila diajukan soalan2 yg berkaitan dengannya.Mungkin tuhan mahu menguji dan mahu mengingatkan untuk kembali merujuk kepadaNya yang maha Mengetahui.

My photo
Menitikberatkan perjuangan yang jitu semata-mata berlandaskan jalan kebenaran meskipun kemenangan bagaikan sukar untuk dicapai.

...