ITU HARGANYA!
Sunday, May 15, 2011 by MAWAR BERDURI in Labels: , ,

"Akak dah baca buku ni?"tanya ana pada kak Khaulah, penghuni Humaira' yang sentiasa dekat di hati.
"Akak pernah baca sikit. Tapi akak tak dapat nak baca sampai habis."

Semalam, ana mengambil kesempatan untuk ke salah sebuah kedai buku tempat ana sering mendapatkan bahan-bahan bagi mengisi kekuatan dalam diri ana yang sering naik turun imannya. Cadangan asalnya, hanya ingin membantu sahabat mendapatkan buku tulisan Abul A'la Mawdudi, Fundamentals of Islam atau dalam bahasa Melayunya, Asas-asas Islam. Tiba-tiba ana terpandang sebuah buku yang sekian lama ingin ana dapatkan, namun seringkali diuji dengan pelupa. Alhamdulillah, tidak melepaskan peluang kali ini ana memutuskan untuk memiliki tulisan salah seorang tokoh pejuang wanita yang hebat, Zainab al-Ghazali menerusi Hari-hari Dalam Hidupku.

Hari ini, sambil menyiapkan assignments yang menggunung, ana cuba melepaskan kepenatan dengan mencapai buku tersebut dengan hajat dapat menyelami satu, dua muka surat. Sedar tidak sedar, ana berjaya menghabiskan sehingga ke muka surat 79. Subhanallah! Ana kembali untuk meneruskan tugasan yang perlu disiapkan.


"Akak, kenapa saya rasa stress ek? Rasa dada ni macam kena tindih dengan batu."

Perasaan ini membuatkan ana merasa sedikit terganggu sehingga ke Maghrib. Ana membuat keputusan untuk ambil angin di luar bertemankan kak Khaulah dengan harapan perasaan yang mengganggu tadi ditenangkan oleh Allah swt apabila melihat bintang-bintang di langit. Sepanjang perjalanan, dengan sedikit kelegaan, ana teringat kembali perbualan ana dengan housemates sebelum keluar yang akhirnya membuatkan ana mengetahui sebab untuk perasaan yang tidak sedap itu bertandang.

"Nampak jelas stress kat muka awak, Asmaa'," bicara Khumira.

"Owh, ye ke. Saya pun tak tahu kenapa. Ha! Tadi saya baca buku Zainab Al-Ghazali. Ada part dalam tu yang dia cerita, ada satu masa dalam penjara tu, dia nak di bawa ke sel yang lain. Tiba-tiba, dia lalu kat satu sel ni yang ada sahabat2 dia dalam ikhwan yang badannya bercalar-calar yang teruk sebab....."

Allah, ana tak mampu nak teruskan kata-kata. Air mata ana mengalir secara tiba-tiba dan lidah ana terus jadi kelu. Rupanya, ini penyebab ana rasa tidak senang hati sedari tadi. Niat untuk berkongsi dengan sahabat, telah Allah bukakan petunjuk
akan sebab untuk keresahan di hati ana.

Subhanallah, begitu hebat penyiksaan kerajaan toghut di mesir ketika itu meskipun hanya digambarkan dengan penulisan mampu membuatkan ana menjadi keresahan tanpa ana sedari. Allah, Allah..
Itu kisah mereka untuk meraih syurga Allah. Kita pula bagaimana, sahabat? Dalam hati, ana mula menyedari akan sebab kak Khaulah tidak dapat meneruskan pembacaan tulisan bonda tercinta ini.

Biarlah ana quote sedikit tulisan sahabiah ini agar dapat sama-sama kita menyelami harga yang terpaksa dibayar oleh mereka yang berjuang untuk Islam pada ketika itu di bumi Mesir.

"Syaitan itu membawaku keluar sambil memegang lenganku, diikuti oleh dua syaitan yang wajahnya hitam pekat, masing-masing membawa cambuk. Aku berjalan melintasi berbagai bilik di penjara itu. Aku melihat ahli-ahli Ikhwan tergantung di tiang dan cambuk-cambuk mendarat di tubuh mereka yang telanjang. Sebahagian mereka dicakar oleh anjing-anjing ganas yang mengoyakkan tubuh setelah mereka disebat. Sebahagiannya pula berdiri menghadap tembok, menunggu giliran untuk diseksa dan disebat."
muka surat 79.

Ana tidak pasti, apakan yang akan dapat ana rasakan dan lakukan jika ana memilih untuk meneruskan pembacaan. Yang pasti duhai sahabat, janganlah kita merasakan apa yang telah kita lakukan ini sudah cukup berbaloi untuk kita merasai nikmat syurga Allah di akhirat kelak. Masih banyak masa yang perlu dihabiskan, masih banyak peluh yang perlu kita titiskan, masih banyak wang ringgit yang perlu kita laburkan untuk perjuangan kita bersama-sama mereka yang berjuang untuk menegakkan Islam dan adakah kita mampu untuk bersama-sama menitiskan darah sehingga ke akhir hayat.

Izinkan ana sebagai pengakhirannya, untuk mengukir apa yang telah Allah swt catatkan menerusi Surah As-Saff ayat 10 dan 11 yang bermaksud,

"Wahai orang-orang yang beriman! Maukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab pedih?"
"(Yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui."

Insha Allah, atas permintaan sahabat, akan ana kongsikan pada kesempatan yang lain akan apa yang tersurat di dalam kisah perjuangan seorang mujahidah Islam yang hebat agar kita dapat sama-sama mengambil kekuatan itu untuk kita jadikan inspirasi agar terus thabat dalam perjuangan Islam.
Allahuakbar!

p/s:

اللهم اِنَّنا نَجْعَلُ فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ
بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعهم وشتتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم وسلطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِكيا قهَّار , يا جبَّار , يا مُنْتَقِم , يا الله , يا الله , يا الله

  1. Aslwb. benar apa yg dirasai oleh asmaa tu..p.cik dah baca buku ni 5 atau 6 tahun lepas. sebak, terharu dan menitis air mata. pengalaman benar sorang mujahidah dlm menegakkan deen Allah. InsyaAllah ianya patut menjadi motivasi pada kita semua pendokong fikrah islam, kita belum lagi diuji yg sebenarnya tetapi mereka telah diuji seperti sahabat-sahabat di zaman Rasulullah. Semuanya ini x akan berjaya dihadapi sekiranya kita mempunyai iman yg lemah dan tidak diproses deangan betul. wallahuaklam. p.cik din

  1. Masha Allah, pakcik.. sangat sebak bila saya buku tu.. bukan sedih dengan penderitaan mereka tapi, sebak kerana kagum dengan kekuatan dan kesabaran yang ada dalam diri mereka.. sangat bersetuju dengan pakcik yang mana semua ni memang tak dapat kita hadapi dengan iman yang lemah dan ujian yang kita hadapi hari demi hari itulah antara proses untuk kita tingkatkan iman kita.. Semoga Allah kurniakan kita syahid dalam perjuangan Islam..

My photo
Menitikberatkan perjuangan yang jitu semata-mata berlandaskan jalan kebenaran meskipun kemenangan bagaikan sukar untuk dicapai.

...