SAYA JADI CIKGU?
Thursday, May 19, 2011 by MAWAR BERDURI in Labels: ,

Alhamdulillah, hari ini ana dapat kembali melihat kebesaran Allah swt dengan terbitnya matahari masih dari arah yang sama seperti semalam dan burung-burung kembali berkicau dengan riangnya. Usai bersiap untuk ke kelas, ana terus menuju ke kampus bertemankan makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang sedari jam 7 pagi sudah sibuk menjual di pinggir-pinggir jalan. Ternampak pakcik menjual nasi lemak yang sering diserbu sebaik sahaja selesai berjogging di hujung minggu, ana hadiahkan senyuman. Semoga Allah swt murahkan rezeki pakcik.

Seelok sahaja ana sampai di entrance, ana ternampak satu banner di Surau Al-Bukhari.
Eh, macam ku kenal logo itu. Ohh, patutlah.


Alhamdulillah, dengan izin Allah swt, tercapai juga cita-cita kami, Muslim Students' Association(MSA) di Taylor's University untuk mendekati adik-adik di luar sana yang sangat butuhkan insan-insan yang dapat mereka dampingi agar dapat mereka bersama-sama berada di dalam lingkungan yang saling berpesan-pesan kepada kebesaran Yang Esa melalui bicara-bicara Allah swt menerusi Al-Quranul kareem dan wasiat baginda, Rasulullah saw menerusi As-Sunnahnya dengan izin Allah swt jua hendaknya.

.......................
"Teacher, jom buat kuiz."
"Kak Asmaa', nanti lepas solat Isyak, kita sambung lagi ye."
..............................

Subhanallah, ana cukup seronok dengan adik-adik yang bersama-sama dengan kami. Ada yang sekolah menengah dan ada juga yang sekolah rendah. Pendek kata, yang besar dan yang kecil, semuanya saling mengambil peluang untuk turus serta di dalam program.

.........................................

Ops, ana terlupa untuk memperkenalkan serba sedikit mengenai program yang kami anjurkan. Surau Al-Bukhari, Bandar Sunway dengan kerjasama Muslim Students' Association (MSA), Taylor's University (Lakeside Campus) telah menganjurkan program Tuisyen Al-Bukhari yang menyediakan perkhidmatan tuisyen kepada pelajar-pelajar sekolah menengah dan rendah yang beragama Islam . Insha Allah, para pelajar akan dibimbing oleh abang-abang dan kakak-kakak yang merupakan pelajar di Taylor's University bagi matapelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris. Agenda utamanya adalah untuk mendekati adik-adik terutamanya remaja-remaja bagi memahami mereka dan seterusnya mengajak mereka kepada cara hidup yang sebenarnya iaitu Islam.

Semoga Allah swt memasukkan kami ke dalam golongan orang-orang yang bersyukur dan orang-orang yang sabar.

p/s: teacher, temankan pergi tandas!

  1. Salam. Tahniah asmaa. semoga usaha-usaha murni asmaa dipermudahkan dan diberi ganjaran disisiNya. Teruskan perjuangan menegakkan syiar dakwah dan tarbiyyah. golongan remaja asset penting utk kesinambungan D & T. InsyaAllah

    p.c deen

  1. cg asmaa teman pegi tandas.hehe..

    bestkan jadi cikgu,aku pon pernah gak jadi cg tuisyen,macam2 pe'el kan..

My photo
Menitikberatkan perjuangan yang jitu semata-mata berlandaskan jalan kebenaran meskipun kemenangan bagaikan sukar untuk dicapai.

...