BERJUANGLAH
Monday, November 01, 2010 by MAWAR BERDURI in Labels:

Hari itu, aku sedar.
Aku ini manusia biasa.
Tidak mampu mengatur langkah.
Meskipun itu yang aku mahu.
Aku hanya insan kerdil.
Yang mempunyai impian.
Bersama membawa harapan yang menggunung.
Aku hanya perlu berusaha.
Meletakkan doa sebagai pemandu harapan.
Berbekalkan tawakkal yang menghiasi cita-cita.
Namun, aku tahu.
Bukanlah aku yang menentukan.
Ketetapan Yang Esa, itu yang terbaik.
Meskipun kecewa pada mata dunia.
Itulah yang membawa bahagia.
Di mata akhirat.

انا اريد. انت تريد. الله يفعل ما يريد.

'Saya mahu. Kamu mahu. Allah melaksanakan apa yang Dia mahu'


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


SELAMAT MENGHADAPI FATRAH IMTIHAN

SEMOGA KEJAYAAN AKAN TERUS MENGIRINGI PERJALANAN KITA MENUJU REDHA ALLAH SWT

My photo
Menitikberatkan perjuangan yang jitu semata-mata berlandaskan jalan kebenaran meskipun kemenangan bagaikan sukar untuk dicapai.

...