DUHAI SAUDARAKU
Saturday, October 30, 2010 by MAWAR BERDURI in Labels: , ,

Menyusuri jalan, kami meredah malam berbekalkan tawakkal kepada Allah swt, dari Banting, ke Gombak dan kemudiannya kembali ke rumah masing-masing. Mana tidaknya, kepenatan dan kekenyangan membuatkan mata amat berat sekali untuk dibiarkan bertahan.

"Syeikh, kenapa agaknya Allah swt memilih Palestin untuk berhadapan dengan Israel laknatullah? Kenapa tidak mereka dari bangsa yang lain?" Kak Fathiah selaku driver pada malam itu tiba-tiba bertanya. Mengambil kesempatan untuk berkongsi ilmu dengan seorang pejuang Palestin, Syeikh Muhammad yang berada bersama-sama kami selesainya program Palestin di Banting.

"Alhamdulillah, umat Palestin dipilih Allah swt di atas kelebihan yang ada pada kekuatan dari segi fizikal dan mental yang membuatkan kami akan terus-menerus dan tidak akan sekali-kali tunduk pada Israel laknatullah meskipun sudah lebih 100 tahun bumi suci ini dijajah oleh mereka,"sambut Syeikh Muhammad sebelum meneruskan pembicaraannya.


Wajah-wajah yang mengimpikan keamanan di bumi Palestin.

Kami terus membelah malam sambil mendengar nasihat-nasihat dari Syeikh Muhammad yang sudah empat kali berada di dalam penjara Fatah dan Isreal. Barakallahu fikum.
.........................................................................................

Kesan yang terhasil dari semangat nasionalisme yang diserap ke dalam pemikiran umat Islam suatu ketika dahulu dan telah menyebabkan kejatuhan Turki Uthmaniah, membuatkan hari ini umat Islam lemah untuk berhadapan dengan serangan-serangan dari mereka yang memusuhi Islam sejak zaman berzaman. Tidak kiralah serangan secara fizikal mahupun melalui pemikiran dengan ancaman fahaman-fahaman yang mengarut belaka dan amat bertentangan dengan apa yang telah dibawa oleh Islam melalui al-Quran dan as-Sunnah.

Sejak akhir-akhir ini, kita dikejutkan dengan isu-isu yang membuatkan kita terus didedahkan dengan kejahilan dan kelemahan umat Islam secara khususnya, di Malaysia. Tidak perlulah dinyatakan akan apa yang telah berlaku namun cukuplah untuk kita mengakui bahawa tidak mustahil bagi Allah swt untuk menimpakan bala bencana di tanah air kita seandainya kejahilan ini akan terus berleluasa sehingga diterima dengan rela hatinya oleh masyarakat Islam di Malaysia. Nauzubillahiminzalik.

Menyebut perihal bala bencana, sedikit sebanyak sudah kita rasai. Baru-baru ini, satu perkongsian yang mengerikan telah disampaikan kepada ana berkenaan apa yang telah berlaku di dalam masyarakat kita. Perkongsian itu datangnya dari seorang pelajar di salah sebuah sekolah yang cukup ana kenali di mana beliau menceritakan bahawa saban bulan, pasti ada paling kurang seorang pelajar wanita yang mengandung anak luar nikah di sekolah berkenaan. Allah swt menurunkan bala kepada kita dalam bentuk kerosakan yang berlaku di dalam masyarakat. Itupun masih ada yang bertindak bodoh mencari penyelesaian ke sana ke mari dengan idea-idea yang akan terus membuatkan umat Islam diketawakan malah dipersendakan oleh mereka yang kafir terhadap Islam.

Ini semua terhasil akibat berjayanya musuh-musuh Islam membawa ism-ism tertentu yang membuatkan masyarakat termasuklah para pemimpin untuk jauh dan akan terus jauh dari Islam jika tidak dibendung. Tidak kiralah dari segi apa bentuk fahamannya sama ada nasionalisme, sekularisme, liberalisme, pluralisme, hedonisme, modernisme dan banyak lagi fahaman-fahaman yang lain.

Melalui pembacaan ana menerusi sebuah tulisan oleh Dr. Ugi Suharto,
'Pemikiran Islam Liberal, Pembahasan Isu-Isu Sentral', beliau ada menyebutkan bahawa punca dasyatnya pengaruh fahaman pluralisme di Indonesia adalah kerana kerajaannya tidak memberikan hak kepada agama Islam untuk dilindungi di bawah kuasa perlembagaan meskipun majoriti masyarakatnya adalah Islam. Dalam situasi ini, mungkin tidak adil jika ana menyamakan Indonesia dengan Malaysia kerana Malaysia mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi di dalam perlembagaan (menurut apa yang dipelajari di sekolah dan di BTN).

Namun, jika kita fikirkan, bukankah lebih hina jika kita membuat pengiktirafan terhadap Islam namun langsung tidak mengikut setiap dari ajarannya? Dan, penghinaan ini yang pastinya bukan sahaja pada Islam itu sendiri malah akan terus merujuk kepada Allah swt.

"Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan-apabila Allah dan Rasul Nya menetapkan keputusan terhadap sesuatu perkara, (tidak haruslah mereka) mempunyai hak memilih hak ketetapan sendiri mengenai urursan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul Nya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata."
(al-Ahzab 33:36)

Kesimpulannya, marilah sama-sama kita berfikir dan mengatur strategi agar kita tidak akan terus mengikut arus yang telah diatur dengan penuh rapi oleh mereka yang memusuhi Islam atau mungkin menjadikan Islam hanya sebagai celak yang mengindahkan mata namun terus-menerus meletakkan Islam pada kedudukan yang serendah-rendahnya. Perkongsian kecil dari ana mungkin tidak mampu untuk menghindarkan kerosakan dari terus berlaku namun cukuplah sekiranya tulisan ini mampu membuatkan kita bermuhasabah dan mengatur tindakan yang sewajarnya selari dengan kehendak Syariatullah.

...............................................................................................


Bersama-sama dengan anak-anak Syeikh Muhammad,
dari kanan, Batul, Bara', Banna dan penulis.


"Asmaa', kamu harus menjadi seperti Asma' Abi Bakr. Mendapat gelaran pemakai dua tali pinggang di atas kehebatannya menjadi salah satu faktor kejayaan hijrah Rasulullah saw, dengan izin Allah swt.

Harapan dari seorang pejuang Islam itu akan terus tersemat di hati ana meskipun amatlah kerdil diri ini untuk menjadi sehebat insan yang bergelar Asma' Abi Bakr.

p/s: Tahniah buat Malaysia di atas kehebatan cita-cita pemimpin 'Islam'nya yang mahu menjadikan Malaysia sebagai hab pusat hiburan malam.

  1. Salam.

    I do think that you have a point in rejecting all these isms, but you see, reading about secularism from an Islamist point of view would be quite unfair. it feels like those non-believers who read Koran and point out the Sword verse and tadaa, " Islam equal Terrorism"

    It's also like reading Ahmad Deedat and say, " oh, I've know all the things about Christianity already".

    I just love to mention that Pak Natsir, ex- PM of Indonesia, a well-known Islamist in the times of Soekarno had once said, " sudah sempurna perpecahan kami di Indonesia. Malaysia ialah benteng terakhir umat Islam di rantau ini".

    And indeed, it is.

    I've have quite a taste in reading about Christianity and Renaissance more rather than of secularism and pluralism ideas, but technically to start with Kurzman with his Liberal Islam is a great idea.

    this era is the era of endurance. the era of wits. the era of knowing the enemies, or rather the era of befriending the enemies.

    better have enemies that you know very well rather than a friend whom you don't know at all.

    God bless.

  1. wan khai: thanks wan khai.. ya,mungkin penulisan aku agak keras dengan membuat penolakan ism2 tu termasuklah fahaman sekularisme.. tapi, rasanya x blh disamakan dgn "it feels like those non-believers who read Koran and point out the Sword verse and tadaa, " Islam equal Terrorism""..

    memang kalau kita tgk banyak pihak yang kelihatannya seolah-olah liberal dalam perjuangan, eg: perjuangan AKP di Turki.. tapi, aku rasa benda tu x lebih kepada strategi yang mana diorang memang kn consider pros n cons nya dalam jangka masa yang panjang...

    btw, sebagai manusia yang lemah, memang terasa pedih akibat ism2 ni sehinggakan dah x nampak, di mana Islam yang sebenar. Jangan sampai kita menjadi seperti Christian yang ada catholic, protestant, etc.. mcm yg kita tau, kat indonesia sendiri pun memang ada gerakan islam liberal yang rata-rata telah diterima oleh masyrakat kat sana..

    p/s: kalau kat sana ada buku best2, belikan tuk aku satu..hehe

My photo
Menitikberatkan perjuangan yang jitu semata-mata berlandaskan jalan kebenaran meskipun kemenangan bagaikan sukar untuk dicapai.

...