TARBIYAH DI PUNCAK GUNUNG?
Thursday, June 10, 2010 by MAWAR BERDURI in Labels: ,

Assalamualaikum wbt..

Dah lebih sebulan juga ana meninggalkan mawar berduri kesayangan ana ni tanpa disirami dan dibajai dengan perkongsian buat sahabat sekalian. Maklumlah, sibuk dengan assignments, kerja-kerja persatuan malah exam yang semakin hampir membuatkan ana memang tak dapat nak duduk diam. Pendek kata, selagi mata tak pejam, sibuk je memanjang. Namun bila memikirkan keluhan demi keluhan yang lahir dari bibir mahupun dari gerak hati nurani, apalah sangat kesibukan yang ana alami jika dibandingkan dengan Rasulullah saw dan para sahabat. Mungkin perbandingan yang lebih mudah dapat dilihat jika kita kaitkan dengan saudara kita di Palestine yang setiap detik memikirkan usaha bagi memastikan Masjidil Aqsa tidak terlepas ke tangan Israel laknatullah di tengah-tengah kesengsaraan dunia yang mereka alami.. Allahuakbar.. Layakkah keluhan lahir dari mulut ana yang setiap hari menikmati tidur yang lena dan makan yang kenyang.. Ya Allah, bantulah saudara kami di sana.


Program Sky High untuk adik-adik Taylor's bersama Ustaz Hasrizal
. Yang pastinya muslimin lagi ramai daripada muslimat. Masya Allah..
........................................................................

Alhamdulillah, baru-baru ini ana berpeluang bersama-sama dengan 13 orang sahabat dengan 7 orangnya adalah Muslimat dan 6 orang yang lain adalah muslimin dari Alumni Pelajar Islam SBP (APIS) menawan puncak Gunung Nuang-gunung tertinggi di Selangor. Masih dapat ana bayangkan sinar ukhwah pada wajah Laili (ex-SBPI Gopeng), Aisyah (ex-KISAS), Qayyimah (ex-SBPI Gopeng), Raihan (ex-SeSeRi), Syahidah (ex-KISAS) dan Huda (ex-SBPI Gombak) yang semestinya tidak dapat ana lupakan. Subhanallah, keputusan ana pada last minute untuk bersama-sama dalam pendakian ini ternyata bukanlah suatu keputusan yang sia-sia. Betapa segalanya telah diatur dengan cantiknya oleh Allah swt. Walaupun dalam waktu yang singkat selama dua hari mendaki dan menuruni gunung tersebut, ana dapat merasakan betapa hebatnya tarbiyah yang datang terus dari Allah swt. Tarbiyah ini membuatkan ana dapat melatih kekuatan fizikal dan jiwa yang mungkin amat ana perlukan kekuatan itu pada hari-hari yang mendatang. Manakan tidak, ketika itulah, kami diuji dengan akhlak-akhlak yang sepatutnya ada dalam diri seorang mujahidah yang bercita-cita untuk memperjuangkan Islam. Jika ingin dijelaskan secara terperinci memanglah tidak dapat ana merungkaikan dengan bait-bait penulisan di sini. Masya Allah, semuanya tidak kami rancang dan inilah antara hikmah besar yang kami peroleh dari ketelitian perancangan Allah swt. Di sudut hati, jika ada yang mengajak diri ini untuk terus mencari kebesaran Allah swt dengan mentadabbur alam, ana tidak akan teragak-agak untuk menyatakan persetujuan. Insya Allah. Jazakillahi khair Laili sebab sudi mempelawa diri ini.


Kak Bi dan Kak Tiyah semasa di Taman Melawati ketika melepaskan penat setelah selesai program di UniSel.

..............................................................

Banyak lagi yang ingin ana kongsikan di sini memandangkan sekian lama memendam perkongsian untuk tatapan sahabat sekalian. Namun cukuplah sekadar ini buat kali ini dan andai diizinkan ingin sekali ana kongsikan pengalaman ana menjadi urusetia di UniSel baru-baru ini. Maklumlah, pengalaman berada di sekeliling adik-adik yang hafiz dan hafizah belaka. Naik bulu roma dibuatnya.

Sekian dulu dari ana. Ambillah sesuatu dari nukilan ringkas ana ini andai ada yang dapat menjadi pedoman buat diri dalam melayari kehidupan dunia yang penuh pancaroba.

Wassalamualaikum wbt..

p/s: Agaknya, apalah yang Aizan rasa masa naik Gunung Kinabalu ye..
Maaf di atas gambar yang mungkin tiada kaitan dengan perkongsian. Gambar atas gunung masih dinanti.
Best of luck buat para sahabat dan diri ini yang akan bermujahadah dengan exam papers..
Semoga Allah swt mempermudahkan segala urusan.

  1. Kata ramai muslimin, tak nampak pun kat gambar sky high tu..

My photo
Menitikberatkan perjuangan yang jitu semata-mata berlandaskan jalan kebenaran meskipun kemenangan bagaikan sukar untuk dicapai.

...