ULASAN KALI INI
Wednesday, April 21, 2010 by MAWAR BERDURI in Labels: ,

Isunya...

"Open minded lah sikit. Sekarang ni zaman moden. Apa salahnya dia pakai macam tu?" bicara seorang suami yang mempertahankan isterinya yang berpakaian jauh dari syariat Islam.


"Biarlah dia keluar dengan boyfriend dia. Boleh berkenalan lebih rapat. Maklumlah, hujung tahun ni dah nak berumahtangga,"balas seorang ibu apabila ditanya perihal anak gadis bongsunya yang tak lekat di rumah. Si bapa masih setia dengan akhbar di tangannya tanpa berkata apa-apa.

Dua situasi yang telah ana kongsikan adalah rekaan semata-mata namun kebenarannya mungkin ada dalam masyarakat kita.

Ana terpanggil untuk membincangkan perihal ini sebaik sahaja terbaca komen seorang suami yang mempertahankan pakaian isterinya yang tidak menutup aurat di dalam salah satu sisipan akhbar tempatan. Tidak pula ana terkejut apabila membaca isu ini memandangkan hal ini memang banyak berlaku dalam masyarakat kita. Lantas ana menjengah ke blog salah satu sumber rujukan ana, UZAR bagi meneliti hukum mengenai perihal ini menurut al-Quran dan as-Sunnah.

Dayus. Itulah istilah yang digunakan bagi menggambarkan seorang lelaki yang bergelar suami atau bapa yang membiarkan kemungkaran dilakukan oleh ahli keluarganya tanpa ada usaha untuk menghalangnya dan hukumnya adalah dosa besar! (Rujukan berdasarkan dalil)

Masya Allah... Beratnya tanggungjawab seorang suami atau bapa yang mungkin diambil mudah oleh sesetengah daripada kita. Apalah yang bakal dijawab oleh para suami yang dayus ini di hadapan Allah di akhirat nanti.

Apabila ana mengaitkan isu yang dibincangkan dengan kerosakan masyarakat hari ini, tidak dapat dinafikan bahawa inilah salah satu faktor yang membawa kepada keruntuhan akhlak remaja yang saban hari didedahkan di dada-dada akhbar. Suami membenarkan isterinya berpakaian mendedahkan aurat dan bergaul bebas dengan lelaki bukan mahram yang lain. Seorang bapa dengan bangganya mengambil ringan soal anak-anaknya yang jauh dari akhlak Islam dengan hidup yang diharungi maksiat.
Nauzubillahimin zaalik.

"Enti ni bias lah. Takkanlah tanggungjawab ni hanya pada bahu lelaki saja."

................................................
Kaitannya

"I benci betul dengan suami I tu. Kolot betul. Ada ke patut dia tak bagi I ikut bos I meeting di Dubai bulan depan. Bukan kami buat apa pun. Meeting je,"kongsi seorang isteri ketika bersembang bersama rakan-rakannya.

Benar. Situasi ketiga yang ana kongsikan ini menggambarkan perlunya juga peranan dari seorang isteri yang menjadi vice president dan bukannya second president dalam sesebuah keluarga. Tidak berlayarlah sebuah bahtera jika dikemudi oleh dua orang nakhoda. Begitu juga dalam sesebuah keluarga. Tugas seorang vice president adalah memudahkan tugas president dan mengambil alih tugasnya apabila perlu. Pendek kata, yang di atas tetap di atas dan yang dibawah tetap dibawah. Itulah keadilan yang dibawa oleh Islam bersesuaian dengan kemampuan dan fitrah yang ada pada seorang lelaki dan seorang perempuan yang saling melengkapi dalam sesebuah bahtera perkahwinan yang dibina.



Cantiknya Islam apabila kehidupan berkeluarga itu saling melengkapi. Adanya seorang pemimpin yang sentiasa menjaga kebajikan ahli-ahlinya dan terdapatnya seorang pembantu yang sentiasa mendokong kepimpinanan ketuanya. Apabila hal ini dilaksanakan sebaik mungkin tidak adalah istilah suami dayus dan isteri nusyuz. Hasilnya, anak-anak akan mendapat tarbiyah yang baik dari ibu bapa dan lahirlah Baitul Muslim yang berkualiti dalam masyarakat. Akhbar juga pasti ketandusan idea lantas berkurangnya modal bicara untuk meningkatkan jualan harian.

Satu tugas selesai. Tinggal lagi peranan kita dalam membetulkan faktor-faktor lain yang menyebabkan kerosakan dalam masyarakat. Seiringkanlah setiap peranan kita dalam menjadi khalifah di atas muka bumi ini. Jangan kerana satu tanggungjawab, tanggungjawab yang lain pula diabaikan.

.......................................
Rumusan.

Kesimpulannya, persiapkanlah diri kita
dengan ilmu yang sebaiknya sebelum membuat sebarang keputusan mahupun sebelum mengambil sebarang tindakan dalam menyelesaikan sebarang masalah sama ada kecil ataupun besar. Janganlah kita mengambil mudah soal sesuatu tanggungjawab yang pastinya akan dipersoalkan di akhirat kelak.
..........................

Sekian untuk kali ini. Sekadar pandangan dari ana yang masih belajar soal kehidupan.

Semoga Allah swt memberikan kekuatan untuk ana yang kerdil ini dan para sahabat untuk mengamalkannya jika ada kebaikan yang dapat diambil.
Astaghfirullahal a'zhim..

.................................

p/s: Pening memikirkan mana berita yang betul dan mana yang diputarbelit.

  1. salam ziarah..sangat setuju dgn pandangan Asma' tu..sejujurnya sbg seorang lelaki,agak sedih kadang2 apabila melihat bapa mengambil ringan soal didikan agama ataupun akhlak anak2..bercakap tentang inspirasi,tentu ingin sekali melihat bertambahnya keluarga yg menjadikan agama Islam BENAR2 landasan kehidupan..tetapi sedihnya,realiti masyarakat sekarang bukanlah sprti itu..soal agama yg berat diambil ringan oleh mereka dlm mendidik anak2..didoakan supaya mereka sedar akan kesilapan mereka dan trus bermujahadah dlm menegakkan syiar islam yg kini sudah menjadi 'dagang/asing' di mata masyarakat..ana pun byk sahaja kekurgn ttp xpula snggup membiarkan masalah2 ini semakin parah..:)

  1. betul.. tugas kitalah yang sedar ni untuk tidak meringan-ringankan tanggungjawab besar dalm mendidik generasi akan dtg.. kitalah yg bakal melahirkan mereka dan mereka sgt memerlukan kt yg Insya Allah, diberi kefahaman sedikt sbyk soal peranan dan tanggungjwb ni.. Semoga Allah membantu kita untuk terus mengharungi arus kehidupan ni..=)

My photo
Menitikberatkan perjuangan yang jitu semata-mata berlandaskan jalan kebenaran meskipun kemenangan bagaikan sukar untuk dicapai.

...