ALIEN?
Sunday, March 21, 2010 by MAWAR BERDURI in Labels: ,

Pertemuan kami sekeluarga kembali diisi dengan peringatan dan nasihat pada sesi halaqah usai solat Magrib berjemaah dan bacaan Al-Mathurat. Sesi kami dimulakan dengan sesi tazkirah dari adik bongsu ana yang memperkatakan tentang masyarakat yang tidak meletakkan malu pada tempatnya. Masyarakat malu untuk menutup aurat, malu untuk ke masjid, malu untuk mendengar ilmu-ilmu agama. Namun tidak malu untuk mendedahkan aurat, bergaul bebas, berzina dan banyak lagi perlakuan-perlakuan yang hanya menjurus kepada kemudharatan sama ada di dunia mahupun di akhirat. Itulah hakikat kezaliman kepada diri sendiri dan kepada Islam itu sendiri. Majlis halaqah atau usrah kami diteruskan dengan pengisian utama dari ayahanda tercinta.

"Islam bermula dalam keadaan dagang. Dan ia akan kembali dagang. Maka beruntunglah orang yang berada dalam keterasingan." Hadith Muslim.


Kehidupan kita pada hari ini menuntut kita terus yakin dengan apa yang di bawa oleh Rasulullah saw iaitu ajaran Al-Quran dan AS-Sunnah yang rata-rata umat Islam sendiri meninggalkannya pada ketika ini. Suasana ini jelas menunjukkan kita sudah kembali kepada zaman di mana Islam itu dianggap pelik dan terasing pada pandangna manusia. Seorang muslimah yang berpakaian menutup aurat dengan sempurna dilihat bagaikan 'seorang' alien yang berasal dari planet Marikh berada di tengah-tengah jalan raya di ibu kota. Seorang muslim yang menolak ajakan seorang wanita ajnabi untuk menonton wayang berdua dilihat bagaikan kolot ataupun kuno.
Di manakah nilai Islam pada hari ini? Adakah hanya terletak di dalam Al-Quran yang berhabuk di dalam almari? Ataupun hanya di masjid-masjid mahupun surau-surau yang rata-ratanya dikunjungi oleh mereka yang sudah berusia lanjut?

Persiapkanlah diri kita untuk terus menghadapi dunia yang serba mencabar ini. Buangkanlah rasa malu taupun rasa rendah diri untuk mengamalkan Islam selagi mana belum tertutup pintu taubat. Masukkanlah diri kita dalam kalangan mereka yang beruntung kerana menjadi manusia yang ganjil di mata manusia namun mulia di sisi Allah swt. Tambah nilaikan amalan kita agar timbangan al-Mizan dapat membuka ruang syurga untuk kita di akhirat nanti.

Suka untuk ana berkongsi akan beberapa tips yang ayahanda ana kemukakan untuk kami anak-anak yang terpaksa menghadapi dunia yang penuh dengan mehnah dan cabarannya:
Jaga ibadah wajib
Besederhana dalam melakukan ibadah sunat namun cuba untuk mempertingkatkan sedikit demi sedikit sambil terus istiqamah. Sebagai contoh; membaca Al-Quran sekurang-kurangnya satu muka sehari, berqiamullail sekurang-kurangnya sekali seminggu, mengamalkan al-Mathurat pada pagi dan petang dan berpuasa sunat Isnin dan Khamis.

Lakukanlah mengikut kemampuan terlebih dahulu dan cuba untuk mempertingkatkan hari demi hari sambil berdoa agar terus diberikan kekuatan. Juga berusahalah mencari sahabat yang soleh dan solehah agar pesanan dan nasihat terus menyokong usaha kita. Insya Allah, Allah swt akan terus melindungi kita daripada fitnah dunia apabila keikhlasan mengiringi setiap amalan.

Halaqah diakhiri dengan Surah Al-Asr dan tasbih kaffarah.

p/s: Pening bila memikirkan persoalan-persoalan yang masih tidak ditemui jawapannya

  1. salam. moga2 kita terus diberi kekuatan melalui dunia yang asing ini

  1. juwe: kekuatan yang harus dibina... bukan hanya meletakkan pengharapan untuk mendapatkannya tanpa usaha..=)

  1. salam ziarah..post yang sgt ingin ana tulis tp memandangkan penguasaan bahasa yg kurang,dilanjutkan hasrat ini..sangat bersetuju dengan apa yang dinukilkan..sedihnya, bukan semua orang faham kenapa perlunya perubahan diri ke arah kehidupan beragama..seharusnya mendekatkan diri tetapi tidak,semakin menjauhkan diri daripada mereka2 yang memahami fikrah Islam..itulah,ringkasnya.diri kita ini perlu 'berubah' seterusnya 'mengubah' kerana jikalau tidak,kita yang akan 'diubah'..:)

  1. hilmi: "diri kita ini perlu 'berubah' seterusnya 'mengubah' kerana jikalau tidak,kita yang akan 'diubah'.." cantik dan ana setuju.. tapi kekuatan untuk 'mengubah' itu haruslah dibina secara perlahan-lahan dan istiqamah kerana bimbang akan tindakan drastik yang mungkin menyebabkan perubahan itu semakin menjauhi kita..=)

My photo
Menitikberatkan perjuangan yang jitu semata-mata berlandaskan jalan kebenaran meskipun kemenangan bagaikan sukar untuk dicapai.

...