USRAH KITA
Tuesday, February 23, 2010 by MAWAR BERDURI in Labels: , ,

"Awak tak join usrah?"
"Tak nak la. Bosan la usrah-usrah ni. Balik-balik dengar tazkirah. Malas la."


Kadang-kadang inilah situasi yang terpaksa dihadapi oleh para daei dan situasi ini juga menunjukkan salah tafsiran terhadap peranan usrah ataupun halaqah itu sendiri. Perspektif yang menyatakan bahwa usrah itu hanyalah suatu majlis ilmu yang formal atau sesuai ditafsirkan sebaga suatu kondisi yang hanya melibatkan aktiviti mendengar tazkirah atau peringatan dalam circle sahaja adalah salah! Peranannya berkali-kali ganda lebih dari itu meskipun majlis ilmu juga merupakan salah satu pengisian di dalam usrah.

Miss the moment so much..

Konsep usrah yang melibatkan tiga rukun itu haruslah difahami dengan jelas oleh para daei dan mad'u itu sendiri. Keterikatan antara ahli usrah seharusnya terpaku erat dengan ikatan ukhuwwah yang hanya bersandarkan kasih sayang kerana Allah swt. Kejayaan untuk mewujudkan rasa mahabbah(kasih sayang) sesama ahli itulah melambangkan keberkesanan usrah itu sendiri. Bila adanya mahabbah itu, lahirlah rasa bertanggungjawab di antara satu sama lain dan di sinilah peranan setiap ahli usrah dapat diperlihatkan. Saling membantu apabila ahli yang lain membutuhkan pertolongan, menasihati apabila perlu, bersama-sama menghadapi masalah dan pelbagai lagi peranan yang sepatutnya berlaku di dalam sebuah keluarga yang bahagia. Situasi ini akan berterusan apabila pembentukan usrah itu berkembang dan berkembang. Dan, jiwa yang terikat ini pastinya tidak akan putus walaupun ahlinya terpisah antara benua.

Ana mengakui bukan mudah untuk mencapainya dan ana sendiri pun masih belajar untuk mewujudkan jiwa-jiwa yang tersimpul dengan keredhaan Allah swt. Namun, kesukaran itulah yang menjanjikan kenikmatan pada akhirnya. Dan hasilnya, ramai yang berjaya melakukan penghijrahan dan kasih sayang yang dibina masih dirasai sehingga ke hari ini.
Semoga kerinduan yang lahir ini adalah semata-mata kerana Allah!

p/s: Kak Asmak call ana hari tu.. Miss her so much..
Sab, kita buat reunion kat PD lah ye..

  1. Asmaa', camne nak berkasih sayang kerana Allah? sampai sekrg kita tak faham..

  1. che pa: kalau bab berkasih sayang dengan Allah ni aku rasa banyak definition n perception yg org blh bagi. Cuma sekarang ni yang aku pegang, tanda aku sayang kat seseorang tu kerana Allah adalah dengan memastikan apa yang aku buat untuk dia mestilah sentiasa dalam perkara yang diredhai Allah.. Benda ni pun aku baru faham after pembacaan yg aku buat. Contohnya, aku sayang kat ko kerana Allah(betul2 sayang tau).. Jadi, aku akan pastikan kalau aku doa kat ko, aku akan doa supaya dikurniakan syurga buat kita berdua. Contoh lain, kalau aku bercakap dengan ko, aku akan pastikan, apa yang kita cakap benda yang diredhai Allah. Dan, benda merangkumi setiap perbuatan, hati, dan percakapan. Ni pada pandangan serba sedikit yang aku blh share.. betulkan kalo aku salah..=)

  1. kak asmak call sy juga! missing her sooo much

  1. oh iA asmaa', pasai apa plk PD??

  1. na: rindu kerana Allah..=)
    sab: PD tu ade kenangan yg tersendiri.. hehe...rahsia...

My photo
Menitikberatkan perjuangan yang jitu semata-mata berlandaskan jalan kebenaran meskipun kemenangan bagaikan sukar untuk dicapai.

...