JOM MEMASAK...
Tuesday, February 02, 2010 by MAWAR BERDURI in Labels:

Tidak tahu mengapa kali ini ana ingin berkongsi mengenai falsafah memasak. Ya. Memasak yang selalu disinonimkan dengan golongan hawa. Ana rasa dalam banyak-banyak kerja rumah yang perlu dibuat memasaklah yang paling banyak memberikan kepuasan. Mana tidaknya, memasaklah satu-satunya kerja yang tidak memerlukan pengulangan kerja yang sama jika dibandingkan dengan mengemas, menjemur kain dan kerja-kerja lain yang biasa dilaksanakan di rumah. Hari ini masak nasi ayam. Esok pastinya lauk lain yang menanti. Apa yang pasti, dengan memasak kita mampu meransang sel-sel otak untuk terus bergiat secara kreatif dan kritis.

......................................

Sup tulang

Mungkin sesetengah daripada kita memandang isu memasak ini tidak relevan untuk diperkatakan memandangkan bercambahnya restoran-restoran yang menyediakan juadah yang pelbagai jenis. Tinggalnya, pilih sahaja yang mana satu. Kalau tidak pun diserahkan tugas ini kepada bibik. Namun demikian, pernahkan kita terfikir akan isu kekeluargaan yang sudah kerap diperkatakan hari ini ada kaitannya juga dengan memasak? Walaupun impaknya mungkinlah tidak sebesar hal yang lain, namun sedikit sebanyak, elemen memasak ini mampu membantu dalam membentuk kondisi kasih sayang di dalam sesebuah keluarga lantas menjadi salah satu faktor yang mendorong ke arah kebahagiaan.

"Umi, hari ini umi nak masak apa ye?" tanya si anak pada ibunya. Lantas dijawab dengan penuh kasih sayang oleh si ibu, "Hari ini umi nak masak laksa Penang. Muhammad suka tak?" Dijawabnya kembali oleh si anak, "Mestilah suka, sebab umi yang masak. Umi masak sedap-sedap ye."

"Wah, sedapnya. Kalau hari-hari macam ni, gemuklah abang,"bicara seorang suami terhadap isterinya di meja makan. Si isteri merah pipinya menahan malu kerana dipuji oleh suaminya di hadapan anak-anak.

Laksam Ganu memang best

Perbualan ini hanya mampu dizahirkan oleh mereka yang memandang tinggi akan perihal memasak dan melaksanakannya dengan ikhlas. Memasak dan kasih sayang di dalam sesebuah keluarga merupakan antara amalan yang telah diwariskan oleh nenek moyang kita dan menjadi petua pengikat kasih sayang keluarga bagi masyarakat Melayu suatu ketika dahulu. Tidak hairanlah jika dilihat masalah rumahtangga amat jarang untuk diperkatakan suatu ketika dahulu.

Suasana yang serba maju hari ini melihat akan penterlibatan kaum hawa di medan pekerjaan. Kesibukan bekerja mungkin menjadi alasan untuk menafikan amalan yang dibincangkan ini. Tidak. Cubalah untuk tidak menjadikan ini sebagai alasan. Jika tidak mampu untuk menjadikannya sebagai amalan wajib setiap hari, laksanakanlah pada setiap hujung minggu atau pada waktu jika ada kelapangan. Mustahillah tiada cuti dalam seminggu, hatta sesibuk seorang doktor pun ada shifnya (mungkin waktu housemanship dapat dikecualikan). Janganlah kerana sibuk mencari rezeki, perkara yang penting kita gadaikan.

Mungkin pula ada yang menyatakan, "Kalau macam tu, perempuan tak payah bekerjalah?" Bukan dan ana menafikannya. Soal bekerja atau tidak itu terpulang pada masing-masing. Soalnya di sini ialah perihal kesungguhan untuk meluangkan masa bagi menjalinkan kasih sayang terhadap ahli keluarga melalui salah satu mediumnya iaitu memasak. Dan yang pastinya hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih.

Ana suka untuk memberikan contoh daripada salah seorang sahibah yang merupakan seorang doktor gigi di sebuah hospital kerajaan. Ana memanggilnya Mak Cik Laila. Jika kita bayangkan kesibukannya memanglah ana tidak dapat nafikan apatah lagi tempat kerjanya adalah di hospital kerajaan. Namun, apa yang ana kagumi ialah kemampuannya untuk meluangkan masa bersama-sama dengan anak-anak di hujung minggu malah mampu untuk memasak untuk mereka. Ya, ini memang benar-benar berlaku dan merupakan suatu yang realiti.

Kesimpulannya, apa yang ingin ana tekankan dalam perkongsian ini adalah kesungguhan untuk menunaikan amanah dalam baitul muslim yang dibina. Fitrah seorang isteri mahupun ibu untuk lebih rapat dengan anak-anak usahlah kita nafikan. Memasak mungkin suatu elemen yang kecil namun hakikat disebaliknya adalah besar iaitu kepentingan menyalurkan fitrah keimanan kepada ahli keluarga dan soal keberkatan yang dipandang enteng oleh kita semua. Peringatan ini yang pentingnya berbalik kepada ana yang serba lemah ini dan diharapkan mampu menjadi perkongsian buat sahabat sekalian. Mungkin sebagai perkara untuk difikir-fikirkan sebelum pembinaan masjid dijalankan. Sekian untuk kali ini. Jom kita fikirkan.

p/s: credit to all sisters kat oversea... memasak dah jadi sesuatu yang perlu... buat adik-adik yang sedang cuti spm, jangan lupe belajar memasak juga ye... jangan asyik ambil lesen je..

  1. sangat menarik nih :) hehe
    jom memasak!

  1. sab: nanti nak blajar ngan sab resepi org checz

  1. asmaa, comelnya post ni. especially part budak tu tanya mak dia masak apa. lol. ayat kau skema tapi rilek.. macam penulis dalam majalah2 islamic. hehe. buat la kerja part time asmaa :P

  1. bagaikan puteri: haha.. ko nak aku jadik cam ramli awang mursyid ko ke? ko pun da expert buat kek.. kek coklat lagi tuh... tabik spring!!!

  1. haha. asmaa, kau taktahu cerita sebenar ke? sebenarnya kek tu tak menjadi pun. bukannya sedap tahap gile pun, farah saje exaggerate.. haha.. tapi habis jgk sbb masing2 lapar xD

  1. bagaikan puteri: haha..aku pun rase cam kek tu x best..haha..anyway, ko da blh jd ejen jual kek halal..

  1. "aku pun rasa cam kek tu x best". wakaka kau terlalu berterus terang. makan dalammm. haha. xD

My photo
Menitikberatkan perjuangan yang jitu semata-mata berlandaskan jalan kebenaran meskipun kemenangan bagaikan sukar untuk dicapai.

...