WARNA DAN KEHIDUPAN
Monday, November 23, 2009 by MAWAR BERDURI in Labels:



Perjalanan sebuah kehidupan penuh dengan warna-warna yang telah dilukis oleh suatu ketentuan yang dipanggil Sunnatullah.. Kadang-kadang kita menganggap bahawa Sunnatullah itu hanya berlaku kepada alam dalam erti kata makhluk lain selain daripada manusia. Mungkin ada yang menyatakan terbitnya sang mentari dari timur ke barat itu Sunnatullah. Mungkin juga yang mengatakan bahawa hujan yang turun dengan lebatnya pada musim tengkujuh itu Sunnatullah. Benar. Itu semua adalah ketentuan yang Allah tetapkan buat sang mentari mahupun hujan yang menjalankan perintah tanpa mempersoalkannya.

Namun, kita terlupa. Kejadian kita sebagai seorang manusia juga termasuk dalam ketentuan ini. Hidup seorang manusia ini diakhiri dengan suatu ketika di mana ajal bakal menjemput kita bila-bila masa. Kemudian, kita akan dibangkitkan di mana perhitungan menjadi penentuan ke syurga mahupun ke neraka. Itu adalah Sunnatullah. Perlunya kita kepada oxygen untuk bernafas juga Sunnatullah. Pendek kata, semua yang berlaku mengikut aturannya ini adalah Sunnatullah.

"Sesungguhnya kami menciptakan segala sesuatu mengikut ukuran." (Surah Al-Qamar:49)

Apabila menyebut tentang warna-warna yang hadir di dalam kehidupan kita, kita tidak akan terlepas dari menyebut tentang ujian yang akan ataupun telah dihadapi oleh kita semua, sesuai dengan keteguhan iman untuk menghadapinya. Baru-baru ini ana dikejutkan dengan berita mengenai salah seorang kenalan semasa di KMS yang telah dimasukkan ke dalam HUKM yang sedang tenat menghadapi penyakitnya di usia 20 tahun. Pelajarannya di India terpaksa ditangguhkan. Ana mula berfikir, apakah warna yang mewarnai hidupnya sekarang dan apakah masih ada warna-warna seceria pelangi dalam hidupnya? Akhirnya, Allah menemukan ana dengan jawapannya apabila menghadiri salah satu kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Tarmizi. Kesabaran yang tinggi apabila menghadapi penyakit yang sukar untuk diubati bakal dijanjikan syurga oleh Allah swt di akhirat nanti. Nampaknya, warna yang bakal ditemui, keindahannya melebihi warna-warna yang ada di dunia ini. Subhanallah. Di sebalik kepahitan itu terdapatnya kurniaan yang besar di sisi Allah swt. Kuatkan kesabaranmu, wahai teman.

Bagaimana pula dengan hidup kita yang sentiasa gembira dihiasi dengan warna kebahagiaan? Adakah kita akan terus merasai kebahagian itu atau sebaliknya pada esok hari?



"Adakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan, "Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah Al-Ankabut: 2&3)

Nampaknya, persediaan harus dilakukan untuk mengahadapi saat warna kelam yang pasti menjengah ke dalam kehidupan kita. Bukanlah warna kelam itu datang hanya dengan kesedihan, bahkan mungkin kegembiraan yang kita rasai itu merupakan petanda ujian dari Allah. Untuk mereka yang beriman, saat ini adalah peluang yang besar untuk melukis lukisan keimanan dalam diri mereka. Ujian yang dihadapi dijadikan sumber kekuatan untuk memperbaiki tahap keimanan yang sentiasa lemah di dalam diri. Bersama-samalah kita menuju ke arah itu...

p/s: Ana suka warna hijau. Hijau dan ketenangan, suatu yang tidak dapat dipisahkan.

  1. hijau terbaik!warna sunnah..truskn perjuangan mu asmaa'..

  1. tanpa nama: Amin ya rabbal a'lamin..=)

My photo
Menitikberatkan perjuangan yang jitu semata-mata berlandaskan jalan kebenaran meskipun kemenangan bagaikan sukar untuk dicapai.

...