Kesatuan yang jelas pada suasana di sana.
Tika ini, berbondong-bondong manusia pergi ke Mekah menunaikan rukun Islam yang kelima di Baitullahilharam. Terbit rasa cemburu di hati apabila memikirkan kesempatan yang mereka perolehi untuk melakukan ibadat di
Seperti biasa, apabila memperkatakan mengenai ibadah haji, kita tidak akan terlepas untuk membicarakan mengenai kesatuan umat Islam. Ironinya, mengapakah umat Islam yang berjaya mendominasi satu per empat bilangan manusia di atas muka bumi ini mampu untuk bersatu menghadap kiblat yang satu namun tidak mampu untuk mencapai kesatuan secara realitinya pada hal-hal yang lain.
Salah satunya dapat dilihat dari segi perkembangan pelbagai jemaah Islam yang telah menjadi isu di kebanyakan negara Islam. Fathi Yakan ada menyebut di dalam bukunya ‘Tasawur Asasi Gerakan Islam’ mengenai pelbagai alasan yang sering dikemukakan oleh mereka yang memilih untuk menambahkan lagi bilangan jemaah yang bertanggungjawab menjalankan gerak kerja Islam sehingga menyebabkan berlakunya kecelaruan dalam umat Islam itu sendiri. Bagi mereka yang setia dengan jemaah masing-masing mungkin tidak menjadi hal namun, ana bercakap dari perspektif golongan yang baru berjinak-jinak untuk mendekati Islam terutamanya golongan mahasiswa. Mungkin perkara ini biasa diperkatakan dan hal ini turut telah diperjelaskan oleh Ustaz Hasrizal di dalam blognya secara jelas.
Namun demikian, bukanlah suatu yang mudah apabila ana dipersoalkan dengan soalan parti politik pun jemaah Islam ke? Kenapa banyak sangat jemaah Islam di Malaysia? Apa beza jemaah ini dengan jemaah ini? Mana satu yang betul? Bukankah ini menunjukkan umat Islam itu berpecah belah? Dan banyak lagi persoalan-persoalan yang timbul apabila perkara ini dibangkitkan. Ana tidak menolak apa yang dipersoalkan itu ada benarnya namun demikian, untuk menjawab setiap apa yang dipersoalkan bukanlah suatu yang mudah. Ana sendiri juga masih dihantui dengan pelbagai persoalan yang masih tidak berjawab dan kekeliruan demi kekeliruan mula memasuki ruang fikiran. Salah seorang sahabat ana di Mesir turut berkongsi akan situasi jemaah Islam di bumu anbiya’ itu. Keadaan yang sehingga membawa kepada pergaduhan, tidak boleh tinggal serumah menggambarkan keadaan yang bercelaru di
Kesimpulannya, bukanlah ana sengaja mengaitkan isu ini dengan ibadah yang haji yang mulia dan membiarkan ia tergantung tanpa penyelesaian. Namun demikian, apa yang ingin ana sampaikan di sini adalah, inilah salah satu realiti yang terpaksa dihadapi oleh golongan yang ingin bekerja untuk Islam bagi memenuhi tuntutan dalam ayat 104 dan 110, Surah Al-Imran. Apa yang pasti, jangan putus asakan usaha kita malah apa yang penting, kita harus berusaha untuk cari penyelesaiaannya dengan bacaan-bacaan dan rujukan-rujukan dari sumber yang pasti dan jika tidak pasti tanyalah pada mereka yang arif mengenai perihal ini. Janganlah asyik sibuk manimbulkan persoalan sebelum kita berusaha untuk mencari jawapannya terlebih dahulu.
p/s: Pencarian harus diteruskan. Pertemuan dengan seorang muslimah bernama Laili bagaikan memberi rahmat dalam pencarianku.
isu berbilang jemaah, satu isu yang telah lama d bincangkan, tetapi masih lg ade yg x paham @ x nk paham. kadang2 naik muak kalau bincang isu ini. Kalau kita paham bahawa isu jemaah ini adalah satu perkara usul, maka pasti kita sudah dapat jalan penyelesainnya. tetapi jika kita mengatakan isu ini adalah cabang dalam islam, dan perkara ini adalah khilaf, kita sebenarnya tidak mempunyai adab dalam perkara2 khilaf, menyebabkan isu ini x selesai2...
-ini hanya pandangan hamba yg fakir kpd Allah-