AKU SEBUAH LIF
Monday, November 02, 2009 by MAWAR BERDURI in Labels:



Kisah yang berlaku baru-baru ini ana titipkan di dalam nukilan di bawah. Sama-sama kita hayati...

Dari kiri: Kak Siti, Kak Wa, Hanisah dan Asmaa'


Jika aku mampu berkata-kata,

Pasti banyak yang ingin diceritakan,

Pelbagai ragam manusia tepaksa aku tontoni saban hari,

Hinggalah suatu ketika aku terkesima,

Berhadapan dengan satu kejadian,

Yang menjadi sejarah di Mentari Court.


Tika itu,

Aku dihuni oleh empat orang gadis yang manis di pandangan,

Kak Siti, Kak Wa, Hanisah dan Asmaa’,

Itulah gerangan mereka,

Dari apa yang aku dengari.


Tiba-tiba,

Seorang lelaki menjengah ke dalamku,

Namun, tidak kusangka kali ini,

Arak telah memenuhi perutnya,

Perasaan tidak enak mula menghantuiku,

Melihat matanya yang seolah-olah menceritakan mabuknya dirinya itu.


Stupid! Shit!

Jeritan itu mengejutkan aku,

Astaghfirullah,

Siapa pula yang mengeluarkan kata-kata ini,

Sungguh tidak layak dia berada di dalamku.


Aku kembali memerhatikan mereka,

Rupa-rupanya,

Kemabukan telah membuatkan lelaki itu tidak waras,

Hanisah telah ditenung tajam oleh lelaki itu,

Lantas si gadis terus membalas,

What?!

Aku hanya mampu memerhati,

Lalu aku melihat Kak Siti membisikkan sesuatu kepada Hanisah,

Aku hanya mendengar perkataan mabuk di bibirnya,

Asmaa’ dan Kak Wa hanya diam seribu bahasa,

Tidak mampu berkata-kata,

Takut diterajang oleh si lelaki yang hanyut,

Angkara arak yang menguasai diri.


Tiba di ground floor,

Mereka mula meninggalkanku,

Sayup-sayup aku terdengar,

Perkataan silat cekak disebut oleh gadis-gadis tadi,

Barangkali memikirkan peristiwa yang berlaku,

Silat cekak ingin mereka sertai,

Sebagai langkah menyelamatkan diri,

Dari si lelaki yang mabuk,

Lupakan diri.


Dan aku,

Masih di sini,

Setia bergelar,

Sebuah lif.


p/s: Hari ini dalam sejarah.

  1. asmaa... aku rasa ada orang nak kena belasah dengan aku nnt...

  1. emose: sape yang ko nak belasah ni?

  1. sebbaek tak jadi pape.kalau tak kenyang org tu mkn buah silat

  1. Asmaa'...! bahayenye, Ya Allah..

    Teringat time kita g kl dulu, tetiba ade laki ngan permpuan bergaduh sebelah kita..

    wirid semua terus keluar time tu..he3..

    Moga Allah memelihara dirimu sentiasa.. :)

  1. cik farah: ar ah.. tetiba teringat peristiwa ari tuh... huisy.. scary.. didoakan semoga cik farah dilindungi jugak... Amin..

My photo
Menitikberatkan perjuangan yang jitu semata-mata berlandaskan jalan kebenaran meskipun kemenangan bagaikan sukar untuk dicapai.

...