HMM....
Thursday, August 06, 2009 by MAWAR BERDURI in Labels:



Bukan mengharapkan simpati, mahupun rindu di hati, tetapi sedikit coretan buat sekalian yang bermakna buat diri ini.

...........................................................................


Kehadapan roommates tercinta, Rose dan Shafa, terima kasih sebab sudi jadi roommates aku. Banyak kenangan yang aku tak dapat lupa bile teringatkan korang. Ingat tak masa kita bertiga pergi curi rak kasut n cermin kat floor atas. Kite mengendap macam pencuri.. Apa-apapun, buat Shafa, aku doakan ko jadi pakar doktor kanak-kanak yang paling berjaya kat dunia! Buat Rose, aku teringin nak tengok macam mana ko mengajar suatu hari nanti.. Terima kasih sebab bagi aku makan laksa banyak-banyak…


..........................................................................................


Buat sahabat-sahabat AS31, terima kasih sebab sudi mewarnai diri saya sepanjang di KMS. Kenangan yang ada memang banyak untuk dikenang. Dari sem pertama sehingga ke akhirnya, kita semua tidak terlepas dari memori yang diharap akan terus tersemat dalam hati kita semua. Buat Ikha, Fatin, Fatonah, Farah, Gija, Nina, Hanisah, Qilah, Min dan Asilah, aku sayang korang. Jangan lupa aku masa kat sana ye.. Buat Fatonah, mintak maaf sebab tak dapat tunaikan janji kita dan terima kasih atas segala-galanya.... Buat Emosah, Allah memang takdirkan kita bersama lagi. Terima kasih dan minta maaf sebab kena jadi PA aku.. Ops, hampir terlupa pulak. Kehadapan pakcik-pakcik dalam AS31, teruskan menjaga kesatuan kalian. Diri ini begitu suka melihat kalian sering bersama-sama walau dalam apa keadaan sekalipun. Teruskan masa kat sana ye… Hmm lagi, jaga classmates kita yang perempuan tau.. Jangan bagi mat-mat saleh tu usik diorang..


..........................................................................................................


Buat Husna, Sab, Maira dan Yan, Allah memang takdirkan korang untuk aku. Korang dah banyak tolong aku. Husna, Sab, persahabatan dengan korang memang susah untuk aku dapat kat tempat lain. Masa susah dan senang, koranglah tempat aku berkongsi. Aku sayang yang teramat dengan ukhwah kita. Aku harap, kita termasuk dalam mereka yang mendapat perlindungan arasy Allah masa kat padang mahsyar nanti.. Buat Maira, kita mungkin tak kenal lama, tapi, diri ini merasakan kehadiran Maira yang seketika itu banyak mewarnai keresahan di dalam hati. Terima kasih Maira. Tidak dilupakan, buat adik ipar yang dikasihi, Yan, ko memang sahabat sekampung yang banyak tolong aku. Terima kasih sebab sudi terima aku jadi kakak ipar ko…


.................................................................................................................


Untuk adik-adik kat KMS, kak Asmaa’ sayang dengan kalian. Kak Asmaa’ tak mampu nak buat banyak untuk kalian. Teruskan perjuangan ye…


p/s: Buat si dia, terima kasih atas segalanya.

  1. insyaAllah asmaa'
    bercinta hingga ke syurga
    amin :)

    -sab

  1. ye ye asmaa...
    aku nak tuntut gaji sbg PA kau.... cepat2....

  1. Insya Allah kak asmaa'. Semoga Allah beri kekuatan utk kak asmaa'.kami d kms sntiasa merindui kakak2.
    :)

    -aisyah-

  1. sab: Insya Allah sab...
    emosah: tunggu aku kerja dulu, baru aku bagi sepuloh ringgit.
    alhumaira':teruskan usaha mewujudkan biah kat kms....

  1. asmaa'2..
    asmaa' da nikah ke? huhuk~

  1. kak tasha, asmaa blom nikah lagi laa..haha..

  1. rm10??? bapak kedekut kau..... up lagi la... us$10... hehehe...

  1. Salam..

    Allah tidak membebani seseorang melainkan
    sesuai dengan kesanggupannya, Ia mendapat
    pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya
    dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang
    dikerjakannya. (Al-Baqarah : 286)

    Insya'Allah Asma'a, you can do it. Ingatlah, org yang berjaya bukanlah org yg sentiasa di atas, tetapi org yg apabila jatuh, dia bangun kembali:)
    Semoga Allah sentiasa merahmati:)

    Kte bertemu kerana Allah, berpisah juga atas ketentuanNya..Keep in touch ya:) jgn lupe kte taw..

  1. tasya: apa ni tasya..nanti kite kawen, kite jemput tasya....Insya Allah...
    cik nin: ala rose, kalau aku kawen pun ape salahnya...
    emosah: cukuplah sepuluh ringgit. ko nak buat ape byk2
    tanpa nama: jazakillahikhairan katheera.. Insya Allah, bersama-samalah kita bina kekuatan diri walau di mana jua kita berada...

  1. aku nak banyak2.... kalau kelas abis awal, mls nak tunggu sampai pukul 2.30... nak balik naik teksi..

  1. amboi...mengada-ngada.. balik la dengan aku kat rumah aku...boleh tolong masakkan lunch..makaroni goreng ke...

  1. Asmaa, terima kasih jadi roomate aku selama dua tahun ni.. aku ingt lg peristiwa curi rak tu... hehehe... minta maaf la junior kalau korang rasa bilik korang tak de rak kasut n cermin... ni suma keje rose tau.. dia punya idea. aku hanya menurut perintah.. hahahaha....

  1. shafa: haha..tu blom yang jadi model acer...

  1. asmaa.. aku rindu kau. :'(

  1. haha...nina merindui aku... aku rindu kat family kau..

  1. hahaha.... model ACER. memang kelakar.. btw, kita pernah buat photo shoot ACER ke?

  1. huhu kak fairuz....sory ma...untuk kakak-kakak dah ada special post sebelum ni....

My photo
Menitikberatkan perjuangan yang jitu semata-mata berlandaskan jalan kebenaran meskipun kemenangan bagaikan sukar untuk dicapai.

...