BAGAIMANA DI SINI?
Friday, August 07, 2009 by MAWAR BERDURI in Labels:



Hari pertama di Taylor University College menggusarkan diri ana. Perasaannya jelas berlainan jika dibandingkan semasa hari pertama ana di KMS meskipun ketika itu ana juga keseorangan. Bertambah-tambah lagi keresahan apabila membayangkan analah satu-satunya pelajar Melayu Muslim yang mengambil course Applied Finance sedangkan yang lain semuanya bukan beragama Islam. Bukanlah memandang rendah kepada mereka tetapi persoalannya, apakah ana mampu untuk berada dalam kalangan mereka selama 3 tahun di sini? Tapi, yang pastinya, cabaran buat sahabat-sahabat yang lain lebih berat jika dibandingkan dengan sedikit ujian yang terpaksa ana hadapi. Semoga Allah menetapkan kita semua pada jalan yang benar.

........................................................

Setelah beberapa hari di sini Alhamdulillah, Allah mempertemukan ana dengan beberapa sahabat yang sedikit sebanyak menghilangkan kegusaran yang ana hadapi. Pertemuan di dalam bas telah mengikat ana kepada satu jalinan pesahabatan yang baru dengan empat orang sahabat yang tinggal bersebelahan dengan blok ana. Terima kasih buat Ida, Sa, Madi, Diyana kerana sudi menjemput ana ke rumah kalian. Untungnya, mereka semua berasal dari pantai timur! Boleh jadi teman balik kampung nanti, menggantikan Yan semasa di KMS dulu! Pertemuan di surau pula telah mempertemukan ana dengan Atikah dan dua sahabatnya. Alhamdulillah. Kini, Allah tidak membiarkan ana keseorangan di sini. Mereka mempelawa ana untuk bersama-sama dengan mereka di dalam program dakwah di sini. Benarlah kata orang, pertemuan pada suasana yang mulia, membawa rahmat dalam suatu ikatan ukhwah. Selang beberapa hari, pertemuan semula dengan Hanisah, telah mengingatkan ana kepada sahabat-sahabat di KMS. Gembira, rindu. Itulah yang dapat ana rasakan. Sejak hari itu, kami lunch bersama-sama setiap hari sambil berkongsi kenangan semasa di KMS.

p/s: Buat Kak Siti dan Kak Sakinah, seribu penghargaan buat kalian kerana sudi menerima diri ini sebagai housemate kalian.

  1. wei... nnt kita try lunck kat tmpt lain plak ek...
    starbuck ker... mcd ke... hahaha...

  1. woi..ko nak kena mcm dulu ke..nanti x pasal-pasal....

  1. Semoga dapat terus survive dengan "bekalan" yng dibawa

  1. hazwan ibnu rusli: jazakallahu khairan katheera for ur advice..

  1. hahaha... aku melawak je.... kau ni pun, jgn garang sgt... aku tau la kau tgh hepi tu..

My photo
Menitikberatkan perjuangan yang jitu semata-mata berlandaskan jalan kebenaran meskipun kemenangan bagaikan sukar untuk dicapai.

...