PANJANGNYA PERSOALAN CINTA..
Monday, June 01, 2009 by MAWAR BERDURI in Labels:


Surat dari seorang sahabat ana untuk sahabat-sahabat yang rindukan nasihat dan pedoman. Walaupun panjang, warkah ini tetap sarat dengan nasihat dan pedoman especially buat kita sebagai remaja yang bakal menempuh alam dewasa yang pastinya penuh dengan pancaroba...


Assalamualaikum. Semoga korang sentiasa berada di bawah naungan rahmat-Nya.

Rasa-rasanya korang mesti dah tahu aku nak cakap pasal apa. Ya… pasal CINTA.

Salahkah bercinta?

Kalau korang tanya aku, mesti la aku jawab tak. Betul pun, bercinta tu tak salah. Ada ke orang kata bercinta tu salah? Setakat ni aku tak pernah jumpa lagi orang yang cakap macam tu.


Tapi persoalannya sekarang, di mana kita meletakkan cinta itu?

Haa… ni yang kita nak kena cek balik. Di mana kita meletakkan cinta? Apa sebab kita mencintai seseorang atau sesuatu benda itu?

Kita mencintai Allah kerana Dia yang menciptakan kita. Kita mencintai Rasulullah kerana baginda rasul kita. Kita mencintai mak kita kerana beliau la yang melahirkan kita. Kita mencintai ayah kita kerana beliau mencari nafkah semata-mata untuk membesarkan kita. Kita mencintai sahabat kita kerana mereka la teman kita di kala kita gembira, sedih, memerlukan pertolongan, memerlukan peringatan untuk mengingati-Nya, dan sebagainya. Dan banyak lagi la.

Pendek kata, kita mencintai seseorang mesti bersebab. Atau dengan kata lain, kita mencintai sesama manusia untuk mencari redha Allah, dan juga untuk mengharap cinta-Nya.



Pernah dengar istilah couple? Aku rasa selagi mana korang pernah duduk kat Malaysia ni, insya-Allah pernah dengar istilah ni kan. Sebab tak tahu la, kat negara lain mesti ada perkataan lain jugak. Tapi yang biasa kita dengar, couple ni la.

Jadi… bolehkah bercouple?

Banyak jawapan yang aku dengar kalau bab couple ni diutarakan. Antara jawapan-jawapan yang famous:

  1. Boleh. Asalkan pergaulan dijaga (e.g. tak dating berdua-duaan, tak pegang tangan, tak sentuh kulit, tak duduk dekat2, tutup aurat, etc.). Boleh la tu, kita jaga batas-batas kita sebagai orang Islam.
  2. Boleh. Sebab tujuan nak kahwin. Jadi nak tengok orang tu serasi ke tak, so kena la couple. Kalau tak couple macam mana nak kenal hati budi, macam mana nak tau apa yang dia suka, macam mana nak tahu apa yang dia tak suka, macam mana blablabla…
  3. Ala… apa yang tak bolehnya? Bukannya nak buat apa2 pun. Suka2 je. Apa salahnya. Mengisi kekosongan di hati. Kalau takde kawan, boleh sms dia, boleh gayut dengan dia. Kalau kesunyian, boleh keluar dengan dia, window shopping ke apa ke. Kalau tengah susah, boleh kongsi dengan dia.
  4. Kenapa tak bolehnya? Tengok orang lain okey je. Lagipun, ni la lumrah manusia. Semua orang nak dicintai dan mahu mencintai.
  5. Couple dibolehkan. Couple menjadi haram apabila kita menjadikannya haram. Jadi, couple tu tak salah di sisi Islam. Boleh la maksudnya.

Jadi, macam mana? Biasa tak dengar ungkapan-ungkapan hebat ni? Biasanya kalau tanya pendapat, banyak jawapan macam ni la yang aku dengar. Beberapa tahun dulu pun, masa aku tak mengetahui, ni antara jawapan yang aku bagi bila orang bertanya aku tentang couple. Ya, aku dulu pun macam diorang jugak la. Yakin sungguh yang couple ni dibolehkan asalkan kita menjaga batas-batas pergaulan dalam Islam.

Tapi, itu dulu. Masa aku tak tahu apa-apa. Masa aku jahil. Sekarang pun masih lagi jahil, tapi insya-Allah tak sejahil dulu, kerana aku masih dalam proses belajar dan terus belajar.

Biar la aku nyatakan kat sini. Setakat yang aku dah belajar, setakat yang aku dah dengar, setakat yang aku dah faham… Couple sebelum berkahwin adalah haram di sisi Islam.



Pahit untuk ditelan? Ya, memang pahit. Terutamanya bagi pasangan-pasangan yang sedang couple atau yang ada perancangan nak cari pasangan untuk couple.

Aku dah banyak baca dan banyak dengar tentang pendapat yang mengatakan couple tu haram. Biasanya yang bercakap tu adalah orang dewasa atau orang yang memang tak pernah couple, jadi pada pandangan aku, mungkin saja membuatkan orang yang tengah couple fikir yang approach diorang tak kena dengan isu ni. Sebab satu, orang yang menasihati tu dah dewasa, cara beri nasihat pun macam seolah-olah bebelan ayah atau mak kepada anak, jadi, diorang anggap teguran tu bosan dan tak memahami. Sebab dua, orang yang tak couple ni tak rasa penangan dibius cinta ni lagi, tapi macam pandai-pandai nak cakap banyak, jadi, diorang anggap teguran tu tak relevan.

Jadi meh sini, aku nak memberitahu korang kenapa Islam melarang budaya couple ni. Dan aku memberitahunya dari perspektif aku sendiri, iaitu orang yang sedang menuju ke alam dewasa dan orang yang pernah couple.

Ya, aku akui, masa tu aku jahil. Aku tak tahu apa-apa. Sebab tak ada orang nak memberitahu aku. Tak ada orang nak mengingatkan aku. Sebab tempat aku sekolah, kawan-kawan lain kebanyakannya couple, kebanyakannya menganggap couple ini adalah sesuatu yang normal dan sesuatu yang dikatakan LUMRAH manusia. Pada aku, sesiapa pun boleh couple. Couple ini tak salah, asalkan batas-batas pergaulan dijaga.



Hinggalah pada suatu hari, masa aku di tingkatan 4, seorang rakan menyebarkan satu artikel yang berkaitan dengan couple. Dan ditakdirkan Allah, pada hari itu juga aku mengenal satu firman Allah yang bermaksud:

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” - al-Israa’: 32.



Artikel tu menceritakan tentang couple yang sebenarnya boleh membawa kepada sesuatu perkara yang sangat-sangat dimurkai Allah, iaitu ZINA.

Selepas sekali aku baca artikel tu, aku ulang lagi sekali pembacaan aku. Beberapa kali jugak la aku ulang sebab tak puas hati dengan artikel tu. Artikel tu tak panjang sangat, tapi ia menjelaskan perkaitan couple dan zina.

Hati aku memang menolak habis-habisan la apa yang dikatakan oleh tuan punya artikel tu. Aku bising-bising, “Apa yang dia ni tahu tentang couple? Tak couple, tapi banyak cakap pulak.”


Jadi, pada hari tu aku pun balik rumah macam biasa (aku sekolah harian je). Tapi sepanjang hari tu, otak aku tak berhenti-henti berfikir tentang artikel yang aku dah baca tu. ‘Betul ke couple ni haram? Betul ke couple ni menjurus kepada zina? Ah… takkan la aku nak berzina kot. Couple je pun. Bukannya gi dating kat hotel ke apa ke.’


Lepas beberapa hari, aku mintak artikel tu dari kawan aku. Aku photostat, dan bila balik rumah, aku baca artikel tu berulang kali. Aku tak ingat berapa kali, tapi masa tu memang aku dah hafal dah pun isi2 dalam artikel tu. Mengalahkan nak hafal subjek Sejarah. (yela, masa tu kan nak SPM)


Tapi, masa tu Allah belum buka pintu hati aku lagi untuk menerima hidayah-Nya. Yela, dah banyak dosa, lepas tu bila dah datang peringatan, tak nak terima. Ego la katakan. Jadi aku terus berada dalam alam couple ni untuk 2 tahun. Maka ditakdirkan Allah, pada malam pertama aku kat Kolej MARA Seremban (KMS), Allah kuatkan hati aku untuk mengakhiri semua karut-marut ni. Maksudnya, aku kembali bergelar aku yang ’single and available’. Heh.


Pada masa tu, aku sendiri tak tahu kenapa aku memberi titik noktah pada couple tu. Perasaan aku bercampur-baur. Pertama, aku kononnya nak fokus pada pelajaran. Kedua, aku mungkin dah bosan. Bosan sebab apa, nanti2 aku ceritakan. Ketiga, aku mungkin dah tak boleh paksa diri aku setia dengan orang tersebut, sebab aku tahu dia bukan suami aku.


Alhamdulillah, sejak masuk KMS, aku makin faham kenapa couple tu termasuk dalam kategori yang diharamkan. Aku mula faham banyak perkara, terutamanya pasal couple atau cintan-cintun ni. Kadangkala aku akan menangis sendiri bila terkenangkan balik diri aku di ‘zaman jahiliyah’ dulu. Waktu di mana Allah dah bagi peringatan melalui artikel yang diberi rakan aku, tapi hati aku keras tak mahu menerima. Tapi bila Allah kuatkan hati aku untuk mengakhiri semua ni pada malam pertama aku kat KMS, aku rasa tu seolah-olah satu simbolik untuk aku berubah kepada yang lebih baik, sebab kat kolej ni la aku belajar banyak tentang Islam, kat kolej ni la aku belajar untuk lebih mendekati-Nya.


Jadi setelah bebelan ini, mari kita berdiskusi, mengapa couple itu haram di sisi Islam! (you: uhuh, finally…)


Okey, sekarang kita rujuk balik firman Allah tadi:

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” - al-Israa’:32.


Apa relevannya firman Allah ini dengan couple? Betul ke ayat ni tekankan kepada couple saja, bukan kepada benda lain? Jadi boleh ke ayat ni digunakan sebagai dalil untuk mengatakan couple tu haram?


Tu antara persoalan yang timbul kalau kita pandang ayat ni dengan sekali pandang je. Sampai ada yang beritahu, “Jangan kita tafsir firman Allah dengan tafsiran yang cetek. Tanyalah kepada golongan yang lebih mengetahui.” Tak kurang jugak yang bukak kitab hadith, nak cari hadith yang boleh membangkang tentang isu HARAMnya couple ni. Yes, sampai boleh jadi macam tu sekali.


Allah kata, “janganlah kamu menghampiri zina”. Diulangi, “janganlah kamu MENGHAMPIRI zina”. La taqrob, jangan hampiri. La taqrob, jangan hampiri. LA TAQROB, JANGAN HAMPIRI. Pernah terfikir, kenapa Allah tak kata je, “janganlah kamu berzina” atau “janganlah kamu membuat zina” dan yang seumpama dengannya? Kenapa Allah kata, jangan HAMPIRI?


Ya, sebab Allah ialah Pencipta kita. DIA tahu kelemahan kita. DIA tahu apa yang tersirat di hati kita, hatta di lubuk jantung ke sudut lipatan jiwa ke. DIA tahu apa yang boleh menyelamatkan kita, apa yang boleh melemahkan kita. DIA tahu sejauh mana kita mampu mengawal nafsu kita. DIA tahu apa yang boleh membuatkan iman kita goyah. Ingat, Allah itu bersifat Al-’Alim, iaitu Maha Mengetahui. Dan kerana sifat inilah yang membolehkan Allah tahu segalanya tentang kita, kerana kita adalah ciptaan-Nya. Allah juga bersifat Ar-Rahim, iaitu yang Maha Mengasihi. Dan kerana sifat kasih-Nya lah, Dia memberi peringatan kepada kita menerusi firman-firman-Nya supaya kita berjaga-jaga. Subhanallah.


Jadi, adakah couple ni perbuatan yang menghampiri kepada zina?

Jawapannya, YA.


Dan jika couple ini menghampiri kepada zina, maka ia adalah haram. Haram, as in kalau buat dapat dosa, kalau tinggalkan dapat pahala.

Aku dah nampak macam-macam ragam manusia lain di sekeliling aku yang bercouple. Jadi aku nampak dengan sejelas-jelasnya kenapa couple itu mampu menjurus kepada zina. Antara sebab-sebabnya:


1. Pergaulan

Masa couple, rasa sayang plus nafsu yang membuak-buak tu memang ada. Sayang yang sampai tahap makan tak kenyang, tidur tak lena. Jadi, nak lepas rasa rindu, kenalah jumpa, kenalah dating. Tak kisah la kat taman bunga ke, kat kafe ke, kat dewan selera ke, kat wisma pelajar ke, kat mana-manalah. Yang penting, kena jumpa, kena dating. Orang lain, jangan kacau, gi main jauh2. Bila dah dating, kena la lepas rindu. Pegang tangan sikit ke… cubit bahu sikit ke… hihi. Alahai, seronoknya dia. Dibuai arus nafsu. Syaitan pun melonjak kegembiraan kat tepi, tapi dia tak nampak.

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Janganlah seorang lelaki dan seorang wanita berdua-duaan bersama melainkan jika ditemani oleh mahramnya.” (Hadith riwayat al-Bukhari)

Juga melalui hadith berikut:

“Janganlah seorang lelaki dan seorang wanita berdua-duaan bersama kerana Syaitan akan hadir sebagai orang ketiga.” (Hadith riwayat Ahmad)

Well, Nabi dah kata. Kalau lelaki dan wanita berdua-duaan, yang ketiga adalah Syaitan. Kita tak nampak, tapi Syaitan tu ada kat tepi, tengah bertepuk tangan dengan maksiat yang sedang disaksikan secara ‘live’. Malaikat Atid pulak geleng kepala sambil menulis dalam buku amalan kita, sebagai contoh.

Eh, tapi Nabi kata kalau ada mahram, tak salah. Maknanya boleh dating la kan?

Ya, kalau ada mahram tu tak salah. Tapi mahram yang macam mana? Adakah mahram yang akan tegur kalau situasi di atas berlaku? Atau sekadar membiarkan atau menyokong aktiviti maksiat tu? And anyway, Nabi bagi lelaki dan perempuan yang ditemani mahram berjumpa kalau ada urusan tertentu, seperti meniaga ke, urusan MPP ke, (hehe) bukannya suruh dating!


Jadi apa relevannya sebab pergaulan ini dengan zina?


Ya, relevan. Sebab, mula-mula pegang-pegang sikit-sikit je. Lepas tu tangan berani menjalar ke tempat lain pulak, mengalahkan ular menjalar atas rumput. Lepas tu, pandai-pandai fikir la. Tak payah nak sebut banyak-banyak kat sini. Buktinya, tengok kat Teluk Chempedak (Kuantan) tu. Baru-baru ni ada orang ambil gambar budak2 tak senonoh ni buat aksi-aksi tak senonoh kat celah batu, dan hantar kat surat khabar. Betapa malunya aku, sebab aku pernah ambil gambar around batu tu la jugak, dan sekarang dijadikan lubuk maksiat. Dah la pantai tu dekat dengan rumah aku, mintak2 la dijauhkan dari Tsunami atau yang seumpama dengannya, ya Allah!


Jadi, relevankah sebab pergaulan ini dengan zina?


Ya, relevan, even kalau korang kata korang tak sentuh langsung ke, tak duduk dekat ke, bawak mahram yang tudung labuh ke, bawak adik ke, bawak nenek ke, apa ke, ia tetap menjurus kepada zina. Sebab kita hanya MANUSIA yang sering lupa, terleka, alpa, kita TAKKAN TAHU bila iman kita tinggi dan bila iman kita cetek, plus WE WILL NEVER KNOW sampai BILA kita boleh tahan nafsu kita. I repeat, WE WILL NEVER KNOW. Yang tahu hanya ALLAH, sebab DIA menciptakan kita. Jadi bila DIA kata jangan buat, maka JANGAN buat. Rugikah kalau kita patuh pada Dia yang menciptakan kita? Tidak dinamakan manusia itu INSAN melainkan hanya kerana sifat LUPANYA.

2. Komunikasi

Haa… mesti ada yang pelik, kenapa dengan komunikasi dalam couple ni boleh menjurus kepada zina?

Masa bercinta, semuanya indah. Kata-kata bunyi macam bait-bait sajak. Suara pun lunak dan manja. Semuanya menyapa telinga dengan indah dan mesra. Semuanya manis, semuanya best. Bila pasangan korek telinga pun kita nampak comel. Alahai, comei betui dia ni. Hihi.

Bila rindu, hantar la SMS banyak-banyak supaya dapat mengubat lara di hati. Bila nak dengar suara, calling2 la, rindu nak dengar suaranya yang macho atau manja tu. Bila nak jumpa, cakap jela bila… I sanggup you. Demi you, I sanggup renangi lautan api semata-mata nak jumpa dengan you. Well, how about api neraka? Sanggup renangi? Kalau sanggup, aku pun nak lelaki macam ni. Aku diri atas kepala dia, biar dia berenang bawak aku merentasi neraka tu sampai la ke syurga. Ya, ciri lelaki idaman wanita!

Kalau SMS, “I love you, you love me” tu rasanya satu perkara biasa. Kalau SMS “I miss you, you miss me” pun perkara biasa. Kalau “I sayang sangat kat you, I nak hidup dengan you selama-lamanya, I janji akan setia, percayalah…” tu pun kata-kata klise yang biasa kita dengar. Tapi kalau “Sayang, I nak you, I nak sangat2 kat you…” tu apa kes pulak? Nak apa? Nak penumbuk? Nak karate?

Ya, anda pandai teka sendiri. Nak apa? Zina la. Apa lagi? Boleh bangkang? Silakan!

SMS tu satu cerita. Kalau bergayut tu satu hal lagi. Yang gayut berjam-jam tu takyah cakap la… dengan bil telefon naik, dengan buang masa bercakap benda sia-sia. Tapi kalau bercakap dengan kekasih, mesti la kita melembutkan tutur kata, melunakkan suara, memperelok bicara, memanjakan nada… dan sebagainya. Pendek kata, mesti cakap manja-manja sikit kan. Eh, tak boleh… kena la manja banyak sikit, sebab si dia kan kekasih kita. Buah hati kita. Mata air kita, bak kata P.Ramlee.

Firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat yang ke-32:

“…janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).”

Ya, itu firman Allah. Kalamullah, kata-kata Allah. Allah memberi peringatan kepada kaum wanita, janganlah kita berkata-kata dengan lembut manja, as in melunakkan suara, memanjakan suara, sebab ia boleh menyebabkan golongan lelaki yang berfikiran kompleks ini akan berfikir yang bukan-bukan. Ya, wahai golongan Hawa, suara kita yang merdu dan syahdu ni adalah aurat. We know that, don’t we?

Tapi apa kena-mengena bermanja-manja ni dengan menghampiri zina?

Yela… dah manja2. Kau punya laki tu pun punya la macam2 dia fikir. Last2, sendiri mahu ingat la. Tak ke namanya MENGHAMPIRI zina tu? Ya, mungkin kita tak berzina, tapi kita dah pun menghampirinya. Astaghfirullah.

Ala, tapi, kalau SMS dengan gayut, kitorang tak dating pun. Tak boleh ke?

Maaf buk, nggak bisa berbuat begitu. Sebab tadi dah disebutkan hadith Nabi berkenaan apabila lelaki dan perempuan berdua-duan, pihak ketiga adalah Syaitan. Memang la kalau SMS dan gayut tu, tak berdua-duaan physically. Tapi tu dah berdua-duan dalam alam fantasi sendiri. Gayut sorang2 kat tepi balkoni ke, kat dalam bilik ke, kat luar dorm ke. Berdua-duaan la tu. Kan?


3. Perhatian

Kalau sebut pasal perhatian, ini agak subjektif. Boleh kait dengan banyak perkara. Tapi insya-Allah aku sentuh sedikit sebanyak jela.

Kalau tengah bercinta, perhatian kita pada siapa? Mestilah pada kekasih kita. Mestilah pada si dia. Mesti la pada my bucuk2, my intan payung, my hlovate, my apa2 jela.

Sebab tu la, bila orang kemaruk cinta, makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah. Seluruh tubuh badannya, akalnya, hatinya, hatta rohnya pun, ditumpu pada kekasih nan satu, si jambu batu, si hati beku. Perhatiannya adalah hanya semata-mata kerana kekasih. Kalau dating, orang di sekeliling tak diendahkan. Kalau SMS, tak perasan pun kredit hampir habis. Kalau bergayut, tak kisah kerja lain. Hal-hal ni terjadi kerana seluruh perhatiannya ditumpu pada awek/ pakwe/ boyfriend/ girlfriend/ balak/ kayu balak/ bala/ etc.

Ada yang kata, bercinta tapi masih boleh beri perhatian pada pelajaran. Bercinta tapi masih boleh beri perhatian kepada ibu bapa, adik beradik. Bercinta tapi masih boleh siapkan assignment. Bercinta tapi masih boleh skor straight A1, masih boleh dapat 4 flat. Bercinta tapi masih boleh buat itu, buat ini. Tak abaikan apa-apa pun.

Ya, memang benda ni nampak ringan. Kita masih boleh tumpukan perhatian pada segala aktiviti harian kita. Masih boleh mendapat kejayaan straight As, 4 flat. Masih bersama family macam biasa. Perhatian kita terhadap semua ni, tak berubah.

Tapi, macam mana perhatian kita terhadap Pencipta kita? Sudah cukupkah perhatian yang kita berikan pada Dia, Pencipta kita?

Katakanlah, masa dating tu, berpegang-pegang tangan ke, tiba-tiba kena hempap pokok. Dan ditakdirkan, mati di tempat kejadian, bak kata Cikgu Jowel. Atau katakanlah, tengah syok2 SMS dia dengan kata-kata yang entah apa-apa, ditakdirkan kita mati sebab terkena sakit jantung. Atau katakanlah, di kala kita tengah bermanja2 dengan si dia kat telefon, tiba-tiba kilat sabung menyabung kat luar rumah, lepas tu entah macam mana kejutan elektrik yang melampau terkena pada kita yang kat dalam rumah. Ditakdirkan juga, mati di tempat kejadian.

Bayangkan, masa kita mati tu, anggota badan kita, akal kita, hati kita, nyawa kita, dan roh kita memberi sepenuh perhatian kepada kekasih kita yang masih belum halal disentuh tu. Sepenuh jiwa dan raga. Bahkan iman kita di kala itu terasa cetek sebab perhatian kita adalah pada cinta kekasih kita, bukan cinta-Nya.

Katakanlah, kalau kat dalam kubur nanti, Malaikat Munkar dan Nakir tanya kat kita, “Apa perkara terakhir yang kamu buat sebelum kamu mati? Adakah kamu mati dalam keadaan kamu mengingati Allah?”

Aduh, kantoi kita. Nak jawab apa ni?

Nah, sebab itulah, couple ni perlu dijauhi. Sebab di kala kita dibius cinta ni, kita takkan fikir benda lain dah. Seluruh badan akan jadi numb, dan cuma akan respon pada satu benda saja iaitu cinta kepada awek/pakwe kita.

Apa kaitan perhatian dalam couple dan zina?

Well, kalau dah kata seluruh tubuh kita ni tak akan respon pada benda-benda sekeliling kita, maka akan ada tendency untuk kita berzina. Kalau tak, takkan la ada pasangan couple yang sanggup redah hutan semata-mata nak memuaskan nafsu. Dah tak kisah dah akan sesat dalam hutan ke, akan luka sebab duri pokok ke, apa ke. Sebab perhatiannya adalah hanya pada kekasih.

Ya, kita mungkin sekali tak berzina. Tapi, kita dah menghampiri zina. Astaghfirullah.

Jadi, relevankah sebab perhatian ini dengan menghampiri zina?

Jawapannya, ya.
Jadi, insya-Allah, tu la antara aspek-aspek yang menyokong mengapa couple ini menjurus kepada zina. Kalau korang nak terima, nak deny, nak bangkang, terpulang. Tepuk dada, tanya iman.

Untuk post yang akan datang, insya-Allah aku nak selitkan sikit mengenai beberapa persoalan yang timbul mengenai couple ni. Antaranya termasuklah:

1. Takkan la tak wujud couple cara Islam?

2. Surah al-Israa’ ayat 32 (”janganlah kamu menghampiri zina…”) tu hanya tekankan kepada couple je ke?

3. Dah tak couple, nak kahwin macam mana??

Cewah, macam nak promote apa je aku ni. Haha. Apa2 pun, aku sangat mengalu2kan komen atau pendapat yang nak memperbetulkan fakta atau nak menambah2 ke. Maklumlah, aku bukannya dari golongan alim ulama’ ke apa ke, aku cuma hamba-Nya yang sedang cuba memberitahu dan mengingatkan hamba-hamba-Nya yang lain, dan jugak diri aku sendiri.

Segala yang baik itu dari Allah jua, wallahua'lam..

p/s: Jazakillah buat Bagaikan Puteri kerana memberi keizinan untuk berkongsi warkahnya di blog ini. Semoga Allah merahmati dirimu dan semoga dikurniakan suami yang soleh hendaknya.

  1. ana pon pernah terjerumus dalam lembah ini suatu ketika dulu..alahamdulillah ana sdr..ape yang ana boleh kate disini..bila kite suka kan sesuatu kite akan menghalalkan yang haram...dan pada waktu itu..syaitan la makhluk yang paling gembira kerana telah berjaya meniup keinginan keinginan palsu buat kita..dan kite seolah alpa bahawa..iblis laknatullah telah berjanji untuk sama2 mengheret kite ke neraka jahanam...dan kite langsung lupa bahawa..iblis itu makhluk yang x memungkiri janji..lalu kita hanyut di bawa arus nafsu semata...

My photo
Menitikberatkan perjuangan yang jitu semata-mata berlandaskan jalan kebenaran meskipun kemenangan bagaikan sukar untuk dicapai.

...