ADUHAI....
Tuesday, June 02, 2009 by MAWAR BERDURI in Labels:



Runtuh dan runtuh. Selepas ini, bangunan mana pula yang akan runtuh. Selepas kejadian di Highland Tower suatu ketika dahulu, kita digemparkan pula dengan peristiwa di Bukit Antarabangsa dan seterusnya di Petaling Jaya. Hari ini, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pula mengalami nasib yang sama. Apa yang pasti, spekulasi demi spekulasi akan muncul dalam mencari siapa yang bersalah dan siapa yang harus dipersalahkan. Inilah dia yang dikatakan kemusnahan yang berlaku disebabkan tangan-tangan manusia yang hanya mengejar politik dan wang semata-mata. Akibatnya, nyawa rakyat yang tergadai. Apabila nasi sudah menjadi bubur, masing-masing mula berdalih dan kemudiannya diam seribu bahasa. Dan akhirnya, ianya akan berulang dan terus berulang, sehinggalah....

p/s: Ana tak sempat pun nak masuk dalam stadium tu walaupun hanya beberapa minit dari rumah. Tapi, memang dah dijangka dari awal stadium tu tengah tunggu masa nak runtuh sebab boleh nampak struktur yang tak kukuh dari luar masa baru siap hari tu.

  1. hmmm...lepas satu, yang lain plak menyusul..aishhh

  1. tu lah.. sblm stadium tu pun sebenarnya dah ada dewan sekolah yang runtuh n dikatakan dibuat oleh kontraktor yang sama.. politik..politik..

  1. salam...

    tumpang ziarah. jika ada yang berminat dengan teori konspirasi, sejarah nusantara yang hilang, sufism, kebangkitan akhir zaman..sila lah ke nusanaga.blogspot.com

    harap salam ukhwah akan bertaut demi masa depan..sekian

    ......................................

My photo
Menitikberatkan perjuangan yang jitu semata-mata berlandaskan jalan kebenaran meskipun kemenangan bagaikan sukar untuk dicapai.

...