Salam perjuangan...
E-mail di bawah menunjukkan kata-kata yang telah diucapkan oleh asy-Syahid Syeikh Ahmad Yassin sebelum beliau menemui syahidnya yang mulia di sisi Allah.. Ketika mula meneliti baris-baris ucapan beliau, terasa bagaikan semangatnya masih hidup dan segar di dalam hati. Biarpun permata ini sudah tiada lantaran kekejaman mereka yang hanya gemar melihat mengalirnya darah-darah insan yang tidak berdosa, semangatnya tetap teguh bersemadi dalam jiwa seluruh rakyat Palestin dan umat Islam secara amnya. Semoga beliau tergolong di dalam kalangan para syuhada' dan solehin.
Ucapan asy Syahid Syeikh Ahmad Yassin (syahid : 22 Mac 2004 ) selepas beliau terselamat daripada percubaan bunuhbeliau pada 6 September 2003 . Berikut sedutan ucapan asy Syahid :
Tidakkahkalian lihat wahai bangsa Arab, sudah sampai ke tahap mana keadaan ini?Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah , tidak mampu memegang penadan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati(lumpuh) . Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semuatempat dengan suaraku yang perlahan ini.
Aku tidak mampu utk kemana2 tempat untuk memenuhi hajatku kecuali jikamereka menggerakkan kerusi rodaku. Aku yang sudah beruban putih danberada di penghujung usia. Aku yang diserang pelbagai penyakit danditimpa bermacam2 penderitaan.
Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang tertimpa ke ataskuturut menimpa bangsa Arab hingga menjadikan mereka begitu lemah. Adakahkalian semua begitu wahai Arab, kalian diam membisu dan lemah, ataukahkalian telah mati binasa.
Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlakuterhadap kami sehingga tiada satu kaum pun bangkit menyatakan kemarahankerana Allah. Tiada satu kaum pun yang bangkit menentang musuh2 Allahyang telah mengistiharkan perang antarabangsa ke atas kami danmenukarkan kami daripada golongan mulia yang di aniaya dan dizalimikepada pembunuh dan penjenayah serta pengganas ?
Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanyaada kemuliaan. Tidak malukah negara2 umat ini membiarkan penjenayahZionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandanganyang mampu mengesat air mata kami dan meringankan beban kami.
Adakah pertubuhan2 umat ini, pasukan tenteranya, parti2nya, badan2nyadan tokoh2nya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnyalalu mereka keluar beramai2 sambil melaungkan ?Ya Allah, perkuatkansaudara2 kami yang sedang dipatah2kan, kasihanilah saudara2 kami yanglemah ditindas dan bantulah hamba2Mu yang beriman?
Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa utk kami ? Seketika nantikalian akan mendengar mengenai peperangan besar ke atas kami dah ketikaitu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kamiakan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati membelakang(melarikan diri) dan akan mati bersama2 kami, anak2 kami, wanita2,orang tua dan pemuda2.
Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yangdiam dalam kebodohan ! Janganlah kalian menanti hingga kami menyerahatau mengangkat bendera putih kerana kami telah belajar bahawa kamitetap akan mati walaupun kami menyerah. Biarkan kami mati dalamkemuliaan sebagai muhahid.
Jika kalian mahu, marilah bersama2 kami sedaya mungkin. Tugas membelakami terpikul dibahu kalian. Kalian juga sepatutnya menyaksikankematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akanmenghukun sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yangdiamanahkan.
Dan kami berharap kepada kalian supaya jangan menjadi musuh yangmenambah penderitaan kami. Demi Allah, jangan menjadi musuh kepada kamiwahai pemimpin2 umat ini, wahai bangsa umat ini.
Ya Allah, kami mengadu kepadaMu?(3x) .. lemahnya kami dan kurangnyahelah kami. Demikianlah kami di hadapan manusia. Engkaulah Tuhan kepadaorang2 yang lemah. Dan engkaulah Tuhan kami. Kepada siapa engkautinggalkan kami. Adakah kepada orang yang jauh yang akan menyerbu kami.Atau kepada musuh yang berkuasa ke atas kami ?
Ya Allah, kami mengadu kepadaMu darah2 yang tertumpah, maruah yangternoda, kehormatan yang diperkosa, kanak2 yang diyatimkan, wanita2yang dijandakan, ibu2 yang kehilangan anak, rumah2 yang diruntuhkan,tanam-tanaman yang dirosakkan.
Ya Allah, kami mengadu kepadaMu berseleraknya kesatuan (umat) kami,berpecahnya perpaduan kami, berbagai2nya jalan kami, terkebelakangnyakami. Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami, betapa tidakbermayanya umat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh2 kami.
p/s: Jazakillah buat Kak Akhma yang sudi mengirimkan email yang boleh menggetarkan hati musuh-musuh Islam..
sedihnya. Moga jasad dan roh syahid syeikh Ahmad Yassin bahagia di sana, ammeeeennn:)