Kekejaman Israel sudah tiba ke kemuncaknya. Kanak-kanak yang langsung tidak berdosa dibunuh dengan kejamnya tanpa mengira erti belas dan ehsan. Apa yang mereka tahu hanyalah matlamat yang ingin dicapai untuk melenyapkan umat Islam dari bumi Palestin dan menegakkan negara Israel laknatullah. Umat Islam dianggap seperti binatang yang layak untuk dipijak-pijak, dilanyak, disiksa dan dianiaya dengan kejamnya. Sudah tiadakah nilai kemanusiaan dalam diri mereka?
Ana terbaca mengenai tujuan utama Israel menjadikan juga anak-anak kecil sebagai sasaran selain daripada pejuang-pejuang Hamas. Mereka gentar akan semangat jihad yang telah diterapkan kepada anak-anak Palestin yang akan menggantikan pejuang-pejuang yang telah syahid di medan perjuangan yang mulia pada hari ini. Namun demikian wahai sahabat, para ibu dan bapa di sana tidak takut akan ancaman tersebut malah terus mendorong anak-anak mereka melakukan jihad di mana telah dijanjikan syurga buat mereka yang syahid.
Oleh itu wahai sahabat, marilah bersama-sama kita menanamkan semangat jihad dalam diri adik-adik kita mahupun anak-anak kita suatu hari nanti agar musuh-musuh Allah ini tunduk kepada daulah Islam yang bakal menemui kemenangan sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Rabbul Izzati.
p/s: Ana pernah terfikir, adakah ana mampu untuk bertahan sekiranya diuji sebagaimana saudara-saudara kita di Gaza... Ya Alla, masukkanlah diri ini dalam kalangan mereka yang berjuang untuk menegakkan agamaMu...