DEDAUNAN YANG KIAN BERGUGURAN....
Monday, January 19, 2009 by MAWAR BERDURI in Labels:

Tidak lama lagi, cuti 4 hari bakal bertandang menantikan mereka yang mampu mengisinya dengan pengisian untuk mendapat keredhaan Allah. Sudah beberapa hari, jiwa ini resah lantaran hajat untuk bersama-sama dengan keluarga tidak berkesampaian. Tiket dah habis.. Namun, keresahan ini berjaya ditenangkan apabila memikirkan tugasan-tugasan yang menuntut untuk diselesaikan. Diri ini memegang amanah rakyat untuk mencapai kejayaan dalam menuntut ilmu dan seterusnya berbakti untuk masyarakat. Apa yang lebih penting, amanah sebagai seorang hamba Rabbul Izzati, adakah sudah ditunaikan atau masikah diri ini berada di landasan yang tidak memberi apa-apa pengertian?
.............................................



Pertemuan dengan Kak Fairuz, Kak Asmak dan Kak Ain mengimbau kembali kenangan bersama-sama dengan mereka dalam perjuangan untuk menegakkan agama Allah di bumi KMS ini. Pada hari ini, semangat itu bagaikan luntur, tambahan pula dengan semakin hampirnya saat 'peperangan' pada bulan 5. Namun jika difikirkan, adakah perjuangan itu dilaksanakan kerana adanya mereka atau semata-mata kerana keikhlasan yang hanya disandarkan pada Allah?

...........................................

  1. kekangan masa semakin mendesak sekarang ni..moga tetap istiqamah... btw, hamas isytihar kemenangan..any comment?

  1. melalui pengamatan ana, gencatan senjata yang diisytiharkan oleh Israel menunjukkan bahawa pihak mereka tidak berjaya atau dalam kata lain, kalah dalam misi mereka kali ini..

    kalau ana tak silap, pihak Israel hanya berjaya menumpaskan tidak lebih drp 20 org pejuang hamas walaupun mereka mensasarkan lebih dari itu..

    ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa mereka tumpas dalam serangan kali ini walaupun dalam akbar sering digembar gemburkan mengenai kehebatan mereka kononnya...

  1. hmmm...memang kalau mengikutkan definisi kemenangan itu, salah satunya adalah berjaya mencapai objektif..dan objektif zionis adalah untuk memusnahkan hamas sama sekali..tapi, adakah berjaya? TIDAK.. in fact, hanya beberapa org sahaja pejuanag hamas yang syahid..yang ramai adalah umat palestin sendiri...

    ana nak tanya pendapat..setuju tak kalau ana katakan bahawa semangat umat Islam kini hanyalah bermusim? hanya bersemangat apabila sentimen itu dimainkan dan dipaparkan...

  1. Kalau diikutkan semangat untuk bersama-sama dengan rakyat Palestin memang bermusim bagi umat Islam itu sendiri.. Tapi, bagi ana itu adalah lebih baik berbanding tiada langsung perasaan persaudaraan dengan saudara kita di sana.

    Apa yang penting, semangat yang masih berkobar-kobar sekarang mestilah diteruskan dan untuk itu, peranan mereka yang telah mempunyai kesedaran sejak dari dulu lagi perlulah mencari insiatif untuk membantu sahabat-sahabat kita agar semangatnya bersama dengan Islam tidak luntur

  1. betul..semarakkan bara semangat itu agar menjadi api jihad.. sama2 berusaha..

  1. jemput ke blog ana..sama2 kita berforum..

  1. akak...
    yang dalam gambar yang pakai baju hijau tudung hijau tu sape ye?? adekah beliau tu akak sakinah dari kmb eh??

  1. oo..itu kak khairussyahida.. senior kms.. dia buat tindikan..biasalah..pelanduk dua serupa..=)

My photo
Menitikberatkan perjuangan yang jitu semata-mata berlandaskan jalan kebenaran meskipun kemenangan bagaikan sukar untuk dicapai.

...