BAHAGIA?
Sunday, February 01, 2009 by MAWAR BERDURI in Labels:


Salam mahabbah…


Melihat kerlipan bintang di langit yang terbentang luas, sinar kebahagiaan seakan-akan mengalir di dalam urat-urat yang berungkaian menyerapi tiap-tiap sudut di dalam jiwa yang dahagakan kasih-sayang daripadaNya.


Setiap insan mengimpikan kehidupan yang diwarnai dengan cahaya-cahaya kebahagiaan itu. Kesusahan yang dialami kadang-kadang dianggap menghalang kebahagiaan yang cuba dikecapi. Pernahkah kita terfikir, adakah kebahagiaan itu dapat dicapai tanpa ada kesusahan yang sentiasa mencari peluang untuk menduga setiap insan di alam yang fana ini? Mungkin kita terlupa detik-detik yang pernah kita lalui sebelum ini di mana kebahagiaan itu bermula dengan keperitan yang telah kita tempuhi dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Mendapat keputusan yang cemerlang di dalam SPM bermula dengan keletihan mengulangkaji pelajaran, dimarahi guru, tidak tidur malam dan akhirnya kejayaan sudah berada di dalam genggaman. Bukankan hakikat kebahagiaan ketika itu tinggi nilainya?


Jadi, mengapa sekarang kita masih tidak menyedari akan kebenaran itu? Mudahnya diri ini lupa akan segala-galanya. Tidakkah kita sedar. Tidakkah kita mengetahui, bahawa menghadapi ujian itu ganjarannya tinggi di sisi Allah, Rabbul Izzati. Cuba kita gambarkan apakah perasaan yang kita alami tika ujian yang dialami berjaya diharungi dengan naungan rahmat kesabaran yang hanya Allah kurniakan buat mereka yang akur akan ketentuan dariNya. Allah tidak akan membebani hambaNya dengan ujian yang tidak mampu kita hadapi. Masalah yang kita alami itu hanyalah sebahagian kecil yang tidak ada nilainya jika dibandingkan dengan kenikmatan yang telah Allah kurniakan buat setiap insan dan apa yang penting, nikmat yang kekal abadi adalah sasaran yang harus dijaga arah tujunya.


p/s: Ana mengimpikan kebahagiaan dalam mengecapi nikmat halawatul iman yang tinggi nilainya.

  1. pasti akan ada cahaya di sebalik terowong yang gelap dan pastinya Islam itu akan "manis" setelah melaului pahitnya ummat..
    ana lebih meyakini bahawa masa depan itu milik ISlam berbanding terbitnya mentari esok..

  1. Insya Allah.. Allah telah menjanjikan kemenangan buat Islam.. Semoga kita berada dalam kalangan mereka yang diuji dengan perjuangan untuk menegakkan Islam di atas muka bumi. Kemanisan syiar Islam pasti tinggi nilainya tiada tandingan..

My photo
Menitikberatkan perjuangan yang jitu semata-mata berlandaskan jalan kebenaran meskipun kemenangan bagaikan sukar untuk dicapai.

...