Ana pernah terdengar di dalam rancangan bersama Ir Ahmad Jais (kalau tak silap) di dalam Radio IKIM yang membincangkan isu masjid dan peranannya di mana terdapat seorang pendengar yang memberikan contoh salah satu masjid yang terkenal dengan sistem pendidikannya iaitu Masjid Al-Azhar di Kaherah, Mesir.
Masjid tersebut dengan gahnya telah berjaya membuka peluang kepada beribu-ribu umat Islam seluruh dunia untuk menimba ilmu pengetahuan dengan wujudnya Universiti Al-Azhar yang terbina di atas paksi sebuah pusat ilmuan iaitu sebuah masjid.
Namun demikian, jika dibandingkan dengan negara kita, masjid tidak lain hanya dijadikan sebagai tempat untuk solat Jumaat dan pada bulan puasa sebagai tempat untuk solat tarawikh berjemaah. Pada waktu yang lainnya, masjid-masjid ini lengang bagaikan sebuah replika yang hanya dijadikan sebagai tontonan yang indah pada binaan namun sepi tidak berpenghuni.
Mungkin umat Islam pada hari ini lebih selesa
untuk mengikut apa yang telah dibawakan oleh pengkhianat Islam, Mustapha Kamal Atartuk dengan ajaran sekularnya di mana agama hendaklah dipisahkan daripada kehidupan dengan sewenang-wenangnya (mungkin terlalu kasar bunyinya).
"Masjid hanya boleh digunakan untuk urusan agama sahaja". Betapa jumudnya pemikiran kita sebagai umat Islam yang sepatutnya mengimarahkan masjid-masjid kita pada hari ini, bukan hanya dijadikan sebagai destinasi perlancongan sahaja.
Masjid oh masjid, kenapa engkau kosong?
Macam mana aku x kosong, tempat aku kotor
Kotor oh kotor, kenapa serang masjid?
Macam mana aku x serang, Muslim x halang aku
Muslim oh muslim, kenapa x halang kotor, macam mana kami nak halang, KAMI PUN KOTOR JUGA! KOTOR DENGAN SEKULAR!!
Tinggalkan sekular, imarahkan baitu4JJ1 ...