MASJID DAN UMAT ISLAM
Friday, December 12, 2008 by MAWAR BERDURI in Labels:


Sengaja ana memilih untuk mengutarakan perihal masjid dan umat Islam pada post kali ini. Bukan apa, bila difikirkan kembali adakah umat Islam pada hari ini menghayati akan peranan masjid yang sepatutnya menjadi salah satu pusat pentadbiran, perdagangan, pengajian dan bermacam-macam lagi.
Ana pernah terdengar di dalam rancangan bersama Ir Ahmad Jais (kalau tak silap) di dalam Radio IKIM yang membincangkan isu masjid dan peranannya di mana terdapat seorang pendengar yang memberikan contoh salah satu masjid yang terkenal dengan sistem pendidikannya iaitu Masjid Al-Azhar di Kaherah, Mesir.

Masjid tersebut dengan gahnya telah berjaya membuka peluang kepada beribu-ribu umat Islam seluruh dunia untuk menimba ilmu pengetahuan dengan wujudnya Universiti Al-Azhar yang terbina di atas paksi sebuah pusat ilmuan iaitu sebuah masjid.
Namun demikian, jika dibandingkan dengan negara kita, masjid tidak lain hanya dijadikan sebagai tempat untuk solat Jumaat dan pada bulan puasa sebagai tempat untuk solat tarawikh berjemaah. Pada waktu yang lainnya, masjid-masjid ini lengang bagaikan sebuah replika yang hanya dijadikan sebagai tontonan yang indah pada binaan namun sepi tidak berpenghuni.

Mungkin umat Islam pada hari ini lebih selesa
untuk mengikut apa yang telah dibawakan oleh pengkhianat Islam, Mustapha Kamal Atartuk dengan ajaran sekularnya di mana agama hendaklah dipisahkan daripada kehidupan dengan sewenang-wenangnya (mungkin terlalu kasar bunyinya).
"Masjid hanya boleh digunakan untuk urusan agama sahaja". Betapa jumudnya pemikiran kita sebagai umat Islam yang sepatutnya mengimarahkan masjid-masjid kita pada hari ini, bukan hanya dijadikan sebagai destinasi perlancongan sahaja.

p/s: Ana ada singgah di sebuah masjid on de way balik dari kampung. Tapi sedih sebab masjid tu bagaikan tiada siapa yang mengambil peduli akan kebersihannya walhal jelas terpampang di dinding bahawa النظا فة من الأيمان . Tapi, siapa yang harus dipersalahkan?

  1. Masjid oh masjid, kenapa engkau kosong?
    Macam mana aku x kosong, tempat aku kotor
    Kotor oh kotor, kenapa serang masjid?
    Macam mana aku x serang, Muslim x halang aku
    Muslim oh muslim, kenapa x halang kotor, macam mana kami nak halang, KAMI PUN KOTOR JUGA! KOTOR DENGAN SEKULAR!!

    Tinggalkan sekular, imarahkan baitu4JJ1 ...

  1. Ayuh pemuda pemudi Islam, semarakkan perjuangan Islam... Hancurkan kuffar!!! Hidup Islam!!!

  1. betul2. masjid byk tapi isinya haprak!

  1. Masjid kian lama kian menjadi bak Gereja Katolik, "senyap" dan "tenang".

    Buatlah ukiran Uzbekistan ke corak Andalus ke, kalau terus begini, masjid kita akan jadi tak ubah seperti Sistine Chapel atau St. Basilica church dimana manusia berhimpun setiap hari buat menangkap gambar ukiran indah oleh Raphael atau keunikan corak Gothic!

  1. bilakah umat Islam akan sedar akan kepincangan ini..

  1. Banyak masjid yang dah jadi mangsa sekularisme.. Kisah ini bermula pada,

    1500 Tahun dahulu, gereja terbesar Holy Wisdom dibina di Byzantine(Konstatinople)..
    Holy Wisdom menjadi gereja penting bagi Kristian selama hampir 1000 tahun.

    1453 Mehmed al-Fatih membuka Konstatinople. Holy Wisdom ditukar menjadi Masjid Aya Sofiya. Segala syiar Kristian seperti patung Isa, gambar, loceng dsb dibuang dan diganti dengan mihrab, minbar, menara masjid, dsb..

    1935 Mustafa Kamal Laknatullah mengarahkan Aya Sofiya ditukar menjadi muzium. Patung Isa, gambar dan segala syiar Kristian dibawa masuk semula.

    Sehingga kini, Aya Sofiya menderita senasib dengan baitullah yang lain. Semuanya akibat sekular..

    Khilafah pastinya akan menghancurkan sekular, lalu menghidupkan semula baitullah dan menamatkan penderitaan Aya Sofiya. Insyállah, apabila Rom dibebaskan nanti St. Peter's Basilica pula akan dihidupkan sebagai baitullah.
    Semoga kita menjadi generasi yang dijanjikan ini..

  1. masjid oh masjid...juga sedih biler melihat masjid di tempat ana ni..nak tegur kang, orang tua..so, ambil inisiatif sendiri membersihkan...orang kata, kepimpinan melalui teladan kan..heh

My photo
Menitikberatkan perjuangan yang jitu semata-mata berlandaskan jalan kebenaran meskipun kemenangan bagaikan sukar untuk dicapai.

...