SEJAUH MANAKAH DIRIKU...
Saturday, November 01, 2008 by MAWAR BERDURI in Labels:

SAT telah berlalu. Debaran untuk menghadapinya masih berbaki malah turut diusik dengan detik-detik keputusannya akan diumumkan pada tanggal 20 November tidak lama lagi.

Perasaan ini kerapkali menghantui diri ana membuatkan kerja yang dibuat serba tak kena.

Baru diuji dengan ujian keduniaan, sudah resah menghadapinya.

Belum lagi dengan ujian yang lebih hebat sebagaimana yang dihadapi oleh Rasulullah saw dan para sahabat di saat menegakkan panji-panji Islam di atas muka bumi ini. Sebelum ini pernah juga ana mengeluh memikirkan akan peperiksaan-peperiksaan yang bakal dihadapi; SAT, TOEFL, IB.

Semuanya bagai menyesakkan fikiran ana yang bagaikan tidak terurus ini. Namun, jika difikirkan kembali betapa hinanya diri ini mengeluh akan apa yang telah ditetapkan oleh Rabbul Izzati buat hamba-Nya ini.

Sesungguhnya perhitungan yang Maha Esa, tiada siapa yang dapat menandinginya. Dia Maha Mengetahui akan kemampuan diri ini. (Surah Al-Baqarah, 286). Siapalah ana untuk mempersoalkan ketentuan yang disusun rapi oleh Allah swt.

Ampuni diriku, Ya Allah.

Ana teringat perbualan dengan abi tercinta dua hari sebelum menghadapi SAT.

“ Abuya(panggilan terhadap abi), kaklong exam hari Jumaat ni. Abuya tolong doakan kaklong ye.”

“ Insya Allah, abuya memang selalu doakan kaklong. Umi, adik-adik di rumah pun doakan kejayaan kaklong juga. Apa yang penting, kaklong jangan asyik fikirkan yang soalan-soalan tu susah. Kita buat sedaya upaya. Jangan lupa berdoa. Selebihnya, tawakkallah pada Allah. Allah tidak melihat keputusan kaklong yang keluar nanti, tapi Dia akan menilai sejauh manakah kaklong berhadapan dengan ketentuan-Nya nanti. Tidak kira sama ada diuji dengan kejayaan mahupun kegagalan.”


Sebak diri ana mendengar kata-kata daripada seorang ayah yang selalu mengambil berat akan anaknya ini.

Terima kasih abuya atas dorongan yang tidak pernah putus sejak diri ini baru mengenal A,B,C sehingga berada di Kolej Mara Seremban pada hari ini.

Air mata ana tidak dapat ditahan lagi (sedih bila tengok kawan-kawan balik ke rumah pada hujung minggu).

Kaklong rindukan kalian, keluargaku.
p/s: Tahniah buat Akhi Omar dan Ukhti Akhma yang baru dikurniakan cahaya mata kelima pada tanggal 30 Syawal 1429 H bersamaan 30 Oktober 2008. Semoga bertambah lagi bakal-bakal serikandi yang akan memperjuangkan Islam.

  1. sama-samalah kita mendoakan kejayaan kita semua...

  1. "Allah tidak melihat keputusan kaklong yang keluar nanti, tapi Dia akan menilai sejauh manakah kaklong berhadapan dengan ketentuan-Nya nanti...."

    asmaa'..
    Allah lihat tak pada usaha kita untuk sesuatu yg belum pasti??
    tp..

    ........

  1. Insya Allah.. kita kena tengok balik konsep tawakkal tu macam mana.. bagaimana kita kena berusaha dan berikhtiar kemudian disertai dengan doa dan akhirnya kembalilah kita dengan bertawakkal kepada Allah..

My photo
Menitikberatkan perjuangan yang jitu semata-mata berlandaskan jalan kebenaran meskipun kemenangan bagaikan sukar untuk dicapai.

...