TIGA HARI YANG BERLALU...
Monday, October 27, 2008 by MAWAR BERDURI in

Salam mahabbah.....

Cuti tiga hari yang dilalui bagaikan tidak terasa masa yang berlalu. Benarlah pepatah Arab ada menyatakan الوقت كالصيف ; masa ibarat pedang.

Sabtu, 25 Syawal 1429

Jemputan Puan Halimaton ke rumahnya membuatkan ana dan sahabat menyambutnya dengan tangan terbuka. Juadah yang disediakan membuatkan perut kami yang kosong berbunyi, tanda minta untuk diisi. Terserempak dengan Puan Khomah, Puan Azian, Puan Arfa dan Puan Hasmah membuatkan suasana di sana bertambah meriah. Kehadiran Ustaz Halim dan ikhwah dan akhawat ISMA mengubat kesedihan tidak dapat menyertai mereka pada sambutan Hari Raya yang lalu.
……

Puan Arfa menjemput kami ke rumahnya.
“Temanlah cikgu kat rumah. Husband cikgu takde.”
Kesempatan ke rumahnya, kami gunakan untuk bermesra dengan dua orang anaknya yang comel; Irfan dan Hazim.

Irfan tengah syok menonton Ultraman

Comelnye Hazim
……


Ahad, 26 Syawal 1429

Azim menjemput classmate kami untuk ke open house di rumahnya. Ana, Qilah dan Hanisah bertolak ke rumahnya selepas Zohor dengan menaiki KTM. Kemudian, kami bertolak pula ke rumah Gja di Sungai Buluh. Jauhnya. Namun mengenangkan ajakannya yang bersungguh-sungguh, tidak sampai hati pula untuk menolaknya. Kami berkonvoi dengan 3 buah kereta.

Bertolak pulang ke hostel pada jam 6.30 petang membuatkan ana resah akan Ustaz Sofi yang akan menunggu kami di hadapan gate. Kami bersolat Magrib di Hilton. Wah, macam orang kaya lah pulak. Bukan apa, kami membayangkan keselesaan bersolat di sana. Menambahkan kekhusyukan. Bak kata Hanisah.

Sampai di hostel, ana melihat jam di tangan. Pukul 10.30 malam. Dah lewat ni. Tiba-tiba Pak Guard datang dan meminta kami untuk menulis nama. Sah. Kami dah kena. Apa-apa pun, ana redha, inilah akibatnya melanggar peraturan. Mungkin boleh dijadikan pengajaran. Ana dah merancang untuk pulang awal, tapi yang pastinya perancangan Allah tiada tandingannya. Pasti ada hikmah di sebaliknya.

Isnin, 27 Syawal 1429

“Asmaa’, boleh tak Kak Akhma nak jumpa you all kat taman pukul 12.45 tengah hari.”
Permintaan Kak Akhma amat ana nanti-nantikan. Itulah yang dikatakan ukhwah atas dasar aqidah. Ikatannya terasa erat bagai tidak dapat dipisahkan. Kak Akhma menceritakan pengalamannya bersalin dan persediaan-persediaan yang dilakukan untuk menyambut anaknya yang kelima. Baby girl. Ujar Kak Akhma sambil wajahnya mencerminkan kebahagiaan seorang ibu.

“ Next week, you all usrah dengan isteri Dr. Zain ye.”

Alhamdulillah. Kami telah pun mendapat pengganti. Jazakillah buat Kak Akhma yang bersusah payah untuk kami(bakal-bakal pejuang Islam, Insya Allah).

Di malamnya, kami, para naqibah menjalani usrah mingguan bersama Kak Wani. Sejuk hati ana memandang seorang serikandi yang terpancar sinar keikhlasan pada wajahnya. Pengertian iman. Itulah yang kami bincangkan. Statistik-statistik yang dikeluarkan termasuklah jumlah remaja murtad yang berdaftar membuatkan kami tersedar akan hakikat akhir zaman. Umat Islam sudah tidak gentar untuk menentang suruhan dan larangan daripada Allah. Gejala maksiat yang berleluasa sudah lali menjadi tatapan mata. Sedih namun itulah realitinya.

“Ya Allah. Engkau golongkanlah kami dalam kalangan hamba-hambaMu yang beriman.”

  1. salam..tak nak kasik kak akhma deena hadiah ke sempena kelahiran puterinya?

  1. Alhamdulillah.. Kami dah ziarah dia... Comel betul baby tuu. Nusaibah Al-Humaira', nama diberi..

My photo
Menitikberatkan perjuangan yang jitu semata-mata berlandaskan jalan kebenaran meskipun kemenangan bagaikan sukar untuk dicapai.

...