HALUSNYA TARIKAN ITU...
Thursday, November 13, 2008 by MAWAR BERDURI in Labels:

Salam mawaddah..

Perjuangan itu meletakkan suatu sasaran sebagai nadi untuk menggerakkan jiwa yang tidak tegar untuk menentang tarikan-tarikan seni yang menjadi pembuka kepada gelombang kemusnahan.



Semester ke-3 merupakan semester yang amat menguji kekuatan ana sebagai seorang pelajar IB sama ada dari segi fizikal mahupun kekuatan rohani. Diri ini terkadang terasa lemah tidak bermaya lantaran tugasan-tugasan yang perlu diselesaikan.


“I want all of you to submit your IA before these coming holidays. Remember that!”
“Where’s your IA, Asmaa’?”
“Asmaa’, ko dah buat TOK essay?”
“Weh, EE kena submit this week la.”
“IRP note kite tak buat lagi la.”
“Bila kena submit IA Math hah? Aku tak buat apa-apa pun lagi.”


Ana terkedu apabila teringat perbualan-perbualan yang sinonim untuk didengari akhir-akhir ini. Semuanya sudah menjadi kebiasaan bagi seorang pelajar. Tugasan demi tugasan yang menghantui, benar-benar menguji kekuatan jiwa seseorang pelajar untuk berhadapan dengan realiti yang bakal dihadapi di alam pekerjaan.


“Ala, baru belajar dah mengeluh. Belum kerja lagi.”


Terdapatnya sesetengah daripada kita yang menjadikan kesibukan itu sebagai satu alasan untuk tidak meluangkan masa dengan core business kita sebagai seorang hamba kepada Al-Khaliq yang Maha Berkuasa.

Teringat firman Allah yang bermaksud, ‘Dan tidak aku jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk mengabdikan diri kepada Allah’.


Dalam menghadapi kekangan masa, sudah menjadi kewajipan bagi kita untuk menjadikan kesibukan kita sebagai suatu ibadah agar apa yang kita usahakan tidak menjadi sia-sia.

Niatkan segala usaha kita untuk menyiapkan tugasan yang diberi semata-mata untuk mencapai kejayaan agar kita dapat berbakti untuk perjuangan Islam sebagai salah satu thoriq(jalan) untuk mencapai keredhaan Allah. Jangan diabaikan kewajipan sebagai seorang Muslim dengan menunaikan ibadah yang wajib dengan sempurna. Al-Quran tidak ditinggalkan. Luangkanlah masa hanya 5 minit selepas solat Asar untuk mendengar hadith Rasulullah walaupun assignment masih menanti untuk disiapkan.

Jangan dek kelalaian yang dilakukan, hati kita gelap untuk menerima hidayah dari Allah. Nauzubillah...


p/s: Peringatan untuk diri ana yang lemah ini.

  1. Allah bagi ujian pada yang mampu. Come on guys! U can do it!! Usaha+Tawwakal mesti berjaya punyalah!

  1. asmaa...
    aku pun sama gak mcm ko....
    waaa..........
    penat

  1. yup,when the going gets tough only the tough gets going=)..have faith in Him,sure boleh..

  1. Syukran jazilan buat sahabat yang sentiasa memberikan sokongan... Semoga Allah mengurniakan kejayaan buat kita semua..

  1. jika kita menolong agama Allah, secara pastinya Allah akan menolong kita.. barakallahufik.. dakan kami utuk exam..hu

  1. jika kita menolong agama Allah, secara pastinya Allah akan menolong kita.. barakallahufik.. dakan kami utuk exam..hu

  1. Insya Allah.. Semoga Allah tempatkan kita semua dalam kalangan mereka yang berjaya di dunia dan akhirat..

My photo
Menitikberatkan perjuangan yang jitu semata-mata berlandaskan jalan kebenaran meskipun kemenangan bagaikan sukar untuk dicapai.

...