SEDIH.. NAMUN DIRIKU REDHA..
Tuesday, September 23, 2008 by MAWAR BERDURI in Labels:



Buat sahabat yang dikasihi dan dirahmati Allah s.w.t sekalian…..

Tiba-tiba diri ini terbayangkan kalamullah yang tercatat di dalam Surah As-Saff, ayat 2 & 3. Adakah diriku termasuk di dalam kalangan mereka yang dimurkai Allah s.w.t. lantaran diriku tidak melakukan apa yang ku perkatakan?

Sedih. Pilu. Ku dengar desas desus yang memperkatakan tentang kesalahan yang telah kulakukan.
(Kupohonkan keampunan dari Mu, ya Allah atas apa yang telah aku lakukan.. Ku pohon jua ribuan kemaafan buat saudara-saudaraku yang berada di Palestin, mahupun di negara-negara Islam yang ditindas oleh kafir laknatullah…)

“Pendakwah kuat KMS makan Mc D!”

“Asmaa’ tulis dalam blog, suruh boikot Mc D. Tapi dia yang makan Mc D!”
(Ana x pernah tulis pasal boikot kat dalam blog ana. Ana sedih bila ada hamba Allah tu kata ana x boikot Mc D, tapi suruh orang boikot dalam blog ana.)

Sahabat… Ku tahu akan peranan seorang sahabat yang menjadi cermin bagi sahabatnya yang lain. Namun, dimanakah cara berhikmahnya? Adakah dengan memperkatakan keburukan seseorang di belakang, kita dapat menyelesaikan masalah yang berlaku?

Jika perkara itu benar, maka ia akan dikira mengumpat sekiranya orang yang diumpatnya itu sedih dan marah apabila mendengar apa yang telah diperkatakan..

Namun jika semuanya dusta, fitnahlah bahananya.
Sanggupkah kita meratah daging saudara kita sendiri atau sedarkah kita bahawa sesungguhnya fitnah itu lebih teruk dari membunuh?

Sahabat.. Diri ini mengharapkan diri kalian faham situasi ana sekarang. Behentilah dalam memperkatakan keburukan sahabat-sahabat kita yang lain. Jangan sampai apa yang kita perkatakan memakan diri kita sendiri suatu hari nanti.

Sesungguhnya doa orang yang dizalimi akan dimakbulkan Allah s.w.t.

p/s: Kupohon ribuan kemaafan di atas kata-kataku yang mungkin menyinggung perasaan sesetengah pihak..


Sekadar luahan hati ana yang hina di sisi Allah s.w.t.

  1. asmaa'......
    pedulikan je benda2 tu semua.....
    kalau kita benar, kita akan menang..
    tu je....

  1. Wassalam,
    Hidup ni kalau tak ada ujian, tentu kita tak tahu darjah ketaqwaan kita! Itu hanya sedikit sahaja, sekali lagi hidup ini macam denai yang penuh onak, jalan tu berhati2, lihat kiri kanan, perhatikan satu-satu langkah, sesekali toleh kebelakang dan adakalanya angkat kepala , dongak, lihat ke atas - maknanya segala yang ada disekeliling kita ni semuanya menyumbang kepada tibanya kita ke destinasi (balik raya?) dengan selamat dan ceria. Hahaha berfalsafah pulak! Guna konsep pengalaman plus pemerhatian dan sedikit2 pergaulan dengan manusia lain!

  1. alahai my beloved rumate nih
    jahat kan depa tuh
    pndai2 je depa wat cite..
    yg x tgk or bace blog ko pon pndai2 je bawak crite bukan2 cmtu..
    huh~~
    sabo je la..
    bravo asmaa
    ape2 pon ak tetap sokong kamu~

  1. syukran jazilan buat hanisah n cikgu hasmah.. Sesungguhnya antara tanda seseorang itu mendapat rahmat daripada Allah adalah melalui ujian-ujian buat hamba-Nya.

  1. eh2 terlupe lak.. mekasih rose.. kau lah roomate sejati aku...

  1. teruskan dalam usaha da'wah anti
    moga beoleh keberkatan dan keredhaan.. pedulikan kata2 orang..
    sama2 berdoa agar biah solehah dapat diwujudkan kat kms..

    p.s: ana pon kekadang mkn mcd..hu

    jemput ke blog ana
    akhialgebra.wordpress.com

  1. Asmaa'... tabahkan hati ek! Aku rasa ko dah tenang sekarang kan? Bawak2 la bersabar...

  1. asmaa', post ko yg ni yg plg mantop!
    =p

My photo
Menitikberatkan perjuangan yang jitu semata-mata berlandaskan jalan kebenaran meskipun kemenangan bagaikan sukar untuk dicapai.

...