Bismillahirrahmanirrahim. Agak lama juga saya tidak menulis. Menghadapi fatrah peperiksaan pada bulan Jun, membuat persiapan bagi menyambut Ramadhan dan kebersamaan keluarga membuatkan saya sedikit sukar mencari masa yang sesuai untuk meneruskan perkongsian di sini. Masakan tidak, untuk menghasilkan sebuah entri, saya memerlukan paling kurang 2 jam bagi memastikan setiap butir kata disusun dengan elok, tidak ada kesalahan ejaan dan yang pastinya perlu dibaca berulang kali agar mesej yang hendak disampaikan dalam setiap penulisan ini mudah difahami oleh pembaca. Ya, menjadi sedikit mujahadah buat saya namun di situlah kepuasannya. Menulis sebagai salah satu usaha menyahut seruan Ustaz Hasrizal pada tagline beliau, Erti Hidup Untuk Memberi tidak sepatutnya menjadi sebuah pemberian yang carca marba.
Marhaban ya Ramadhan!

Malam 1 Ramadhan, usai mengerjakan solat Tarawikh secara berjemaah, kami sekeluarga berhimpun di dalam satu halaqah, membincangkan perancangan dan susun atur Ramadhan tahun ini disamping bermuhasabah apa yang kurang pada Ramadhan tahun lalu untuk diperkemaskan pada tahun ini. Bermusyawarah santai. Sedikit berbeza dengan tahun lalu apabila halaqah diisi dengan pandangan ulama' kontemporari mengenai hukum hakam yang melibatkan puasa. Alhamdulillah, semuanya telahpun di'cover' ketika berada di dalam perjalanan ke kampung. Syukur juga kepada Allah swt kerana beberapa perancangan telah kami berjaya kami putuskan dan mendapat persetujuan bersama. Semoga madrasah Ramadhan kami pada tahun ini berjaya mencapai matlamat yang diimpikan.
Persiapan Hari Raya
Alhamdulillah, persiapan hari Raya kami sekeluarga sudah di'settle'kan di dalam bulan Sya'ban bagi menyahut sepenuhnya tawaran istimewa bulan Ramadhan dengan riang. =)..
Alhamdulillah, persiapan hari Raya kami sekeluarga sudah di'settle'kan di dalam bulan Sya'ban bagi menyahut sepenuhnya tawaran istimewa bulan Ramadhan dengan riang. =)..
UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT