Miss your hug, kakak..
Monday, March 19, 2012 by MAWAR BERDURI in

"Kamu berdua ni adik beradik ke?"
"Err..."

Guess what? Aku jumpa seseorang yang sangat sama mukanya dengan aku. Subhanallah. Dan yang bestnya, dia sama umur dengan aku which means we are twins! Actually, before ni dah memang ramai yang aku jumpa mereka yang dikatakan sama mukanya dengan aku, dan aku rasa tak sama langsung. Tapi, hati aku kali ini kuat mengatakan yang aku dan kakak memang seiras. Disebabkan dia lahir sebulan sebelum birthday aku, jadi dengan bahagianya, aku memanggilnya kakak. Dan sememangnya dia layak untuk dipanggil kakak since dia memang nampak much more matured than me. Huhu.

Sebagai seorang ahli gerakan Islam di kampus yang sanggup menginfakkan diri dalam perjuangan Islam, beliau aku jadikan sebagai inspirasi untuk terus berada di atas jalan yang perjuangan. Meskipun waqi' kami yang berbeza, namun titik persamaan yang ada di dalam Islam itu membuatkan aku tidak layak untuk mencipta alasan melarikan diri dari apa yang telah aku dokongi. Meskipun usaha aku amat kecil dan langsung tidak terbanding dengan usaha beliau dan sahabat-sahabatnya, aku yakin Allah swt mengurniakan aku akan jalan yang sesuai dan selari dengan kemampuan aku. Mehnah mereka yang ternyata lebih hebat dan berat pada pandangan mata kasar aku, membuatkan aku berasa amat rendah diri, memikirkan apakah aku layak untuk berjual beli dalam perniagaan akhirat ini.

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (10)
(Iaitu) Kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.(11)"
As-Saff: Ayat 10 - 11

Kakak, izinkan adikmu coretkan bicara cintamu padaku.

"As-Syahid Hassan al-Banna berpesan: Demi Allah yang Maha Esa. Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu. Menitis air mata tatkala merasakan semakin jauh. Tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan. Kerana ku tetap yakin Allah menyatakan 'wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu'. Marilah kita sama-sama berpesan kepada diri bahawa tautan ukhwah mampu berhadapan sejuta kesulitan yang memberi suntikan semangat perjuangan. Alirkan halawatul ukhwah dan kesungguhan dalam berjuang melalui tautan hati dalam bergerak kerja. Salam ukhwah fillah Ukhti Asmaa' (adik kembarku). Usah gentar dalam perjuangan keranaNya kerana Allah sentiasa dekat bersamamu."

Kakak, now I really miss your hug.

My photo
Menitikberatkan perjuangan yang jitu semata-mata berlandaskan jalan kebenaran meskipun kemenangan bagaikan sukar untuk dicapai.

...