“Asmaa’, you know, I almost cried just now. His talk was really touching. Thank you very much my dear.” Ana terkedu.
Allah itu Maha Hebat. Hebatnya kuasa ayat-ayat Allah dan hebatnya anugerah yang telah Allah kurniakan buat pakcik speaker sehinggakan seorang kenalan ana, Yap namanya begitu tersentuh mendengar bait-bait bicara beliau yang menceritakan keindahan Islam. Sama-samalah kita mendoakan Yap, seorang bakal journalist yang sedang dan amat berminat untuk mendalami Islam agar diberikan hidayah oleh Allah swt untuk bersama-sama kembali kepada aqidah yang satu.

Apakah ada syurga buat kita?
...........................................................................................
“Kak Asmaa’, kita kena berdakwah pada siapa ye? Non-Muslims or Muslims sebab kalau nak berdakwah pada Non-Muslims, masih ramai Muslims yang tak ikut syariat. Macam mana ye kak?”
”Pada sesiapa sahaja, ikut kemampuan,”jawab ana sambil tersenyum.
Seorang ulama’ pernah menyatakan di dalam buku tullisannya Manhaj Daurah Tarbiyyah bahawa mad’uwin (orang-orang yang dida’wah) kepada seseorang da’ei (orang yang berdakwah) mestilah seluruh manusia di semua peringkat, tanpa dibezakan. Semua manusia mestilah diselamatkan dengan Islam! Penegasan ini digambarkan oleh Allah swt melalui firmanNya di dalam Surah Al-Baqarah ayat 21-22 dengan seruan yang ditujukan kepada seluruh manusia.
“Arina, aku memang tak tau macam mana nak ajak dia solat. Dia tu susah sikit la.”
”Ish ko ni. Kita ni mana boleh nak pilih-pilih orang untuk diajak pada Islam. Mana tu, kalau Allah bagi hidayah, berkali-kali ganda dia hebat berbanding kita.”
Nasihat sahabat ana di suatu ketika masih ana simpan malah terpahat di dalam hati akan pentingnya kita untuk membawa seruan Islam kepada sesiapa sahaja melalui strategi dan kondisi yang telah Allah swt tetapkan buat kita. Oleh itu wahai sahabat sekalian, ingatlah bahawa syurga itu bukan murah harganya. Serulah Islam kepada sesiapa jua.Dan, bekerjalah untuk Islam tanpa mengabaikan fokus kita sebagai seorang pelajar jika itu situasi kita pada tika ini. Pesanan akhir ini ana titipkan khusus buat diri ana dan sebagai perkongsian buat sahabat sekalian bergurukan pengalaman yang telah ana lalui suatu ketika dahulu.
p/s: Dialog yang diberi telah diolah serba sedikit mengikut kesesuaian.